Breaking

Wednesday, September 11, 2013

Cerahkan Bibir Yang Gelap!

Assalamualaikum!~

Ader kater gelap itu seksi. Tapi tak semua kater bibir gelap itu seksi! hahaha. Pandai korang ye pilih-pilih. Aperpun, kebanyakan dari kita mempunyai bibir gelap yang semulajadi gelap....acaner tu?haha.

sumber : google

Kenit ada terjumpa pergghtua di tenet mengatakan kita boleh cerahkan bibir yang gelap! Haaaa?? biar betik??? Kat artikel tu sebut lagi yang ada beberapa faktor yang menyebabkan bibir kita akan bertukar jadi gelap dan kusam.

Antara faktor-faktornya:
  • amalan merokok
  • amalan minum kopi dan teh berlebihan
  • menggunakan gincu murah dsbgnya.

Tapi, jangan risau! Kini ada tips dan petua yang boleh diamalkan untuk mencerahkan bibir anda! Nak tahu? Jom terjah!

1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir. 

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah. 

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali. 

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap. 

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh. 

7. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh. 

8. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. 

9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya. 

 Pada sesiapa yang nak mencuba, SELAMAT MENCUBA! (^_^)


SUMBER : yahoo

29 comments:

  1. Bagus ni. Boleh mencerahkan bibir. Kena guna semua cara ke?

    ReplyDelete
  2. i like this post!
    very informative!

    Do Follow Me Back :)
    http://www.wendypua.com/

    ReplyDelete
  3. Tips yang berguna nie..boleh share dengan yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aja...tips yang bermanfaat elok dikongsi bersama ye dop :D

      Delete
  4. pakai lip balm pun ok sbb kalau MG lech betul nk spu2 madu tu.
    jilat2 kat bibir habis...hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan tak sampai seminit kering balik bibir tu kang haha :D

      Delete
  5. huhu thanks for sharing this ya :)

    amat berguna utk kita2 ni..hehe

    Entry terkini :

    Bersediakah aku?
    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/09/bersediakah-aku.html

    ReplyDelete
  6. aah kan sis..ade gak jenis bibir org tu hitam
    moga tips ni membantu mereka yg nak cerahkan bibir
    kalau nak bibir seksi mcm angelina jolie tu cmne sis? kikiki

    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bibir seksi cam angelina jolie tu sila letak tebuan sekor kat bibir, nescaya seksi la dia pastu muahaha :D

      thank you sis, kenit akan menyusul insyaAllah :)

      Delete
  7. he3 nice sharing =) nk buat yg no9 jelh..senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu dah..fais bab makan ni memang laju je kan hehe :D

      Delete
  8. thanks utk inf0 nie .. nak try lah.

    ReplyDelete
  9. takot terlebih seksi plak lepas nie..hahaha..

    ReplyDelete
  10. kak lea tak boleh nak pakai madu,mesti tak sampai seminit dah jilat habis.kadang2 guna jugak margerin,pun boleh cerahkan bibir.so far ok jugak guna lipbalm yang ada honey dan spf.hurm tentang gincu tu ada yang kata brand terkenal kat malaysia ni jangan beli,ramai komplen sejak pakai bibir hitam.ntah tak suka pun beli brand tu.

    dulu2 rajin juga beli lip scrub kat bodyshop.sekarang ni berus lembut2 je bibir dengan berus gigi.owh...teh tu fav dah jadi minuman harian camner huwaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengancam jugak tips kak lea tu, apapun kenit nak try la yang berus gigi tu. nampak senang sebab ari2 kita gosok gigi kan haha.

      Delete
  11. Nice sharing.. Sy dulu aapu ubat gigi.. Lpas kring bsuh.. Merah gak.. Tpi kejap je.. Hehe

    ReplyDelete
  12. kalo x guna madu tapi guna vaseline( lebih kurang cam jellah, ade jual kat watson) boleh x agaknya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. takd apat dipastikan jika guna vaseline. Ini lebih kepada petua semulajadi untuk cerhakan bibir, kalau guna ubat lain tak pasti la pulak :)

      Delete
  13. akak, saya nak tanya pasal madu tu. boleh x guna madu queen lebah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ianya madu lebah rasanya tak salah kot. Cuma pastikan madu asli bukan madu yang dicampur air. Wallahualam.

      Delete
  14. sy ada sapu colgate yg wrna biru 10 saat . then basuh tak rasa apa lagi . pastu 1 jam rasa mulut kering smpai nak pecah . 😂 sbb apa ya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.