Tuesday, July 16, 2013

# Diari Ramadhan Kenit

Diari Ramadhan - Standby

Assalamualaikum!~

Tahun kedua aku berpuasa di KL. Memang tiap kali bulan Ramadhan semuanya sesak. Masjid sesak, surau sesak, bazar Ramadhan sesak, poket sesak (hehe), nafas sesak (sebab banyak sangat sedut asap kete), tapi yang takkan pernah ilang sesaknya....Federal Highway!

Lenguh segala sendi dan tulang temulang aku menekan clutch, minyak, brek, clutch, minyak, brek! Tersengguk-sengguk kete kebalku di tengah-tengah Hiway tidak berbayar itu setiap hari. Memang bulan ni takdapatla nak racing lelaju gamaknya huhu.


Sessssaakkkkk sungguhla semalam! Semua kete statik kat tempat
masing-masing. Tu yang aku berani snap tu hehe.

Ni baru hari keenam Ramadhan, ader lebih kurang 17 (ari kerja) hari lagi aku nak tempuh jalan ni. Kalau ari-ari jammed gini, mau haus tapak kaki aku menekan clutch ngan brek hehehehe. Haihhhh takleh jadi ni... kene simpan duit dari sekarang nak beli Terrafugia (kete boleh terbang) muahahaha~

Oh sebelum tu, citer pasal bebudak ni la. Puasa cam biasa memey terer ar boleh tahan sampai petang sikit. Tapi, asal nampak muka aku tercongok depan pintu taska mulala buat muka kesian mintak air muehehehe. Memang muker aku ni muker cop makanan ke aper? Asal tengok muker ibu je perut korang lapo...asal nampak ibu je tekak korang haus. Hok alohhhhh.....

So, ibu tahu dahhhh acaner nak tackle masalah korang ni hehe. Takyah sesusah payah nak gi singgah beli air ke roti ke. Ni ibu dah standby baekkkkk punyer!





Ibu tahu korang turun je dari tangga taska tu mesti korang mintak air dan makanan kan. So, ibu dah simpan awal2 dah biskut yang korang suka dan air masak. Air manis takleh nanti habis semut berkubang dalam kete kebal ibu! Air masak bagussss untuk perut dan dahaga pun ilang cepat.



Kan senang gini takyah susah payah nak singgah petrol station ke kedai ke. Korang makan sampai kenyang, ibu drive dengan tenang hehehe.

6 comments:

  1. Bos farah bagi green light balik kerja 1/2jam awal sepanjang bulan posa nie..lega sikit..tak dak la tersanggut dalam jammed.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. syoknyaaaaa...seronok dapat balik awal kan (^^,). Boleh prepare tuk buka poser lebih awal.

      Delete
  2. Master selalu lalu pintu gerbang ni pagi2 masa nak hantar Tedi gi sekolah... :)

    ReplyDelete
  3. bagus btol sediakan air siap makanan untuk anaknya..hehe, mmg jimat, takyah beli makanan kat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nak singgah menyinggah ni. Jalan jam ari2 hehe :D

      Delete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates