Monday, July 29, 2013

# Sebarkan! # Syria

Pengumuman SANGAT-SANGAT Penting!

Assalamualaikum!~

Pesanan dari SYRIA CARE buat rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib dan penderitaan rakyat di bumi Syam (Syria). Entri khas juga boleh dibaca di Syria Care :  Show We Care.

‪#‎Syria‬ ‪#‎Ramadhan‬ ‪#‎Islam‬ ‪#‎Malaysia‬

Pengumuman yang SANGAT-SANGAT penting 

Saya berharap semua membacanya dan membantu untuk menyebarkannya:
Diharapkan semua penyokong Syria Care dapat mengumpulkan satu juta ringgit dalam satu hari bahkan lebih dari itu bila mendengar nasihat ini insya Allah..

Saudara dan saudariku, tidak lama lagi akan berakhir bulan Ramadhan dan kita belum berhasil mengumpulkan satu juta ringgit (dari Malaysia untuk Syria) dan saat ini kita berada dibulan Ramadhan yang penuh dengan kebaikan....



Bagaimana Kita Mengumpulkan Satu juta Ringgit Dalam Satu Hari?? Dan bagaimana kalau hanya dengan menyumbang 200 ringgit satu kali di bulan Ramadhan, kita dapat mengumpulkan lebih dari satu juta ringgit??!!

Kita dapat mengumpulkan wang banyak yang dapat menolong kanak-kanak dan saudara-saudara kita yang memerlukan, korban-korban tercedera dan orang-orang faqir di Syria...

Saudara dan saudariku, jangan tunggu orang lain mendahului kalian berbuat kebaikan di bulan yang penuh dengan kebaikan ini... Kerana saya sangat mencintai kalian, saya berharap kalian memberi kerjasama bersama saya mengajak orang lain untuk berlumba-lumba untuk menyertai kebaikan ini... Agar terus bertambah pahala kalian dari setiap orang yang melihat dan ikut membantu untuk berbuat kebaikan...... Perkara yang paling indah dan mulia disisi Allah adalah bersedekah kepada orang-orang fakir dan miskin......

Saya mencintai kalian demi Allah, dan saya ingin kalian dicatat disisi Allah sebagai orang yang menolong kanak-kanak Syria dengan bersedekah RM 200 ringgit....... hanya tinggal 1 minggu untuk mengumpulkan bantuan sebelum bantuan dihantar ke Syria...


Dan saya yakin bahawa seluruh penyokong Syria Care dapat membantu kami berjuang demi mengumpulkan bantuan ini...
Semoga Allah menerima semua amal baik kita dan meredhainya..

Bersama Syria Care, kami menyeru penderma budiman untuk meringankan beban mereka bersempena bulan yang penuh barakah ini.

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di:

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Email : souriacare@gmail.com

Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia










foto : fb SyriaCare

P/S: Perlu diketahui Kenit tidak mendapat apa2 imbuhan melalui entri khas ini, tetapi Kenit buat sendiri sebagai usaha untuk mendekatkan kita dengan saudara kita di Syria. Mohon sumbangan dan bantuan ikhlas dari anda untuk menyalurkan derma bagi membeli ubat-ubatan dan kelengkapan lain untuk menringankan penderitaan mereka.

Kita tak mungkin mampu mengangkat senjata, tetapi kita mampu menggunakan sebaik mungkin harta kita ke jalan Allah, apatah lagi untuk membantu saudara kita yang dizalimi. Jika, anda telah membuat sumbangan, semoga Allah memudahkan urusan duniawi dan ikhrawi anda. Dan, semoga Allah memberi ganjaran kepada anda setimpal sebagaimana yang ganjaran bagi para syuhada' kita di sana.

Mohon rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan seboleh yang mungkin dalam tempoh satu minggu ini sebelum semua bantuan dihantar ke Syria.

4 comments:

  1. Ya Allah.. moga Allah lindungi insan2 tak berdosa dan umat Islam di sana... :(

    ReplyDelete
  2. Subhanaullah...Ya Allah kau lindungilah rakyat syiria dari siksaan duniawi dan jadikanlah Negara mereka aman damai hendaknya.....amin..

    ReplyDelete
  3. sebaknya saya..

    Semoga Allah melindungi mereka semua disana.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates