Mohon Sumbangan Pembinaan Bangunan Asrama Tahfiz An Nur.

Wednesday, July 31, 2013

Assalamualaikum!~

Peluang untuk bersedekah memang terbentang luas terutama dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Tinggal lagi tak ramai yang tahu dimana sumbangan mereka boleh disalurkan. 

Terbaru, Kenit terbaca satu poster di facebook mengenai sebuah Tahfiz (anak yatim) di Setiu, Terengganu yang memerlukan sumbangan dari kita semua.



Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Sementelah kita berada di dalam bulan Ramadhan, amalan ini sangatlah digalakkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, iaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.”
 (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: Hasan shahih)





Pemandangan dari koridor asrama





Pandangan asrama dari belakang

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kenit ingin menyeru kepada sahabat blogger dan sesiapa saja di sana untuk menghulurkan sumbangan yang setakat anda mampu untuk merealisasikan impian anak-anak yatim di rumah Tahfiz ini untuk memiliki bangunan asrama bagi menampung para pelajarnya.

Jika anda ingin menyalurkan sumbangan, bolehla berbuat demikian melalui akaun bank BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 12225010002021 (ANNUR SETIU RESOURCES)

Individu atau syarikat yang inginkan pelepasan cukai boleh berhubung terus Bendahari Tahfiz Annur, Tuan Haji Zulkifli Wahijan di talian 019-2518771Untuk sebarang info dan perkembangan, anda boleh lawat di Facebook Tahfiz AnNur


Mohon sahabat hebahkan dan share jika boleh. Semoga Allah menggandakan ganjaran dan pahala kepada hamba Allah yang menyumbangkan hatta sedikit hartanya ke jalan Allah...aaamin.


sumber foto : fb Tahfiz AnNur

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. moga ada insan diluar sana yg sudi meghulurkan bantuan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kenit. thanks sharing. insyallah :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas maklumatnya

    hishop satu..

    ReplyDelete
  4. kenit...please inbox akak address kat sini
    sitirohaida81@gmail.com ye...

    ReplyDelete
  5. bgusnya kalau siapa yg menderma ni..lgpn mulia disisi Allah..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM