Diari Ramadhan - Tak Puasa

Sunday, July 14, 2013

Assalamualaikum!~


Bukan akuuuu tapi bebudak ni haaaa. Pagi-pagi dah bantai biskut marie. Tghari aku gorengkan nasi goreng telur kicap kegemaran diaorg. Pas makan minum susu. Pas tu berdengkur sampai ke petang. Ooopss yang berdengkur tu aku, bukan bebudak tu huhu.

Petang dah bangun mula la masing-masing tuntut nak pergi bazaar ramadhan. Thanks to ayah yang berjanji kalau bebudak tu tido tghari, petang nanti boleh gi bazaar ramadhan. Haaaaaaa ujan lebat petang semalam, nak tak nak kena gi ar. Budak-budak ni kalau tuntut janji memang champion!

Roti jala peberetku, tapi tinggal ni je la huhu.
Roti jala beli 2 pek. 1 pek 5 keping. Balik umah terus ke dapur nak memasak. Aku pun dengan senang hati suruh anak makan dulu donut atas meja. Bila dah siap memasak, nak gi ke depan letak roti jala dalam pinggan konon. Alih-alih....tinggal 2 keping ni je! hahahaha.

sapa lagi yang mengidam donut ni?

Donut kalerful ni tak lain tak tak bukan bebudak ni punyer la. Aku snap terus dari dalam plastik takut tak sempat letak dalam pinggan diaorg dah habis ngappppppppp! buahahaha~

Tu je la makanan yang aku beli kat bazaar ramadhan. Truly, memang tak selera tengok makanan di bazaar. Aku rasa begitu sebab apa yang aku nak makan susah nak dapat kat situ kot huhu. So, kami masak je la tuk buka puasa senang citer.


mee goreng mamak special dari Pak Jelan.

Pak Jelan dengan ringan tulangnya semalam masak mee goreng style mamak tuk buka puasa. Letak tauhu goreng, udang dan telur. Sayur tak makan so memang takkan nampak la dalam mee goreng tu muahahaha.


Cucuk bawang ikan bilis
Aku pun ader masak la, maner leh goyang kaki je hehe. Cucuk bawang ikan bilis ni permintaan Pak Jelan pasai dia suka makan. Budak-budak pun suka makan tapi semalam diaorg berlagakla pasal dah bantai roti jala ngan donut kan! Bertuah punyer anak!

Kepok ngan sos.

Akhir sekali, air sirap cincau.

Disebabkan tak dapat cari air khatira kat bazaar semalam, tekak ni tetiba rasa nak minum air sirap cincau. Walaupun masa tu dah dekat 6.45pm ku gigihkan jugak pegi beli cincau hehe. Alhamdulillah....

budak tak puasa melekat sama di meja makan haha
Dari pagi melantak sampai ke petang, bila time nak buka puasa sedap je dua orang budak kicik ni melekat kat meja. Katanya nak buka puasa sama ngan ibu ayah haha. Ceh! buat2 tak hengat plak yang dia tak puasa dua hari ni :p

P/S: Takla rasa bersalah sangat upload gambo makanan sebab sumer dah makan muahaha~

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. sedap-sedapnya...


    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  2. Dah masuk puasa ke-6 tapi hati tak terbuka lagi nak beli makanan kat bazar.. sebab kadang tue indah rupa dari rasa..so masakan mak jugak terbaik..hehehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la sis...sumer indah kabo dari ghuper. Bile duk dalam talam cantik je ghupernye. Bila bawak balik nak makan dah kuar lendirnya....grrrrr

      Delete
  3. Replies
    1. mee goreng mamak style tu kak hehehe.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM