Lu Langsi Lu Mati!

Friday, August 23, 2013

Assalamualaikum!~

Mungkin tak pernah dibuat orang nulis pasal ni hehe. Tapi, makhluk camni bahaya kalau disimpan lelama. Habis sumer makanan aku 'dirembatnya'! Kalau tak mendatangkan penyakit takpe, tapi makhluk ni boleh menyebabkan keluarga aku terdedah dengan virus dan risiko penyakit berbahaya.

Hampir dua minggu aku cuba buru dia. Ada kawan suggest suruh kutip kucing2 kat jalanan tu bawak balik umah. Tau la kucing tu nak 'mengerjakan' dia. Ada gak yang suggest letak perangkap tikus dan bubuh ikan bilis baekkk punya sebagai umpan.



barang mainan 'dia'. Memula aku ingat amendeeeee la ni.
Ghuper2nya habuk kayu. Kayu mane 'dia' tibai pun aku tak pasti.

Ada satu hari tu, bangun subuh aku tengok habuk kayu ni dah berterabur atas lantai. Pak Jelan kater cik TI punyer keje. Tak boleh jadik ni! Start balik dari kampung aritu aku dah musykil dah. Kulit telur bersepah kat atas para dapur tu. Isi  dah kering tinggal kulit je. Dalam ati, takkan la aku pecahkan telur pastu tak perasan langsung???

Malam soknya, sambal sotong aku tetiba ilang! Kesian Pak Jelan, aku pi tuduh dia plak makan hahaha. Sorry bang....

Bukan takat sambal sotong 'dia' rembat, dodol yang mak aku tapaukan tuk aku pun dia sebat! Dah la dodol tu sedap dan lembut! Grrrrrr...ini tak boleh jadik ni! Aku marah la camni! Kalau dah dodol aku pun kau sebat, memang ko saje nak langsi ngan aku la ni kan!


Tak tahan dah aku, 'dia' buat 'kenduri' kat umah ari-ari. Aku plak yang kena sapu segala 'sampah' yang dia tinggalkan. Malam semalam jugak kami pi beli gam tikuih kat Speedmart. Ghuper2nye, gam tikuih ni tak boleh dipegang ngan tangan cam tu je. Nanti melekat terus seumur idup! hehe.

Caranya: Lumurkan tangan dengan sabun (sabun apa pun boleh) dengan rata. Pastu, baru sentuh gam dan sapu.

Malam tu jugak.....


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

gotcha! terbaring melekat terus di situ.

Inilah cik TI yang berani membuat onar di rumahku. Gamaknya dia suka nau bau gam tikuih tu, ingatkan kengkawan dia jugak huhu.



Misi selesai....or i thought it was. Dengan gumbiranya, kami pun tidoq lena pastu kan. Sok paginya, aku jumpa lagi habuk kayu bersepah! Cistat tul.....ko bawak geng ye!!!

p/s: kalu kakak tengok gambo tikuih ni, mesti dia buat bunyi "squeaksss!squeakksss!"  -_-

You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. hehe...main keja2 ngan cik ti..

    ReplyDelete
  2. haaa, kan dah kena.. :)
    kat umah saya dulu banyak juga cikTi ni.. tapi sejak bela kucing ni, sekor cikTi dah tak datang dah.. penyelamat ramaaai kat umah ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenit dah pencen dari bela kucing. Dulu seronok pagi2 bgn tengok kucing duk sebelah tikuih mati haha. Dah lama takda tu yg depa berani masuk tu haha :)

      Delete
  3. mama hari tu, dapat 2 ekor sekali masuk perangkap... puas hati mama... abis makanan kat rumah dia selongkar.... geram betul.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mama..hbs sumer makanan kiter disebatnya. Letak gam terus baru tau hehe :)

      Delete
  4. tikus zaman skrg dah pndai..letak perangkap biasa-biasa dia dah xlayan dah..huhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la akmal, letak racun tikus yg makan punye selamba gajah je dia kasi perabih. Mana gajah tak takut ngan dia haha. Tapi, terpedaya jugak ngan tikuih kali ni hehe :)

      Delete
  5. hahaha Ops BanTik ( Operasi banteras Tikus )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gak nama ops tu..ade lagi ni kt umah ni hehe

      Delete
  6. Assalam.. lama rasanya x singgah. :) Sy pernah buat mcm tu, tp x mati lagi, garang, bising & menggigit. Waktu nk angkat sy cuai, dpt dia gigit jari sikit.. aduhh.. luka sket. Kecoh betul. My neighbour advise prgi klinik ambil injection. Bila sy pergi, receptionis pun senyum je bila sy ckp nk injection sbb kena gigit tikus hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh bahaya tu abg khir sampai kena gigit. Tikuih kan pembawa virus memang injectionla jawabnya.

      Apapun itu sumer pengalamn dan kenangan:)

      Delete
  7. besar jugak tikus nie..dahsyat sampai buat sepah2x kat umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula abg bahrain...asal padam lampu je dia on projek dia. Pagi2 tengok sampah ni kat lantai dah :)

      Delete
  8. sama la gite..tp tikus rumah ain ni tak tahu la spesis apa..letak perangkap tikus, dengan perangkap tikus dia bawa lari..letak racun tikus..habis licin depa makan...ajaib sungguh..tp hari2 beraya kat rumah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak tikuih ni ain haha. Makan racun tikuih bukan dia nak mampus lagi jadi kuat ada la. Ni tiuk ada imunisasi kot haha.

      Delete
  9. Padan muka cik ti.. hahaha
    Kena letak byk lg la gam mcm tue..bg semua geng dia pn mati jugak..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. Ni duk letak perangkap gam kattmpt strategik la ni haha

      Delete
  10. he3..bnyak 2..kena letak tiap2 malam =) mgkin 1famly ada..hati2 la..pnyakit kncing tikus xde pnawar..bhya si Ti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang 'perang' habis2an ni hehe :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM