Friday, July 26, 2013

# Informasi Dan Tips # Makanan

Pengumuman : DNA Babi Dalam Produk Makanan.

Assalamualaikum!~

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP)

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) - JAIP







Sila cakna dengan perkara ini. Terutama peniaga yong tau foo. Memang takleh makan dah dua benda ni pasni. Info boleh didapati di SINI

12 comments:

  1. Aslkum, bagus info ni. Klu nk membeli tu mmg kene berhati2 lah & pastikan yg sah halal. Cuma makanan yg beli tersedia masak kt luar je agak susah kita nk pastikan brand apa yg digunakan especially mcm yong tau fu tu. Apa pun thanks sharing. Good info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....

      ye brother, dilema bila beli makanan di kedai yang dimasak tanpa kita ketahui dari mana ia datang. Apapun, semoga info sebegini dapat sampai kepada pengguna di luar sana.

      Delete
  2. fuhhh.. kena lebih bhati hati lagi ni dlm membeli makanan.. hohoh

    ReplyDelete
  3. tengok pon dah taw dan tak menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ingatkan ada peminatnya kat sini :D

      Delete
  4. Takut sgt5 sekarang ni macam2 bleh jadi..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik, apa yang kita makan sekarang ni sumer kena check, terutama bila makan kat luar.

      Delete
  5. first time dengar benda nie,...jadi tak pernah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa beruntungnya hehe. Makanan ni biasa ada kat kedai yong tau fu :D

      Delete
  6. Biasa klu tgk de tulisan cina dan tgk kilang cina yg buat sy x brp nk beli wpun de cop halal.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. Tapi, ada juga yang beli walaupun takda cop halal. Alasannya, bahan ini bukan berasaskan daging atau minyak.

      Delete

Apa kata korang?