Sebelum Ada Internet.

Wednesday, July 24, 2013

Assalamualaikum!~

Kenangan lalu mengusik jiwa. Hatta, dalam bermain pun ada kenangan indah. Kadang-kadang, Kenit kasihan dengan bebudak sekarang. Hak mereka untuk bermain telah 'dirampas'. 

Tiada lagi keseronokan...
Tiada lagi gelak tawa di padang...
Tiada lagi gaduh kemudian kembali bersalaman...
Tiada lagi wajah berpandangan, mengerat hubungan tali persahabatan....

Lalu, siapa yang 'rampas'??......TEKNOLOGI secara umumnya. INTERNET secara khususnya.

Dulu, kami tiada internet. Kami tak mampu beli Playstation dan tentu sekali kami tiada laptop. Tapi, kami bahagia...bahagia dengan permainan warisan nenek moyang kami. 


Ia mendekatkan kami dengan sahabat....
Ia mengasah segala bakat...
Ia pencetus idea hebat...
Ia penggerak otot dan tulang menjadi kuat...

Masih ingatkah lagi?
Permainan itu kita warisi...
Diturunkan dari generasi kepada generasi..
Pengikat sillaturrahim kemesraan dirasai..
Tak lapuk dek ujan tak lekang di bawah matahari.


BATU SEREMBAN


sumber :google

Antara permainan paling awal Kenit main. Memang popular zaman sekolah rendah (1990-1995). Hampir dalam setiap beg sekolah budak pempuan ada batu seremban ni hehe. Bila kawan dia tak datang, atau lupa nak bawak kawan lain dah standby simpan. Time waktu rehat, kami bukan makan tapi main batu seremban! Dalam kelas, sementara tunggu cikgu nak masuk, sempat lagi lambung batu seremban. Paling seronok, bila cikgu tak masuk kelas langsung sebab cuti atau meeting. Masa tu, masing-masing pakat bersila atas lantai simen dan kuarkan macam2 pesen batu seremban yang berwarna warni dan macam-macam bentuk muahaha. 

Yang jadi mangsa, kacang ijau mak hehe. Kenit amik dari dapur dan try buat batu seremban sendiri. Guna kacang ijau elok nak lambung pun tak sakit tangan. Paling elok guna pasir halus tapi susah nak jumpa. 


CONGKAK

sumber : google

Kenit dapat main congkak time balik kampung je. Congkak jenis ni memang banyak disimpan di umah-umah kampung dulu. Kalau balik ngan sepupu memang seronok sebab dapat main bersama. Ada orang masih guna biji getah, tapi Kenit dah guna guli masa tu. Permainan ni perlukan strategi untuk kalahkan lawan. Dalam bermain, ia melatih otak kita berfikir untuk selesaikan masalah. Seronok!


LOMPAT GETAH

sumber: google

Selain batu seremban, getah panjang ni wajib ada dalam beg hehe. Pernah Kenit terfikir, mungkin kaki Kenit panjang sempat kerap sangat main lompat getah ni muahaha. Tapi, seronoknya dari mula sampai akhir! Paling tak boleh blah bila Kenit berjaya lompat melepasi getah tu pada paras kepala kawan! bahahahaha..bangga kejap masa tu ekekeke. Mana taknyer, main ngan budak kecik..memang boleh lepas sokmo! ngeeee~


ROUNDERS

sumber : google

Ni antara favorite game Kenit masa cuti sekolah. Hari-hari ngadap game ni. Petang lepas asar, semua geng kumpul kat padang dengan kayu dan bola tenis. Setiap penjuru padang diletak 'checkpoint' , bila orang dah cukup main la puas-puas sampai senja. Pernah gak bola tu 'hentam' tingkap umah orang, cermin kete jiran hehehehe. Tapi, masa tu kalau kena marah pun tak makan 'saman' pasal syok sangat main.  


TUTUP BOTOL

sumber : google 

Kami panggil main tutup botol. Game ni Kenit main bila tak cukup geng nak main rounders hehe. Kadang-kadang bila panas sangat ari tu, kami tak main kat padang just main tutup botol ni kat umah kengkawan. Fuh! mencabar jugak game ni, kalau yang jenis terer tu dia boleh jentik tutup botol tu macam 'bend it like beckham' tau muahaha. Tu kire otai dah tu..!



TENG TENG

sumber : google

Yang ni lagi best! Modalnya kapur papan hitam sekolah hehe. Kalau nak cantik sikit pilih kapur pink dan oren pastu lukis atas simen atau lantai batu. Time waktu rehat, memang berduyun la budak pempuan join nak main. Melatih diri untuk seimbangkan tubuh dengan baik bila lompat dengan satu kaki. Macam ni la Kenit kecik-kecik dulu. Rambut ikat tocang dua, pakai skirt pastu main teng teng...haihhh hehehe.



KONDA KONDI


sumber : google

Walaupun kami jarang main, tapi konda kondi tak dinafikan best. Kena gali lubang kecik dulu. Ada yang gi carik kayu sampai masuk ke kebun orang! hehehe. Dah tu, ada plak yang tolak kayu tu konon nak baling jauh la, alih-alih ter'hentam' muka sendiri hehehe.


BALING SELIPAR

sumber : google
Game ni best...tapi sakit! Memang kejam giler diaorg main hehe. Sakit woooo kena kat badan. Selalu diaorg hentam kat perut. Kena lari laju pastu kena pandai ngelak, kalau tak....mengurut la pastu hehe. Selalu kami pilih selipar yang jenis 'rubber' tu. Senang nak tegakkan balik, tapi bila pilih selipar nak baling ke lawan, diaorg pilih selipar jepun! Sakit tuuuuuuuuu...!



SEP SEP SEP TOM TOM TOM


sumber : google

Ini adalah antara permainan paling klasik. Dulu, masa mula-mula nak berkawan ngan budak baru inilah permainan yang dimain bersama. Lagu 'Air Pasang Malam' antara lagu Kenit selalu nyanyi bila main sep sep sep ni. Tak puas main ngan kawan, bila balik kampung main plak ngan sepupu sepapat. Memang universal dan klasik mainan ni.


SOROK-SOROK

sumber : google

Ni seronok kalau main dalam kebun hehe. Kenit biasa main sorok-sorok ni ngan kengkawan bila kami lepak dalam kebun. Bila main sorok-sorok tu adventure la sikit nak carik kan hehe. Ada yang menyorok belakang pokok pisang, ada yangmenyorok bawah pangkin pondok, ada juga yang menyorok dalam guni! Mujur tak kena jual hehe. Pastu, pakcik tu datang marah-marah kat kitaorg cakap jangan main sorok-sorok nanti kena sorok ngan bunian baru tau! Percaya pulak tu...haihhh hehehe.



MAIN PONDOK-PONDOK


sumber : google

Macam biasa la..kusyen mak, kain cadar mak, kuali kecik mak, sudip, cawan plastik, pinggan plastik ngan kacan ijau mak jadi mangsa Kenit hehehehe. Ada plak tukang jadi mak, bapak, anak. Anak nak gi keje mak masakkan nasi tuk anak muahaha. Mak keje dia asyik masssssakkkkkk je sebab seronok ngat main ngan kuali mak ekekeke. Kalau nak nampak lebih real, main kat tepi pokok bunga. Selalunya bunga raya ar jadi mangsa. Di lenyek-lenyeknya bunga raya sampai kuar lendir, diletak dalam kuali pastu konon-konon memasak la tu hahahaha. 

Itulah kami...sebelum internet. Kami punya segalanya. Kami punya rakan, kami punya padang, kami punya permainan dan pastinya kami punya kenangan. Kenangan indah yang hanya bisa diceritakan pada anak-anak sekarang.


You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Assalamualaikum kenit. semuanya sheila main waktu zaman kecik dulu. alahaii rindu pula. rasa nak repeat jeee >____________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      rindu kan? kenit pun terkenang tapi sayang tak leh putar kembali zaman tu :)

      Delete
  2. betul la....dulu lain sekarang lain..done follow...follow balik k tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you..insyaAllah saya singgah awak pula :D

      Delete
  3. sedih pulak yumida baca
    terimbau kenangan masa kecik
    main tikam selipar sampai nangis2
    dah la selipar bata..berat tu..sakit kene badan
    nangis2 pon still main jugak..lasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kenangan kan sis, budak-budak dulu memang lasak, tambah pempuan. Nangis kejap je esok sambung lagi main hehe

      Delete
  4. Srronok jadi budak2 dulu kan... Xde internet tapi seronok sebb dekat dengan alam.. Rasa nk kembali ke zmn silam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak maria, dekat ngan alam...tulah yang paling seronok. Panjat pokok lagi hehe :D

      Delete
  5. dapat ramai kawan...

    hishop satu...

    ReplyDelete
  6. so what happened after internet era ?
    nice post

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM