Ceritera Aidilfitri 2013 - Part Ayam Raya.

Thursday, August 15, 2013

Assalamualaikum!~

Sehari sebelum raya, mak bantai sakit perut sehingga cherry berry dan muntah-muntah. Bila aku buat siasatan ghupernye mak tak makan sahur. Dari awal puasa sampai sekarang mak tak makan time sahur sebab mak kata perut tak lapo. Mak minum air je.

Dah dengar mak cakap macam tu, aku pun 'histeria' la sekejap! muehehe. Kesian mak sampai hangin satu badan. Takpe mak, anim tolong jaga ayam yek!


Sebelum ke reban kena pakai kasut phua chukang dulu hehe :)

Welcome to Hotel California Chicken muehehehe.
Hotel 2 tingkat tu!

Lapo kedarahnye ayam-ayam mak aku ni sampaikan jaring ijau tu pun dipatuk ditariknya! 3 kali sehari makan pun tak kenyang-kenyang lagi??


Ni anak ayam...ada 6 ekor semuanya. Baru 'bercerai' ngan ibunya.

Ni kategori ayam remaja..ada 7 ekor kot. Kuat makan ni!
Ayam kampung mak ni ada macam-macam kategori umur. Ada anak ayam, ayam remaja, ayam dewasa dan ayam tua! hehe. Yang kecik duk dalam reban, yang tuhak kasi lepas atas tanah. Anak ayam belum menetas pun ada!

Aku tak tahulah diaorg ni generasi ke berapa ntah. Mak je yang arif pasal benda ni. 


Amboi ayam, menjeling nampak! Cam tau-tau je esok ko nak
'tumbang' ekekeke.

Ayam botak (3 dari kiri) pun mak bela, tapi tak banyak dah.
 Ini kira ayam botak tuhak la ni hehe.


Start mak bela ayam kampung ni, prinsip mak tetap sama. Bela ayam jangan sampai menyusahkan jiran. Mak bela ayam dalam pagar, jadi aspek kebersihan memang jadi keutamaan mak. Tempat mesti luas dan selesa untuk ayam-ayam mak bergerak.

Setiap pagi rutin yang sama, bersihkan reban dengan pancutan air yang deras. Segala taik maik ayam akan dibersihkan dan bila reban dah bersih, barulah boleh bagi ayam makan. Tengok tu...berselera diaorg makan kan? 

Baru lepas cuci reban, ayam dah kerumun mintak makan.
'Santai'nya rumah ayam ni ala-ala resort gituuuu, siap ada pokok nyok lagi! muahahaha. Belakang reban ada pokok pisang, pokok durian belanda dan pokok keladi. 

"adikkkk...kayuh depan la dikkkk bukan belakang".
Jenuh kakak ngajo tapi akhirnya adik berjaya kayuh ke depan muahaha.

Dah siap bersihkan reban ayam, aku sambung siram pokok bunga dan kebun mak. Memang tiap kali aku tertarik dengan satu bunga ni. Apa nama aku tak tau, tapi aku suka!

Tak taulah kenape warnanya jadi begitu. Sebab kurang vitamin ke atau
belang ijau tu semulajadi?


Sarang burung dalam celahan pokok bunga jenjarum. Tinggal sarang je.

Seronok duduk kampung dan bela ayam. Patutla bila aku tanya mak, tak boring ke ngadap ayam ari-ari. Mak cakap kalau tak bela ayam lagi mak boring huhu. Mak cakap bila kita bela binatang ni, semacam jadi satu terapi untuk diri kita.

Sebab tu kami suka duduk melepak menghadap reban ayam petang-petang hehe.

You Might Also Like

17 pengomen comel

  1. tudiaa...banyaknya ayamm... ingat wat korban hari raya ayam2 tu.. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya korban memang ada yang kene korban pun hahaha :D

      Delete
  2. Bestnya Ada Banyak Ayam..Sy Bela burung Puyuh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh burung puyuh best wooo. Isi dia manisssss :D

      Delete
  3. wah banyaknya ayam, untung cenggini kalau nak makan sembelih ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer sis, tiap kali anak2 balik dapatla merasa makan ayam kampung hehe :D. Tak gaduh nak beli ayam dah kan.

      Delete
  4. seronokla kenit...pi tangkap ayam ke tidak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tangkap menangkap ni mak kenit yg pro. Kalu kenit tangkap raya ketiga belum tentu dapat makan muahaha :D

      Delete
  5. best je tgok =) best duk kg ni...bela ayam lpas 2 jual ke?? ayam kg mmg ramai juga la org cri..nk2 tlur dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bela ayam ni untuk anak ebranak makan je. Tapi, ada jugak orang datang umah nak beli ayam. Mak memang jual la kalau orang nak beli, kalau tak beli boleh makan puas2 hehe :D

      Delete
  6. dulu yumida de ayam tua
    badan dia besar
    ayam tu suke perhatikan korang
    ske tengok apa yg kita buat
    pastu bila ayam tu datang dekat..yumida buat donno
    bila datang rapat lagi..yumida sergah dia..dia terkejut..lari lintang pukang..rs macam kelakar pulak..hehe

    jemput baca & komen entry yumida ni cik kenit:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ayam mak kenit ni pulak manja sis...terutama ayam botak tu ha. Siap boleh belai bulu dia lagi muahaha :).

      Delete
  7. Wah.. Seronoknya tgk ayam... Lama dh xde bela aym sbb pupus dan asyik mati je.. Mak kt kg bela kucing je byk.. Tpi sy lak alergik kcing..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM