Majlis APC 2012

Tuesday, July 09, 2013

Assalammualaikum!~

Teringat masa mula kena interbiu. Pegawai tanya "sila berikan saya satu jenis awan yang awak tahu, Cik Hanim". Mabuk meroyan aku rasa masa tu, ape nama aku nak bagi ek? Mampus aku lagu ni kalau tak dapat jawab balik tangan kosong la aku! Perghhh! giler giler! Reeves kot? macam Keanu Reeves....ceh! merepek ko ni Nim. Ape kejadahnya nak letak nama boipren aku tuk awan tu? Ouuhhhh.......

Dalam hati dok ngomel 'adoiiiii kalau salah kang dia tulis, kalau tak bagi kang dia tulis gak! Ahhhh teruk aku ni, sebelum datang tak ulangkaji. Allah.....aku betul2 tak tau ni!

"Errm....maaf Encik, saya tak tahu.." Pukkkkkk! bunyi buah nyok menghempuk atas kepala dunguku tika itu di dalam bilik interbiu walaupun satu pokok idup pun aku tak nampak. Rasa malu nak saje aku berentikan masa dan ketuk2 kepala lonjong ini kerana gagal memberikan satu jawapan untuk soalan pegawai itu. Tapi sayang....aku tak berdaya.

But after 10 wonderful years..aku masih menjadi sebahagian dari 'keluarga besar' ini. Terlalu banyak kenangan pahit manis untuk dikongsikan. Kalau dulu aku tak tau menda pasal awan segala ni, macam mana petir berlaku, malam angin ape siang angin ape, musim tu musim ni dan sebagainya. Tapi, dalam 'keluarga besar' inilah aku mengenali itu semua dan masyaAllah.....bila ko dapat serap ilmu yang tak pernah ko pelajari sebelum ini, nikmatnya...umph!

Dalam bahagia ada sedihnya juga. Biasala, dalam alam pekerjaan tak lepas dari ketidaksefahaman dengan rakan sekerja atau bos. Dah, bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Prinsip aku senang, asal ko keje ikut prosedur beri pada orang apa yang patut ko beri dan stay safe itu dah cukup. 

Bidang keje aku ni bukan macam keje pejabat mula-mula dulu. Orang pi keje pakai kasut tumit tinggi, aku pi keje pakai sneakers pasai keje malam hehe. Bermalam berjaga di opis sejuk beku tu. Tengah malam kuar ke padang dalam Pangkalan TUDM KUANTAN tu buat observation. Mendongak ke langit dok kira berapa awan dok ada atas tu. Sambil tu mata melilau tengok dalam semak takut2 ada 'barang' melingkau dok lintas hehehe. Tu baru satu, belum kira babi utan lagi! Satu malam aku dok tengok satu kuarga besaq babi utan melintas padang nak pi minum ayaq kolam kat tepi opis. Bapak babi>>mak babi>>anak sulung babi (kot)>>anak tengah babi(kot) >>anak bongsu babi (kot) lurussssssssssss depa berjalan dalam satu barisan hehehe. 

Tu baru dua, yang nombor 3 pulak ada bunyi pelik la dok bunyi-bunyi kat aku. Dah sengsorang buat pilot balloon, time tu la dia nak kuar bunyi kayu jatuh la, anjing melalak la, angin menderu la. Kelibat aku tak nampak lagi hehehe. Tu pasai tiap kali kuar tengah malam kat padang tu aku baca al-fatihah dan surah Kursi.

Apapun, itulah pengalaman dan 'harta' yang aku kumpul selama 10 tahun aku dalam 'keluarga besar' ini. Memang takboleh diganti dengan wang ringgit! Sejak aku pindah KL, seriussss aku memang rindu jadi observer. Kerja teknikal yang paling mencabar tapi seronok! Tapi, yang tak seronoknya time raya orang balik kampung aku dok kira awan lagi hahaha!

Rezeki anak-anak barangkali, aku dimaklumkan bahawa aku adalah antara penerima APC bagi tahun 2012. Syukur alhamdulillah mudah2an Allah berkati pekerjaanku ini. Dan terima kasih pada bos yang mencalonkan aku tahun lepas (^_^).


MOSTI buat APC...YEAYY!


Sampai je terus daftar nama kat sini. Tapi, nama aku takda plak????

Mula2 aku rasa kejam! Penat aku gi taklimat APC 2 hari sebelumnya, alih2 bila nak register nama aku dicop 'TIDAK HADIR'. Mujur urusetia dapat 'kawtim' hehehe.


Fuh! grand jugak...pestime aku menjejakkan kaki di PICC.
Control....control...jangan nampak jakun sangat ye nim hehehe.

Petang rehearsal, malam pulak acara sebenar. Memang ditakdirkan Allah, malam tu adalah malam paling tak sihat buat diriku. Dengan suhu badan yang panas melampau, kepala sakit berdenyut-denyut, batuk tak henti. Tapi, kugagahkan jugak untuk habiskan malam tu.


Best kumpulan muzik tradisional dari PDRM ni.
Sedap dengar bunyi rebana dia.

Tak banyak gambar yang dapat aku malam tu pasal kiri kanan aku ader 'kumbang', Seganla pulak nak mintak diaorg tolong amik gambar aku hehehe. Badan pun memang tak sihat, kepala dok melayang teringat kat umah.


antara penerima APC dari jabatan. Tengok muka aku, muka orang sakit.
Tudung pun senget, senyum pun dak. Masa ni dok menahan kesejukan
dalam dewan sejuk beku ni heeee.
Sentiasa beringat nim, penghargaan bukan sesuatu yang harus dibanggakan. Tapi, lagi besar tanggungjawab dan amanah yang kau akan pikul selepas ini. Adat bekerja dengan orang memang takkan pernah ada yang puas hati. Tapi, selagi kau tidak melanggar syariat Islam dan mematuhi prosedur yang ditetapkan itu sudah memadai.

P/S: Sentiasa perbaiki kelemahan diri...

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih zahara :)

      Delete
  2. best nye, harap2 Tedi dapat keje camni la jugak. Tapi mereka semua ni (termasuk akak) takut Bear tak? Bear ganas ni tau... arrrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tedi bear yg jinak kan, rasanya tak takot kot heeee :p

      Delete
  3. tahniah dpt apc
    apc tu anugerah perkhidmatan cemerlang erk?
    mcm pnh dengar..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis :). a'ah betul la tu hikhik (^^,)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM