Aktiviti Ujung Minggu

Monday, September 23, 2013

Assalamualaikum!~

Biasanya ujung minggu, celik je mata diaorg cari tab nak men game. Yang adik plak minta nak tengok kartun umizoomi la, upin ipin la, oogy la....! Subuh korang hadap tab, pagi korang hadap tv, tghari korang hadap tab, petang korang hadap laptop ayah, malam korang hadap handphone ibu. Tak boleh jadi beb...!

Rosak mata kalau dibiarkan! Biarlah mata ibu sorang yang rabun. Sedangkan diri sendiri pun rasa lemas pakai spek ni hari-hari, inikan pula budak sekecil tu. 



Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur

Sebab tu la pagi-pagi semalam lepas pekena roti canai, kenit ajak kakak adik gi kedai beli getah!


"ibu nak buat aper getah ni bu? banyak nyeeeeeeee". 

"Ibu nak ajar kakak adik mainan yang selalu ibu main masa kecik-kecik dulu. Sebab main ni la ibu jadi tinggi sekarang...banyak melompat" 
hahahaha tercengang anak aku dengar!

Boringla rasa asyik main Candy Crush pastu bagi makan si Pou tu. Layan dia main la, bagi makan la, bila gemuk sikit kasi health potion pastu boleh kurus balik, boleh plak camtu? hehe. Kalau Pou gemuk senangla nak kasi kurus, ni kalau bebudak ni yang gemuk sok?? Dah la gemuk berpenyakit pulak..hishhh nauzubillah!

syok plak 'menganyam' getah ni. teringat kenangan
 masa kecik-kecik dulu hehe.

Excited takleh cakap la ngan bebudak ni. Diaorg ni barang yang 1st time diaorg baru nak cuba memang agak kelihatan jakun sikit di situ hehe. Kenit kuarkan getah dan start 'menganyam'..sampai separuh jalan...


"wowwww! terernyer ibu...lawala ibu buatttt.
 Ibu main ni masa kecik macam kakak adik dulu ke bu?"

"ye la..inilah mainan ibu masa kecik-kecik dulu. 
Takde nak tengok kartunnnnnn je.
 Main ni lagi best tau!"

"oohhhh....nanti ibu main ngan kakak adik ye bu"

Opkos la anakku...ibu ko lama dah tak tunjuk skill lompat getah ni haha. Kitaorg main dalam umah je masa tu, aku tak segila tu nak melompat menggelinjang kat ruang legar blok tu sambil diperhatikan oleh makcik-makcik kat bawah tu haha. Biarlah aku melompat dalam umah, paling tidak pun orang bawah menyampah la kot pasal ada 'anak gajah' dok melompat buat hingaq pagi-pagi Sabtu muehehehehehe.


Si kecik ni pun sama nak try buat..sampai kesudah la
getah tu melekat kat kaki dia camtu je la!

Gedegang gedegung la kami tiga beranak main pagi tu. Pak Jelan pi buat part time , lagi galak la kami melompat dalam umah. Kenit dapat lompat sampai paras kepala muahaha. Takat tinggi kakak tu no hal la! Apa guna kakiku yang panjang ni kannnnn heeee :D.

Yang kakak dapat lompat sampai paras paha je. Itu pun dia lompat dua kaki sekali...alahaiiiii! Adik? lagi tinggi...paras lutut je pastu kaki tersangkut! muahahaha. Sedap ibu gelakkan ko kat sini nak hehe. Tu la makan telur rebus banyak-banyak lagi, kan dah berat badan tu nak angkat.



Jeles kot tengok ibu boleh lompat sampai kepala, diaorg taknak main lompat-lompat macam tu dah. Nak main pesen gini pulak. Getah duk atas lantai pastu goyang-goyang pastu lompat...alahaiiiii! tak adventure la tul anak2 aku ni hehe. Main la nak...asalkan ko tak hadap tab, laptop dan handphone ibu minggu ni. Kasi cergas sikit kaki dan tangan tu ok.


Puas main time tuk makan. Apa yang paling senang???



Nasi lomak laaa

feveret adik...kalau dapat telur putih tu laju je dia ngap!
 Kuning tu dia takmo, pandai memilih plak tu.

Hah! anak2 memang tak layan sambal udang petai ni.
Takpe, ibu makan sorang!

Petang tu Pak Jelan balik dari part time job bawak balik dua lauk ni dari kenduri kawen orang. Alhamdulillah..Ayam golek & gulai korobau (kerbau) selamat beristirehat dalam perut kami mueh mueh mueh~




Sekian (^_^)

You Might Also Like

18 pengomen comel

  1. Kami panggil main cenggitu 'zero point'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nama omputih tuuuu hehe. Kami dulu panggil lompat getah je la haha :D

      Delete
  2. sedapnya sambal tumis petai tu, baru semalam mama masak nasi lemak...hihihih

    ReplyDelete
  3. syoknye bebudak dpt main permainan baru
    main getah ni pemes masa kita kecik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah sis, ini lah mainan paling popular zaman 90'an dulu. Dalam beg sekolah selain ada buku, getah ni pun ada hehe :D

      Delete
  4. sedapnya sambal udang tu..
    Bestnya kak melayan bebudak main getah tu..dorg mana tau mainan kita dulu2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu memang best tapi tenaga dah kurang separuh ni haha. Tu pasal la akak dok promote main lompat getah ni...asyik hadap tab je...tak adventure langsung kan kan kan (^_^)

      Delete
  5. hari minggu hari tu baru je makan sambal petai.. tengok gambo da kurang telio.. hahaha

    ReplyDelete
  6. hahaha..kelakar btol =) last main cara sndri..bgus juga 2 ajar anak2 supaya xmgadap lptop @ gajet je..nnti kshatan ke mana, otak pn kemana he3..pehhhh lauk smbal udang 2....betol2 minat la..kena suruh orang bt kn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dah kalah punyer pasal hehehe. Sodap sambal udang petai tu fais, cari sorang yang boleh buatkan tuk fais ari-ari tau :D

      Delete
  7. Seronok ea lyn ank2 dh bsr... perknlkn blik permainan dulu2.. mesti diorg teruja kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak membesar ni lagi banyak nak kene layankan hehehe. Ohhh memang teruja..ari2 dia mintak nak main lompat getah! :p

      Delete
  8. lpas ni satu blok main bila akak n adik dah terer main,
    mmg happening main ni..
    siap gaduh pn ada dulu main game ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe...memey terer la kalau lompat tak kena getah tu haha.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM