Pelindung Muka Darth Vader.

Thursday, August 22, 2013

Assalamualaikum!~

Satu lagi kaedah penjagaan kulit terbaru di China yang kini menjadi trend di kalangan masyarakatnya yang sangat mengambil berat tentang pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.



Pelindung muka yang berbentuk seperti topeng muka karakter Darth Vader dalam filem Star Wars ini direka untuk melindungi keseluruhan wajah si pemakai tanpa menganggu penglihatan mereka. Walaupun mereka memakai pelindung muka ini, mereka masih boleh melihat dengan jelas dari pandangan dalam, namun bagi orang lain yang ingin berkomunikasi dengan mereka ia seperti bercakap dengan 'Darth Vader' itu sendiri.



Dari penunggang motosikal ke gedung membeli-belah golongan 'bertopeng' pelik ini membentuk sebahagian daripada trend yang semakin meningkat di kalangan masyarakat Cina yang memakai pelindung suria di khalayak ramai.


Walaupun pemakaian pelindung muka ini sesuai untuk aktiviti luar yang terdedah dengan cahaya matahari, namun ada juga yang memakainya di dalam pusat membeli belah.



Walaupun ia cuba untuk menyesuaikan diri dengan trend fesyen semasa, namun pelindung muka style Darth Vader ini lebih kelihatan seperti topeng muka yang digunakan oleh pengimpal dalam kerja kimpalan.





Walaupun mengetahui penglihatan akan menjadi kabur dan terbatas terutama ketika sedang menunggang motosikal atau memandu, ia tidak menghalang mereka dari menggunakannya demi melindungi wajah mereka dari cahaya matahari.




Gamaknya diaorg ni terkesan sungguh dengan kejadian fenomena kepanasan melampau baru-baru ini sehingga budak ni boleh goreng telur atas jalanraya! Naper tak pakai helmet terus??


sumber : dailymail.uk

You Might Also Like

23 pengomen comel

  1. kalau pakai helmet still muka terdedah kepada cahaya matahari... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe sis, beli helmet yang ada visor tu..bukan takat tutup muka ngan kepala sekali dia tutup hehehe :D

      Delete
  2. terbaru dan terbaik...

    save 22 satu


    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  3. aah..bagusnya
    blh elak sinar uv kena mata/wajah
    comei..ala2 dlm kartun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kartun yang pakai memang comei kak, ini manusia pakai...macam peliks je hehe :)

      Delete
  4. Funnylah pulak..tapi kreatiflah dia orang ni..cuma yang naik motor tu bahaya sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak, tang naik motor tu yang bahaya tu. Naper tak pakai helmet je terus kan? tutup jugak paler ngan muka tu hehe

      Delete
  5. ayoyoy, menakutkan pun ada..haha, rasa malu pula nak pakai benda alah macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorg ni biar malu asal cantik haha :D

      Delete
  6. hahaha...kalu macam ni la gayanya, lau jatuh pun x malu sbb org dah tak cam muka kite..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang tak malu dah la..kalau jatuh atas jalan raya pecah muka terusss heee :D

      Delete
  7. ha3..terbaik la =) mcm2 la diorg ni..style jugak..cntik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jalan atas runway catwalk stylo jugak la...kot hehe :)

      Delete
  8. macam-macam la dorang ni kan..negara tu terkenal dgn bnda2 pelik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah china hehe. Lagi banyak rakyat dia lagi dasat orangnya.

      Delete
  9. bagusla gini..tak apah pakai krim2 bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat kecantikan bangkrapla macam ni hehe :)

      Delete
  10. jangan lepas ni perompak dapat idea pakai macam tu udahlah huhu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM