Wednesday, September 25, 2013

# Flora & Fauna

'Cookie Monster' Dalam Laut!


Assalamualaikum!~

Sapa peminat Sesame Street mesti tau karakter comel berwarna biru ni. 


omnomm onomm .... me love cookie!

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur

Yeahhhh! dialah Cookie Monster, karakter comel yang suka makan biskut hehe. But, kenit bukan nak citer pasal Cookie Monster yang ni. Kenit nak share pasal 'kembar' dia, yand duk dalam laut. Jom tengok sapa yang serupa ngan Cookie Monster! (^_^)

Isteri Mauricio Handler terpesona apabila pertama kali dia menjumpai span laut (sejenis hidupan laut) yang menyerupai karakter terkenal dalam Sesame Street iaitu Cookie Monster.

Penyelam scuba sering mengagumi keindahan batu-batu karang dan 'penghuninya' yang berwarna warni, dan ada masanya ia kelihatan agak mencuit hati.



Photo is courtesy of ©Mauricio Handler/Nationalgeographicstock.com

Itulah yang berlaku kepada pasangan Mauricio Handler dan isterinya, Julia semasa menikmati percutian mereka menyelami terumbu karang Curacao di Kepulauan Caribbean.

Antara penemuan menakjubkan mereka adalah span laut yang berwarna ungu yang betul-betul menyerupai karakter terkenal Cookie Monster dalam Sesame Street.

"Julia berenang ke arah saya dan tidak dapat menahan ketawa dari dalam topeng mukanya apabila melihat rupa span laut itu," kata Handler. "Saya yang keliru terus berenang ke arah span laut itu untuk mendapatkan cahaya yang sempurna bagi menyerlahkan lagi gambar kami." 

'Cookie Monster' laut yang dipaparkan pada awal minggu ini oleh Daily Mail adalah setinggi 3 kaki dan terletak di Westpunt di utara-barat Curacao.

Walaupun ia tidak boleh bercakap, tetapi peminat Sesame Street mungkin dapat membayangkan apa yang akan dikatanya jika boleh : "Me want cookie!"


hahahaha sama tak???

Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit
source : HERE

P/S: mengimbau kenangan bangun pagi tak gosok gigi terus on tv tengok sesame street hehe. Proud to be in the 90's (^_^).

9 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. ehh nampak sama la dengan cookie monster! hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..
    sekali sama daaa..
    seram pn ada tgk nie.

    ReplyDelete
  3. la dalam laut rupanya kediaman dia...he he he...

    ReplyDelete
  4. hahaha...comel je!
    dulu2 suka tengok kartun ni
    dah besar x layan lg..kikiki
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  5. hahaha..wujud rupanya =) mmg nmpak sama..

    ReplyDelete

Apa kata korang?