Nyatakan Hak Anda.

Wednesday, July 10, 2013

Assalamualaikum!~

Satu RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH pada Khamis, 4 Syaaban 1434 Hijrah bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Kaherah, Mesir telah menggariskan :

“Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran.”



Gabungan Selamatkan Syria dengan komitmen penuh ABIM, IKRAM, HALUAN, SYRIA CARE, Pemuda GEMA dan AQSA SYARIF menggesa Rakyat Malaysia yang prihatin dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk memboikot KURMA IRAN dan PRODUK IRAN sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

BACA NI DULU. Adalah ditegaskan:

 1. Kempen boikot ini tidak ditujukan kepada Syiah. Syiah tidak akan dihadapi dengan boikot tetapi dengan kempen kesedaran bagi mendedahkan siapa itu Syiah yang sebenar. Umat Islam wajib difahamkan tentang ajaran Syiah dan tipu daya mereka.

2. Boikot ini bukan ke atas Iran semata-mata, tetapi ia merupakan boikot ke atas tindakan kerajaan Iran yang membantu Bashar Assad. Tempoh boikot ini ialah sehingga Iran menghentikan sokongannya ke atas Bashar Assad. Boikot Iran secara total adalah tidak munasabah kerana kerajaan Malaysia masih lagi mempunyai hubungan diplomatik dan rakan dagang Iran. Kedudukannya adalah berbeza dengan Israel.

3. Tujuan boikot dinyatakan dengan jelas untuk membela rakyat Syria bukan ditujukan kepada Iran secara langsung. Ia adalah untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Syria dan mengecam Iran kerana bersekongkol dengan Bashar Assad melakukan jenayah kemanusiaan ini.

4. Boikot kurma Iran adalah simbolik kepada boikot produk Iran. Kerana dengan memboikot kurma Iran, akan mendorong rakyat Malaysia menolak produk Iran di pasaran. Kurma juga dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang bagi memberi kesan dan impak yang maksimum pada saat ini.

Selamatkan Syria! Save Syria!

20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

sumber:fb

Di waktu yang sangat getir bagi saudara-saudara kita di bumi bergolak  Palestin dan Syria, tentunya ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka walaupun bukan dengan mengangkat senjata. Mana mungkin kita berdiam diri memeluk tubuh hanya menyaksikan dari tingkap rumah kita akan penderitaan dan kesengsaraan saudara sendiri?

Bilamana, umat Islam dari negara2 lain telah tampil untuk sama2 berjuang dengan para mujahideen di Syria, dan masih ada juga umat Islam di Asia Tenggara ini yang masih mengambil langkah pekakkan telinga butakan mata. Sesungguhnya, anda mempunyai kuasa untuk memilih samada berjuang atau berdiam.

Antara produk kurma dari Iran yang terdapat di pasaran adalah:



Ini antara produk kismis syiah yang dijual di Malaysia....


sumber : fb


Doa syiah dalam kismis:


Li ham sa u’ ud’ fi bi ha haral wa ba ill ha di
mad

Al mus tho fa’.. wal mur ta dzo’.. wab na hu

ma Ma a’ fa ti mat.



Maksudnya;-



Ada bagiku dengannya aku memadamkan

kepanasan berjangkit. Mereka itu ialah Nabi

yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dah
kedua anak mereka (Hasan dan Husain)



Hati-hati ketika membeli kismis. Baca dulu label, kandungan dan dari mana ia datang. Jika dari Iran, Israel, China (kalau ada), dan Rusia (kot-kot ada)Cop halal?? takda makna...!

Mungkin ada yang mengatakan....

  • "elok benar la tu boikot sesama Islam...orang kafir tepuk tangan!"
  • "mana bleh boikot, kitakan ader hubungan diplomatik dengan Iran"
  • "tak realistik...tak logik nak boikot."
  • "terlarat ke nak boikot sume?!"
  • "kalau kiter boikot kurma Iran, bermakna kita boikot ekonomi Islam."

Kenit tak tahu apa lagi alasan yang mungkin anda akan utarakan. Macam-macam alasan logik cuba ditimbulkan dari situasi ini. Tak rasional...tak logik...tak realistik.


Tapi, mohonnnnnnnn sangat anda baca dan fahami sebelum membuat telahan sebegitu. Tahukah anda Ahmadinejad yang kita pernah agung-agungkan kerana kesederhanaan hidupnya (gambar dia tidoq beralaskan tikar)...kononnya?? Dia adalah SYIAH!! Kerajaannya menjadi PENYUMBANG SENJATA API kepada TENTERA REJIM SYRIA & KUMPULAN HIZBUSYAITAN! Kerajaannya menjadi penyebab kepada puluhan ribu rakyat sunni Syria disembelih dan dikorbankan demi cita-cita syiah sesat mereka.




sumber : fb ustaz Zahazan

Seandainya kita benar-benar simpati dan ingin menunjukkan kesungguhan kita untuk membantu rakyat Syria yang dizalimi, maka mulakan langkah anda dengan memboikot produk kurma dari Iran sempena Ramadhan nanti. Tak sanggup rasanya menjamah makanan dari tangan yang bersekongkol dengan pembunuh dan perosak maruah saudara kita di sana.

wajah-wajah mangsa kerakusan manusia sesat dan tidak
berperikemanusiaan.

Anak kecil ini kelaparan setelah bekalan makanan
menjadi sangat terbatas akibat perang.


Kanak-kanak perempuan ini cedera parah setelah dibedil
rejim Syria.

Anak kecil tidak berdosa menjadi korban kekejaman tentera Syria
dan syiah.

Hanya tangisan dan darah di badan menjadi saksi kekejaman rejim Syria
tanpa mengira siapa. Bayangkan jika dia anak anda???

Bayi juga tidak terlepas! Ya Allah...apalah daya seorang anak kecil ini
sehingga dia dianggap berbahaya lalu dibunuh??
penduduk sunni dibakar samada setelah mati atau hidup-hidup.
Darah telah melumuri tubuh anak kecil ini sehingga hilang
senyumannya. Jika anak kecil ini yang kepalanya pecah akibat dibom
adalah anak anda....apa perasaan anda??
Seandainya anda melihat banyak lagi gambar-gambar sebegini, nescaya anda akan meludah kepada semua soalan yang anda tanyakan di atas. Nilai kemanusiaan telah hilang yang tinggal hanya ketakutan. Bagi Kenit, tiada yang lebih mengecewakan bila kita bercakap soal boikot datang pulak golongan yang mengatakan ketidakrasionalan langkah tersebut.

Maka, apa yang dilakukan terhadap anak-anak kecil yang tidak berdosa ini....ADAKAH IA RASIONAL DI MATA ANDA???

Selamatkan Syria! Tunjukkan semangat persaudaraan anda! 

P/S: Ya Allah lindungilah saudara kami walau dimana mereka berada..aaminn~

sumber foto: fb

You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. yelah..pilihan memang di tangan kita.tapi jika masih ada perikemanusiaan,dengan melihat foto2 kanak2 yang menjadi mangsa..rasanya kita sebagai pengguna kena bijak memilih produk,kan

    selamat menunaikan ibadah puasa & terawih ^^

    ReplyDelete
  2. ya allah kenapa jadi mcm ini ye..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. tu la satu2 cara untuk kita menentang mereka iaitu melalui boikot barangan keluaran mereka.. selamat menjalani ibadah puasa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa untuk awak juga aiza (^^,)

      Delete
  4. semoga Allah melindungi meraka...selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn yarabbal alamin...selamat berpuasa kak mala (^^,)

      Delete
  5. sedihnya tengok anak-anak tu jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak sis...mereka dizalimi disana :(

      Delete
  6. Semoga umat manusia kembali kepada Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  7. cian tngok budak2 yg tak berdosakn kak..=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihan saja tidak mendatangkan apa2 kesan, tapi jika kita berusaha buat sesuatu walau sekecil manapun usaha kita insyaAllah pasti ada kesannya.

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Xpernah beli produk2 tu... Moga Allah lindung umat Islam di sana.. Terutama wanita org tua dan kanak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an kak maria...semoga umat Islam tidak putus berdoa buat saudara kita disana.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM