Menang Tapi Rasa Bersalah Pulak.

Wednesday, September 18, 2013

Assalamualaikum!~

Allahurobbi.....mana nak start ni? 

Itulah...mungkin rezeki, di saat poket tak berapa nak 'lebat' dan aku sangat memerlukannya ada jugak rezeki Allah bagi kat aku....tapi tak segumbira yang aku selalu rasai. Selalu kalau bab menang kontes, aku la yang paling teruja walaupun 10 kontes aku masuk 1 je yang mungkin akan menang.

Tapi, kali ni walaupun menang tempat ke-2 aku tak rasa apa2 melainkan rasa bersalah! Allahurobbi....


Takdir Allah menemukan aku dengan ucapan tahniah dari seorang sahabat blogger yang turut memenangi kontes tersebut bulan lalu. Terima kasih kak Aida a.k.a Kisah Si Diary (^_^). Terkejut kejap waktu tu sehingga jantung 'melonjak' kegirangan. Dalam hati cakap 'wow! baru umum ke? lama dah tunggu ni'.

Kita ni pun pi la check kat dashboard kot2 ada entri baru dari penganjur. Takda pun....? masuk fb tengok ada msg dari kak Aida mengatakan aku menang kontes tu tempat ke-2 tapi pengumumannya bulan lepas! Allahuakbar...'berlari' laju aku pi check kat  blog penganjur.

Allahurobbi...memang selalu aku check blog penganjur sebelum tu nak tengok keputusannya. Tapi, memang tiap kali tu la tak jumpa! Nak tanya orang malu...last2 aku diamkan aja la. Dalam hati kata, orang lain dah menang kot.

Padahal penganjur dah publish senarai pemenang sehari sebelum raya dah! Allahuakbar....memang aku tak online ari tu. Sungguh ari tu sibuk ngan persedian nak sambut raya. Lepas dari ari tu pun aku check, tapi tak jumpa! Allahurobbi....apakan daya.....

Try email penganjur dan berikan butir peribadi. Redha je la sebab dah terlepas dari tarikh yang sepatutnya. Apapun alasan mungkin takda guna dah. Tup tup kul 11.04am penganjur reply message kata duit dah masuk akaun.

Yang membuatkan aku rasa bersalah sehingga saat aku menaip ini adalah, penganjur terpaksa membayar aku dengan duit sendiri kerana duit yang aku menang tu dah didermakan pada masjid. Allahurobbi......maafkan sy Encik Syahir a.k.a fuh!dot my di atas kelambatan ini. Saya tak tahu nak cakap apa...speechless. Tapi, saya tahu apa yang saya rasa tika ini....RASA BERSALAH! kerana encik terpaksa guna wang sendiri untuk bayar kepada saya. Allahurobbi......:'(

Aku malas nak printscreen bagai...takda mood walaupun menang. Sungguh perasaan ini tak seenak yang aku jangkakan......

Kontes : SINI
Senarai Pemenang Kontes : SINI

p/s: maafkan sy Encik Syahir.....

You Might Also Like

18 pengomen comel

  1. kadang2x kita kena alert benda yang kita join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang alert...tapi time tu alert dengan persediaan nak raya. Tak tahu plak pengumumannya sehari sebelum raya.

      Delete
  2. xpe la terima je rezeki tu..ini yang orang kata kalau dah rezeki tak kemana..

    ReplyDelete
  3. Terima je..itu kehendak Allah semata-mata...sungguh berbahasa kawan kita ye...done isi tabung...moga bertambah murah rezeki hendaknya.

    ReplyDelete
  4. kekadang terlepas pndang..ingtkan ade da pemenang rupenyee mentionnye name kite..xpe ;)

    ReplyDelete
  5. takpe lah, kalau itu rezeki kita.. tak kemana... mama pun ada kes ni, sponsor segmen konon, tapi tak tahu bila segmen berjalan, dah habis ke belum, tahu2 ada orang tuntut hadiah... kalau dia beritahu awal2, mama dah sediakan hadiah tu.... hadiah tu pula sekarang stok dah habis... naya mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la mama, harap2 kenit ni tak nyusahkan penganjur. Tak syok bila timbul masalah gini kan :)

      Delete
  6. Tak pe la kenit dah mmg rezeki kenit tue.. jangan la dok rasa bersalah..bagi pendapat farah kalau boleh la lepas nie orang yang anjurkan GA/Segmen/Contest tolong maklumkan pemenang mereka secara direct..mungkin masalah macam ni dapat dielakkan..so kedua2 pihak tak menangung kerugian.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for your support dear. Mungkin ini salah kenit jugak..tak alert. Apapun, pasni kenit akan berhati2 insyaAllah..

      Delete
  7. ooo...yg teka duit raya tu
    rupanya sis salah seorg pemenangnya
    tahniah
    isi poll kat sini
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis, nanti ai coming coming ye hehehe :)

      Delete
  8. salam sis,wah yelah mesti serba-salah,kan.tapi masa tu nak raya rata2 semua dahcuti blogging sebab fokus nak balik kampung huhu..apa2 pun tahniah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak lea...

      a'ah kenit kat kampung dah waktu tu,line tenet pun semput so memang tak on9 beberapa hari la. Terima kasih kak lea kuuuuuu :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM