Friday, August 02, 2013

# Puisi Hati Kenit

Bagaimana Agaknya Pengakhiran Kita Nanti?

Assalamualaikum!~

Pernah terfikir tak benda ni? Adakah setiap kali memikirkannya cukup untuk membuat jantungmu berdegup kencang? Adakah setiap kali memikirkannya dahimu berpeluh dan hati kegusaran? 

Atau dirimu cuba menafikan hak yang pasti? Dan memesong akalmu kepada dunia yang juga akan mati? Pernah terlintas tak dihatimu bagaimana agaknya pengakhiran hidupmu nanti? 
Adakah di katil pembaringan kerana sakit tua? 
atau syahid sebagai pejuang agama?
atau terbujur kaku di atas jalan raya?
atau barangkali sebutir peluru menjadi temanmu sehingga kehabisan nyawa?


Si ibu keluar mencari juadah berbuka, agar dapat mereka iftar
 bersama-sama sekeluarga. Namun pulangnya bukan ke rumah, 
Allah lebih sayangkannya agar dia dapat berbuka di Syurga sana. 

Bagaimana agaknya pengakhiran diriku? 
Adakah matiku berseorangan? 
Adakah matiku di jalanan? ketika membeli hidangan 
buat keluarga tersayang?
Siapa yang tahu? 
Yang pasti bukan kamu....tapi Allah s.w.t Maha Penentu.








Semakin menginjak usia,semakin banyak foto kematian menjadi tatapan mata kecil ini. Dan semakin ia menghantui walau ku duduk atau berdiri...


Bilal surau di Bangi meninggal dunia
ketika bersujud kepada Allah SWT


Melihatkan mereka yang telah 'pergi', hati terdetik kapan bila saatku nanti. Bila tiba malaikat Izrail, adakah iman masih di hati? atau murka Allah menjengah diri? Allah.....


Roti berkuah darah bersama nasi berdaging tubuh
yang berkecai adalah menu harian berbuka dan
 bersahur saudara se-Islam kita yang dimamah rejim Syiah di Syria. 









Mati yang bagaimana engkau mahukan? Bolehkah kita diberi pilihan? Layakkah kita membuat pilihan? Adakah hidup kita sudah cukup Islam? atau sekadar dakwat hitam di atas kad pengenalan?




Sedangkan Nabi Ibrahim a.s merasakan mati itu umpama kapas basah yang dilalukan melintang pada batang berduri. Maka terlekatlah segala kapas pada duri itu. Tidakkah ia satu bayangan yang cukup mengerikan bagi diriku? Masih tenangkah jiwa dan akalku? Yakinkah aku...bahawa aku yang cukup hina dan penuh dosa ini tidak akan merasai seperti itu? 

Dan, jika seorang Nabi membayangkan seksa kematian seperti itu, lalu bagaimana pula nanti matiku? Allah....

Cukup sudahkah amalku? Lengkap sudahkah solat dan puasaku? Tetap sudahkah iman dan taqwaku? Selama mana ia boleh bertahan? Adakah akan goyah bila musibah datang? atau bila datang musuh mengacu senapang?

Bangkai-bangkai mayat Tentera Iran dan Hisbullat di Syria. 
Nyawaku milik Tuhanku...
Doaku hanya padaMu..
Allah ku pohon agar tetapkan imanku..
Jangan dipesongkan hati dan lidahku..
Dan jangan jadikanku musuhMu..
Sehingga matiku umpama bangkai..
Kerana cintakan dunia melebihi akhiratMu..
Sungguh aku takut azabMu ya Allah...




Buat dirimu yang telah pergi menemui Tuhanmu, dalam keadaan engkau berjuang demi agama, tanah air dan keluargamu. Ketahuilah engkau sangat beruntung di sisi Allah. Kita tak mungkin bertemu di dunia, juga tak pasti adakah akan bertemu di syurga. 

pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Syria

Nukilan hati: Kenit Cinonet


P/S: Al-fatihah buatmu yang telah 'pergi', mungkinkah ada yang mendoakanku setelah ku 'pergi'?

8 comments:

  1. emm.. tak tahu la. selari dgn amal juga cara pengakhiran kita.. x snggup nk tgk.. huhu

    ReplyDelete
  2. nauzubillah,..wallahualam bagaimana pengakhiran kita nie...

    ReplyDelete
  3. kepada pejuang2x Islam, semoga tempatmu di syurga..muhasabah diri.

    ReplyDelete
  4. tersentuh sgt2 kak..semoga kita mati dlm keadaan beriman kepadaNYA..takut sgt5 dgn seksaanNYA..semoga kita sentiasa mengikut suruhanNYA dan menjauhkan diri dri kemurkaanNYA..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. alfatihah untuk mereka semua...

    ReplyDelete
  6. ya allah semoga kita dalam kehidupan aman dan damai..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. baru tadi tgok video syria. ya Allah. takut nya dengan amal ibadat yg tak banyak ni. mampu ke nak ke syurga Allah. :(

    ReplyDelete
  8. Masih byk yg nk kena ubah nie kenit..:(

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates