Hospital Cari Darah Wanita Sunti.

Tuesday, September 17, 2013

Assalamualaikum!~




Sebuah hospital di China baru-baru ini meminta darah dari wanita yang masih dara dan sihat untuk digunakan dalam penyelidikan perubatan. Walaubagaimanapun, tindakan pihak hospital tersebut mendapat kritikan hebat sebagai menghina wanita, medianya melaporkan.


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Hospital Kanser Universiti Peking berkata, pihaknya memerlukan darah wanita sunti dari 100 orang yang berumur antara 18 hingga 24 tahun untuk kajian mengenai Virus Human Papilloma (HPV), yang biasanya dihantar melalui hubungan seksual, China Daily melaporkan.

Sesetengah pengguna internet turut mengutuk permintaan tersebut dan menyatakkan ia akan menggalakkan amalan menjaga keperawanan dan merendahkan martabat wanita.


"Lelaki teruna tidak diperlukan, hanya wanita, adakah ini sains?", seorang pengguna menulis di Sina Weibo iaitu laman sosial seperti twitter.

Pihak hospital tersebut mempertahankan tindakan mereka memanggil penderma, mengatakan bahawa darah wanita sunti adalah lebih sesuai kerana kemungkinan untuk dijangkiti HPV adalah sangat kecil.
" Ia (pemilihan darah wanita sunti) adalah selaras dengan amalan antarabangsa, yang mana ia bertindak sebagai bahan kawalan negatif dalam penyelidikan HPV, memandangkan risiko untuk dijangkiti HPV adalah rendah di kalangan wanita yang belum pernah melakukan seks," jurucakapnya, Guan Jiuping berkata kepada China Daily.
Ada juga yang menyokong tindakan hospital tersebut, dan menulisnya di Sina Weibo: "Orang yang suka membidas dan mencela adalah orang yang tidak faham keseluruhan situasi itu. Belajar sains dan rasionalnya, dari sibuk mengkritik orang lain."
sumber : yahoo

Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.

p/s:  correct me if i'm wrong, virus HPV ni virus yang kita bagi missy suntik kat anak2 kecil kita untuk elakkan dari terkena penyakit kelamin. Dr. Azrul kata, terbitnya pengambilan vaksin HPV di negara kita sekarang adalah kerana masyarakat kita mengamalkan gaya hidup seks bebas. Nauzubillah! Jadi untuk mencegah wanita dari jangkitan penyakit kelamin dan kanser serviks, maka vaksin HPV diberikan. Jagalah dan pantau tingkah laku anak-anak perempuan kita walau dimana mereka berada!

You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. HPV slh satu usha krajaan..tpi asasnya adalah didikan ibu bapa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, cabaran membesarkan anak di akhir zaman ini menuntut kita untuk lebih berhati2 dalam memberi mereka kebebasan.

      Delete
  2. eh, yeke wak? oo.. baru tahu. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. macam vampire jer nak cari darah gadis sunti...serammmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe vampire ni tak gigit dia cucuk jarum je :D

      Delete
  4. eiii!
    jgnla smpai sni benda tu
    mcm mengglakkan lg sex bebas je =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg sampai dik? HPV tu memang dah sampai pun..vaksin yg dicucuk pada anak kecil untuk cegah penyakit kelamin dan kanser pada wanita.

      Delete
  5. nice sharing sis
    yumida pun baru tahu
    aah..zaman moden skrg ni, macam2 benda bahaya
    isi tabung sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga memberi manfaat ye sis :). Terima kasih kenit bakal menerjah kembali ;)

      Delete
  6. mintak dijauhkan dari penyakit berbahaya nie..

    dari:
    akubahrain.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an...cegah lebih baik dr mengubati (^_^)

      Delete
  7. btol 2..bnda2 cmni kena pntau..apa yg ptt dilakukan msa kecil kenalah bt..saranan doktor 2 adalah yg terbaik stakat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...banyak benda dalam hidup ni yg kita slalu tak pasti. Apapun yg kita lakukan niat kita nak hidup sihat kan. So, imbangi hidup dengan kebaikan dan akhlak yg mulia insyaAllah kita akan terhindar dari perbuatan yg merosakkan.

      Delete
  8. Vaksin HPV dpt mencegah kes kanser servik yg menyumbang kira-kira 12% daripada keseluruhan bilangan kes kanser di kalangan wanita Malaysia. Di Asia, 1 kematian direkodkan bagi setiap 4 minit

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian fakta ye alfie :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM