Friday, August 30, 2013

# Flora & Fauna # Made In China

Cendawan ' Magic' Bercahaya Dalam Gelap.

Assalamualaikum!~

Taylor Lockwood adalah seorang pemburu cendawan dan jurugambar yang telah menghabiskan masa 25 tahun dalam mengetengahkan hasil kerjanya ke seluruh dunia. Segala hasil fotografinya boleh dilihat di laman Mushroom.Pro. Lockwood menyumbangkan artikel ini kepada LiveScience's Expert Voices : Op-Ed & Insights;



Dalam satu strip ke selatan China baru-baru ini, saya terserempak dengan cendawan bercahaya sewaktu melalui hutan buluh dalam perjalanan saya pulang dari makan malam.

Manusia telah lama mengiktiraf cendawan bioluminisen beribu tahun lamanya, tetapi teknologi fotografi yang canggih dan kepentingan umum terhadapnya telah meningkatkan spesis cendawan bercahaya dan pengetahuan tentangnya.

Cendawan bercahaya yang saya lihat di China - sebahagian dari tugas saya menyokong projek yang didukung oleh pelajarnya di bawah Texas Tech University/National Science Foundation - adalah cendawan buluh yang biasanya tumbuh di dalam hutan tropika Asia. 



Berasal dalam keluarga Favolaschia, ia mempunyai ciri-ciri seperti batang sisi (Stipe) dan besar. liang bulatnya bukan insang.

Namun begitu, fakta sebenar tentang spesis Favolaschia adalah bioluminisen sebenarnya tidak diketahui sehingga saya mengecam cahayanya dalam musim panas ini. Penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bioluminisen dan tindakbalas kimia yang mencetuskannya sedang meneliti dan mengkaji cendawan ini.

Bukan semua genus Favolaschia bioluminisen, dan yang menariknya spesis dari China ini hanya bercahaya apabila ia mula mereput. - bukan semasa ia masih segar dan hidup, tidak seperti fungi/kulat yang lain.

Asia, Brazil dan Australia merupakan lokasi habitat yang popular untuk cendawan biolominisen, tetapi organismanya dapat ditemui di semua hutan tropika di seluruh dunia dan di sesetengah kawasan yang bersuhu sederhana.

Penyelidik percaya bahawa bioluminisen memberi kesan kepada penyebaran spora dengan menarik serangga yang membawanya jauh semasa memakan kulat atau melakukan aktiviti rutin lain.

Pencarian cendawan bioluminisen telah menjadi suatu pengalaman yang sangat mengujakan saya, ketika saya menyusuri ke dalam hutan hujan, sendirian, pada waktu malam, dan berjalan dalam keadaan segelap mungkin. Sebelum ini, saya pernah berhadapan dengan kelawar, ular, peccaries dan kijang liar yang sememangnya boleh menaikkan bulu roma anda.

Pengembaraan ini adalah sebahagian dari usaha untuk mencari dan mengabadikan imej cendawan bioluminisen, samada sains mengetahuinya atau tidak. Setelah Madagascar, Brazil dan China tahu ini, saya merancang lokasi seterusnya untuk tahun 2014.

Translasi dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.





source : photo


sumber : HERE

Do you know what else that glows in the dark??


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Ekekekekeke :p

12 comments:

  1. cantiknya cendawan tu..boleh bawak ke malaysian ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh survive dalam hutan kita boleh kot hehe :D

      Delete
  2. subhanallah, mmg cantik bile dia glow. tapi gamba yg kat bawah sekali tuu mmg rare laaa. kihkihkih

    ReplyDelete
  3. wahhh...kerja 25 thn yg sgt berbaloi. Yg last skali tuh pun include skali? Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang last tu bukan dari dari spesis cendawan ye, tu sekadar gurauan je hehe :D

      Delete
  4. ha3..yg last 2..menarik :D cntik cendawan 2..bercahaya je..sekali tgok mcm batu karang pn ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu karang pun batu karang la...eh batu karang pun cantik tau hahahaha :D

      Delete
  5. Rasa mcm pnh tgk dokumentari psl cendawan nih dulu.. Mmg cntik..

    ReplyDelete
  6. Cantik..macam coral dalam laut..and of course yang last tu will shine either way..without/with the light..he..he

    ReplyDelete

Apa kata korang?