Anda Boleh Cantik Dengan Arang!

Thursday, August 01, 2013

Assalamualaikum!~

Satu2nya kegunaan arang yang Kenit tahu adalah ketika memanggang hehe. Terkenang dulu kat Kuantan, selalu gak kami buat barbeque kambing kat blakang umah. Pak Jelan beli satu beg arang kat Cowboy, masa tu murah je satu beg boleh dapat RM5.

So, Kenit terjumpa this one article menarik tentang kegunaan arang SELAIN ketika memanggang hehe. Mungkin korang dah tahu, Kenit je yang tak tahu lagi. Tapi, bagi yang belum tahu jom kiter tambah ilmu! (^^,)

sumber : google
Arang merupakan karbon yang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya. Dalam regimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:

1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
4) Nyahkan toksik dalam kulit untuk kulit bebas radikal
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kelapa dan mengurangkan kelemumur

Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang. 

Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya. 

Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya. 

Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.


sumber

Boleh try ni, tapi kurang seminggu lagi nak raye agak2 ada efek tak nanti? Seriau juga kalau2 muka Kenit tetiba bertukar jadi dayang senandong, mau Pak Jelan tak ngaku bini sok! hehehe.

P/S: Tablet arang? mane jual?

You Might Also Like

26 pengomen comel

  1. Assalamualaikum kenit. hehe cer kenit try dulu kalau ok bagitau sheila. hikhik ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      haha takut nak wat eksperimen sendiri hehe, tapi rasa cam nak try je :D

      Delete
  2. sekarang ada berus gigi diperbuat dari arang..ingat nak try...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak? sy tak jumpa lagi kat mana2 pasaraya :)

      Delete
  3. yg gigi 2 pnh jugak terasa nk bt..tp xbrani je hu3..in.shaa.Allah nnti2 la kot =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti ska dah buat sharing la ngankami ye ;)

      Delete
  4. Sy ade jual korset drpd arang berminat boleh check,dkt site sy nie
    www.ahmadhasif.info
    Tgh ade offer mai2 cepat jgn tunggu lg yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. korset takmo hehe dah cukup kecik dah pinggang ni hehehe :). Terima kasih

      Delete
  5. dah nak raya ni..jangan di try yg bukan2..hikhik
    kang tetibe semua tetamu larik bila akak keluar dri bilik..hehe
    arang pun berkesan utk singkirkan bau..letak arang kat toilet..insha Allah bau toilet tu segera hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu la kak serba salah dibueknyo. Sounds interesting tapi nak mencuba benda baru camni...haiishhhh :)

      Delete
  6. info baik ni..tapi macam takot plak nak guna..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la pasal, tapi kalau tak cuba tak tahu plak jadi ke tak kan hehe :D

      Delete
  7. menarik...boleh cbe lau mcm ny...dlu pn thu ye bleh putihkn gigi je tp x thu la plak bnyak bnde bleh bt ngn arang ny rpenye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis kirenya tau jugak la arang tu boleh putihkan gigi, kenit langsung tahu arang boleh memanggang je wahahaha...lagi jatuh standard :D

      Delete
  8. sebelum ni tau arang utk putihkan gigi saja.x tau la plak boleh buat masker.thank u dear for sharing

    ReplyDelete
  9. sy guna arang untuk merahkan lagi inai di jari.. hehe

    ReplyDelete
  10. WAH... HEHEHEHE.. GOOD SHARING YANG..
    SY PUN X TAHU SEBENARNYA ARANG NI PELBAGAI GUNA..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit pun baru tau sebanyak ini kegunaan arang yang...kita sekapal la yang hehe :)

      Delete
  11. biasa guna arang untuk inai je...

    phtu wat bakar sate...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sate?? wahhhhh lama tak pekena sate ni hehe :)

      Delete
  12. Masker drp arang dh ada.. Tak silap cosway kot..banyak jugak kegunaan arang nie yer..nk cuba dgn x jer..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ader ye sis? kalau selamat dan sesuai nak jugak try tapi cam malu2 je lagi ni hehehe :D

      Delete
  13. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    Menghilangkan Bekas Jerawat
    .

    ReplyDelete
  14. Brand organichana pun ada keluarkan natural charcoal toothpaste bulan ni nak tryla

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM