Tutorial Pakai Kain Pelikat By Atok.

Tuesday, July 30, 2013

Assalamualaikum!~

Berapa ramai budak lelaki zaman la ni yang suka pakai kain pelikat bila duk kat umah?? Jangan tipu laaaaa memang ciput je bilangannya! Korang lebih prefer pakai boxer atau suar pendek tiga suku tu kan? Ramai yang Kenit jumpa kat kedai-kedai atau warung makan suka nau pakai suar pendek. Tak pun, diaorg pakai suar track-bottom atau suar jeans.

Abah Kenit masih lagi pakai kain pelikat kalau duk kat umah. Even, dia dapat kain pelikat baru tiap kali ada jemputan buat tahlil atau berzanji kat umah orang. Stok kain pelikat jangan cakap la....berlambak! Tapi, abg Kenit yang sulung tak pernah pakai kain pelikat...jarang sangat! Dia pakai kain pelikat pun time eksiden motor dulu kes merempit muehehe. Tu la...'majal' sangat kannn konon rockerzz (tahun 90an) pakai suar jeans ketat ala-ala metallica gitew...ceh. Sekali langgar tembok kain pelikat jugak yang dicari.


Kalau korang nak try (pakai) kain pelikat tapi tak berapa tahu caranya, meh sini 'atok' Kenit boleh tunjukkan tutorialnya hehehe. Asyik tutorial pakai tudung je, ni atok kasi special tips bagaimana nak pakai kain pelikat dengan betul hehehe.




Sarungkan kain pelikat dengan kedua2 tangan memegang pada ujung kain. Kedudukan anda mestilah di tengah-tengah kain pelikat. 



Tangan yang memegang ujung kain tadi ditarik kemas dan dirapatkan ke badan (seperti gambar di atas), sementara tangan yang satu lagi kekal di kedudukan.




Kemudian, tarik pula tangan yang memegang ujung kain satu lagi dan disematkan dengan kemas ke bahagian abdomen (perut). Tangan jangan lepas, mestilah tahan kain pelikat dengan ketat dan kemas.

 foto : fb

Akhirnya, mula melipat bahagian atas kain tadi dengan ketat dan kemas. Jangan lipat longgar dikhuatiri kain pelikat akan terlondeh tika anda berjalan dan bergerak. Lipatan yang ketat dan kemas akan memudahkan pergerakan anda. Dah siap! hehe.

See see! kacang putih small the pieces sap sap soi je kan! Jadi, apa masalahnya korang taknak pakai kain pelikat ni? Dah la senang nak pakai, berangin, mudah nak ke tandas, tak risau kain tetas dan sebagainya.

Tak praktikal? tak moden? ahoiiii! tahukah korang tahap kesuburan lelaki akan menurun jika kerap memakai suar dalam dan suar yang ketat?? Ia akan menyekat aliran darah dalam alat sulit korang dan proses penghasilan sperma akan terbantut. Tak tahu? Ha ni fakta Kenit sharing...sumber? korang google sendiri.

P/S: Kenit blaja pakai kain batik dulu ikut cara atok ni la muahaha.

You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. Farah tak pandai pakai kain batik la..asyik nak terlondeh jer..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit pun tak pandai masa memula dulu, tapi practice makes perfect. Sis cuba la plak nanti ye :)

      Delete
  2. wah siap ada tutorial gitu...terbaeklah sis!!!ye betul tu memang lelaki tak boleh pakai ketat2.hahaha lawak je kisah abang sis tu hah...

    p/s-->kak lea pun belajar pakai kain batik,macam atok tu buatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kenit tengok abah kenit pakai kain pelikat, tu yang try pakai kain batik camtu tu :p

      Delete
  3. bagus tu...taklah asyik tutorial pakai shawl je kan kenit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ramai dah pandai pakai shawl ni sis, tapi kain pelikat budak2 sekarang belum tentu dapat master lagi :)

      Delete
  4. wah ada tutorial pakai kain pelikat tu

    ReplyDelete
  5. wahhhh siap ada tutorial lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tuk mereka yang dah lupa atau bercita2 nak pakai kain pelikat semula ;)

      Delete
  6. Abg sy smpai skrg pkai pelikat mcm pkai kain batik.. Hehe

    ReplyDelete
  7. he3..ni smple..kalau pakai bt tido..mak aih terbuka la kain 2..kena simpul kt gulung 2..bru ketat =)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM