Doa Untuk Mesir

Thursday, July 04, 2013

Assalamualaikum!~

Perkhabaran yang mengatakan Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tenteranya yang berpaling tadah amat memilukan hati! Innalillahiwainnailaihirajiun....DEMOCRACY IS DEAD! 




Kumpulan tentera Mesir pecah kepada dua, yang satu memihak dan setia kepada perjuangan Islam dan Dr. Morsi. Yang satu lagi telah berpaling tadah dan memihak kepada sekular (penyokong Hosni Mubarak).

Kini, Dr. Morsi telah dibawa ke tempat persembunyian yang selamat oleh tenteranya yang memihak kepadanya. Semoga Allah melindungi beliau dan pengikutnya. Sementara itu, jutaan penyokong Dr. Morsi berhimpun dan berkumpul di jalanan bagi menyatakan sokongan mereka kepada Dr. Morsi. 

Dan, sesungguhnya Dr. Morsi telah berjaya menyerapkan nilai Islam ke dalam jiwa rakyatnya apabila mereka yang berhimpun dan berkumpul melakukan solat dan berzikir memohon kepada Allah agar Dr. Morsi dan Mesir diselamatkan dari 'tangan-tangan' Barat, sekular dan syiah yang sedang bersiap sedia ingin meragut kebangkitan Islam di sana!


Kain kafan ini ditunjukkan sebagai tanda simbolik mereka bersedia
untuk mati syahid demi mempertahankan kepimpinan Dr. Morsi
dan Syariyyah.

rakyat berhimpun dan berarak di jalanan sambil memakai kain kafan
sebagai tanda simbolik mereka bersedia menyahut panggilan syahid.

Jam 2.20 pagi - Dan, mereka tetap teguh dan khusyuk melakukan qiamulail
di dataran Masjid Raba'ah mendambakan nusrah dan keredhaan Allah
buat perjuangan membela agama dan negara.

Sidang media tentera semalam yang mengumumkan rampasan kuasa yang dipimpin oleh Ketua Angkatan Bersenjata Mesir, Abdul Fattah As-Sisi. Antara keputusan yang telah diumumkan:


  • Perlembagaan akan digantung untuk tempoh sementara
  • Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai kerajaan sementara dalam tempoh peralihan
  • Ketua Hakim diberi mandat untuk mengeluarkan dekri selama tempoh tersebut.


Kini, Ali Mansour (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dan penyokong sekular Hosni Mubarak) dilantik menjadi Presiden baru Mesir (tidak sah).

Selepas sidang media itu, empat stesen televisyen iaitu An-Nas, Ar-Rahmah, Al-Hafiz dan Misr 25 ditutup dan pekerja-pekerjanya ditangkap.

Mohon sahabat-sahabat Kenit di sini meluangkan masa anda dan berdoa demi kesejahteraan dan perlindungan kepada Presiden Dr. Morsi dan penyokongnya. Tentera sudah berpaling tadah dan Presiden Morsi menghadapi tekanan dashyat dari syiah laknatullah dan kaum kuffar yang sentiasa ingin 'merobek' jantung umat Islam.




Dikhabarkan juga, sejak Mesir (pimpinan Ikhwanul Muslimin) memberi bantuan kepada Gaza, menyokong pejuang sunni Syria dan menolak kerjasama dengan Israel, puak sekular dan kafir memberi tentangan hebat untuk menggulingkan Dr. Morsi. Dan, disebabkan itu ramai yang bersedia untuk syahid dan setakat laporan yang diterima, 16 telah mati syahid dan 200 lagi cedera. Keadaan mungkin akan jadi lebih buruk.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya tiadalah kami meminta perlindungan melainkan kepada Engkau kami memohon. Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang sedang berada di dalam musibah, kuatkanlah jiwa-jiwa mereka, kurniakanlah ganjaran bagi para syuhada. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui umat Islam kini sedang hebat ditindas kaum kuffar dan sebahagian umat Islam yang lain masih berdiam dan menunduk bisu. Maafkanlah kami Ya Allah, sesungguhnya kami takkan berhenti berdoa buat saudara kami di sana. Aaaminnn~

Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin 'Affan radiyallahu 'anhu telah meminta pendapat Ibn 'Umar radhiyallahu anhuma:

Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata "letak jawatan atau kami akan membunuhmu!"

Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Uthman: Tidak

Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi 'sunnah' (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!

[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu
! -FB


P/S: Jika anda menonton di media elektronik dan mereka menyatakan Dr. Morsi adalah seorang diktator atau menggelarnya dengan gelaran yang buruk, tutup je la tv tu. Toksah nengok berita penipu. Dapatkan sumber sahih dari sumber lain di internet. Anda akan melihat kebenarannya....InsyaAllah.


Hasbunallah Wa Nikmal Wakil


You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. moga Allah pelihara org Islam di sana..

    ReplyDelete
  2. hmm fae baru tau mesir under pressure now (jarang tgk news) hmm semoga rakyat mesir yang menyokong dr morsi akan tetap terus berjuang mempertahankan negara diorang.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kenit..Sama2 kta berdoa semoga semua selamat kat sana..;p

    ReplyDelete
  4. doakan untuk mereka, doa senjata kita.

    ReplyDelete
  5. saya sejujurnya kan kak tak tahu sangat dan tak faham krisis yang melanda mesir tu..huhu.. tapi tergerak nak 'kaji' smua balik.. ^^ harap smuanya di mesir akan dipermudahkan..dan saya percaya Dr.Morsi akan diselamatkan n dilindungi..inshaaAllah.. :)

    ReplyDelete
  6. sentiasa menyokong Presiden Morsi...

    ReplyDelete
  7. Salam singgah. Banyakkan membaca doa qunut nazilah setiap hari agar dipecahbelahkan tentera musuh. Kuasa mutlak di tangan Allah yang Maha Esa. Sokong Persiden Morsi!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM