Kenapa Marah?

Wednesday, July 17, 2013

Assaalamualaikum!~

Lately, bebudak ni emo. Kakak usik adik sikit adik nangis. Adik cubit kakak sikit kakak nangis. Mungkinkah budak nak ubah tahun macam ni gamaknya? Mungkin....macam masa diaorg kecik-kecik dulu. Asal berganti bulan je, pe'el jadi lain.





Tapi, disebabkan dah lama aku tak alami situasi anak beralih bulan ni maka agak tensi jugakla nak hadap perangai masing-masing hehe. Asal tegur sikit....


sambil nangis>>> "ibu tak sayang adik la tu....!"

"sayanggggg....."

"habis...naper ibu slalu marah adik je...?" <<<nangis lagi.

Bila kena marah.....

Mungkin Miratora konpius tentang konsep 'Marah Kerana Sayang'. Dalam mindanya, marah itu adalah suatu perasaan yang tidak selesa. Orang yang marah pasti suaranya lebih tinggi seperti memekik/menjerit. Ayat yang digunakan mungkin tidak menyenangkan hawa telinga. Jadi, bagaimana mungkin orang tu sayang kalau dia tengah marah?


MARAH >>>> TAK SAYANG!

TAK MARAH >>>>> SAYANGGGGGG

Mungkin Miratora fikir begitu barangkali.....acaner yek?

Sebab apa kena marah/tegur?

  • kerana sayang 
  • sebab benda tu salah 
  • tak mau ulang salah yang sama
  • nak tunjuk/bagitau mana yang salah mana yang betul
  • nak membetulkan kesalahan
  • peringatan tuk masa depan

Marah kat budak bukan boleh macam marah kat orang dewasa. Nak tegur/marah kena pandai main ngan psikologi diaorg (Fuh! nak marah pun kena men logi logi hehe). Budak dulu kena marah tak berani menjawab balik. Budak sekarang pesen terbalik!

Satu benda yang diaorg WAJIB buat, pas kena marah/tegur diaorg akan hulur tangan salam minta maaf tak kira dia bersalah atau tidak. Opkos cakap je tak guna, aku pun kena buat jugak hehe. 

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. itulah budak-budak..kadang-kadang lucu jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucu gak tapi kena banyak sabar nak hadap perangai masing-masing hehe :D

      Delete
  2. Zaman dulu ngan zaman skrang, silap2x kena marah, lari rumah..adooii, makin pening cari anak pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe, nak marah anak sekarang pun kena ada caranya. Dah marah kena pujuk pulak. Dulu mak marah kiter, tak kuasanye dia nak pujuk, tapi malam nak tido cari ketiak mak jugak hehe

      Delete
  3. yup.. mmg bdk2 zaman skrg gtu kot kan.. huhu... klu nk mrh kna gtau sbb knp kita marah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye kak maria, kena gitau naper kiter marah. Kadang2 dia terima, kadang2 dia tanya balik soklan yg sama! haihhhh fenin ini bebudak hehe :D

      Delete
  4. betol + setuju sesgt,, tapi kadang2 kite pun cmtue gak kann,,hehehehheeh ngajuk gan laki,,kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngajuk ngan laki kena guna cara lain plak muahaha :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM