Misteri Kandungan McDonald's Chicken McNuggets.

Thursday, August 29, 2013

Assalamualaikum!~

Adakah anda salah seorang peminat tegar McDonalds?? Well, do you know even the westerners pun tak menggemari makanan fast-food seperti ini. Kenit?? Kenit dah hampir 3 tahun boikot McDonalds. Bila keluar makan dengan my brother-in-law's family they won't take us to the McDonalds. Instead, they will take us to nasi Arab (lagi sodap!) muahahaha.

So, that's private matter. 

Anyway, this morning i found an article posted in Facebook by a friend that really intrigues me to share this information with you all who reads this. Even it's not happening in Malaysia (i guess or hopefully) but i hope you guys take this seriously.




Hari ini kami mengumumkan penyiasatan pertama yang dijalankan di Makmal Forensik Makanan Natural News, cawangan yang berkonsepkan penyelidikan sains di mana kami meneliti makanan di bawah mikroskop dan mencari apa sebenarnya yang ada di dalam makanan itu.

Awal hari ini, saya telah membeli 10 ketul Chicken McNuggets dari sebuah restoran McDonald di Austin, Texas. Di bawah pengawasan yang ketat dan penuh berhati-hati, saya memeriksa nuget tersebut di bawah mikroskop digital berkuasa tinggi, menyangkakan hanya akan menjumpa ketulan kecil daging ayam yang diproses disebalik kerangupan kulit nuget itu.

Tapi, apa yang saya temukan amatlah mengejutkan sekali! Saya telah banyak melihat benda-benda pelik dalam kajian dan penyelidikan ke atas makanan dan nutrisi, namun saya tidak pernah menjangkakan sesuatu yang seperti ini.....

Terkini : Natural News telah menunjukkan beberapa keping  foto Chicken McNuggets yang mengandungi "fiber misteri", seperti yang anda lihat di bawah.












Seperti yang ditunjukkan dalam foto-foto di atas, Chicken McNuggets dipercayai mempunyai kandungan fiber yang pelik yang mungkin sesetengah orang memanggilnya sebagai "Morgellon's".

Kami menemui struktur yang kelihatan seperti bulu hitam yang melekat di dalam nuget, juga struktur yang berbentuk seperti telur yang melekat pada bulu atau fiber.

Ia ditunjukkan dengan keterangan yang lebih jelas dalam gambar berkenaan, yang diambil pada 15hb Ogos 2013 di Makmal Forensik Makanan Natural News. Sampel Chicken McNuggest yang sebenar yang digunakan seperti dalam gambar telah disejukbekukan sebagai bukti forensik.

Kami juga menemui tompokan berwarna merah di beberapa tempat, juga objek berbentuk sferikal yang menyerupai alga.

Kami tidak menyatakan atau membuat kesimpulan bahawa objek-objek ini menjadikan Chicken McNuggets McDonald tidak selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, kami percaya bukti bergambar ini mampu mencetuskan penyiasatan FDA (Food Development Association) ke atas kandungan komposisi Chicken McNuggets.

Soalan yang paling utama, dari manakah struktur yang seakan rerambut ini datang? Ini adalah soalan yang paling utama perlu dijawab, memandangkan ayam tidak diproses bersama bulunya. Adakah mungkin terdapat pencemaran bersilang sewaktu memproses Chicken McNuggets? Soalan ini perlu dijawab.

Kongsikan penemuan ini dengan semua orang.

Translasi dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.



Should you know that this author is an award-winning journalist and a natural health reseacher with a passion sharing empowering information to help improve personal and planetary health.

sumber: naturalnews.com



You Might Also Like

26 pengomen comel

  1. erk? macam geli je. sy pun dah boikot McD sejak tahun lepas. Cuma ada skali haritu tiba2 bos (cina) belanja sy McD breakfast. Dah la x bgtau nk belanja, tibe2 je. Kalo x, sempat sy ckp xnak.boikot! boikot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least Nur ada kesedaran untuk tidak memilih McD. Even kalau diberi, kita boleh menolak dengan baik. Boikot tetap boikot :)

      Delete
  2. huh..dah lama tak makan mcd...teruknya...nasib baik baca nie

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yeah..especially tengok 'rambut' sapa la yang dok melekat gitu hehe :D

      Delete
  4. nice sharing..wah xsangka le plak..tp sebenarnye kalau makan western ni sbnrnye mmg xbgus pon utk kesihatan..lebih baik makan nasi..tentu2 dapat jugak karbohidrat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah pasti..fast-food can't never be healthy becoz they are fast-food.

      Delete
  5. macam pelik jer apakah fiber tu... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saintis pun terkebil2 menunggu jawapan dari McD sendiri hehe :D. But, dor sure they know it's not coming from the chicken.

      Delete
  6. fast food mesti nak fast je produce barang. semua terabai


    Entri Baru Update: BFF Ke 200

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah dah memang namanya fast food kan. Tp penemuan ini sangatla menimbulkan syak wasangka pada pengguna :)

      Delete
  7. dulu2 kan mak kak lea mesti belanja kitorang mcd.tapi sejak boikot mcd...kitorang ni dah tawaf makan nasi arab kat cyberjaya he3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya nasi arab pun dah jadi hidangan kegemaran kenit sekuarga :)

      Delete
  8. fiber ke rambut, sekali tgk dah mca dawai pun ada...saya mmg dah lama gila tak makan mCD. boikoit jugak..

    Jom terjah sini Etika Penulisan Di Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula tak dapat dipastikan. Kalu fiber atau rerambut, sapa punya???

      Delete
  9. mintak2 benda ni tak berlaku la kan di negara kita..boikot jom boikot :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, mudah2an ia tidak berlaku di sini :)

      Delete
  10. pe bnda itam tu? ptt kat m'sia pon wt mcm ni gk.

    ReplyDelete
  11. uuuuu...yumida baru tahu
    be4 ni pernah mkn 2 kali kat mcd
    tu pun order ayam, kentang n burger
    lepas ni nak kena berwaspada mengenai pemilihan restoren fastfood la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecuaian bkn sj berlaku pada warung tepi jln tp restoran pun kdg2 pengotor . Apapun semoga ia tdk berlaku di sini :)

      Delete
  12. erkkk..sbb 2 la kena boikot produk yahudi ni..hmm kadang byak yg xok..kena berhati2 la..kalau dh zoom mcm gmbar kt atas 2..mmg sama bentuk dgn material fiber..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kita kene berhati2 dengan semua produk makanan dari luar terutama yang bukan kita masak sendiri. Kebersihan dan halal menjadi aspek utama dalampemilihan makanan.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM