Merdeka Special Request - Plan A

Tuesday, September 03, 2013

Assalamualaikum!~

Aiihhhh...dah lama mintak tapi asyik aku ngelak. Bukan susah sangat pun nak tunaikan, tapi kepenatan badan selalu sangat mengundang kemalasan. Kali ni, tak sampai ati aku nak kata "NO". Mata bulat, hidung kembang kempis sambil mulut cakap..."PLEASEEEEEEE....please ibu bawakla kakak adik naik bas ngan train. Kejapppppppp je buuuu..."


Amboiii kemain lagi dapat nek bas, muker ceria masing-masing..

Bebudak ni kalau duk berdua memang nak  bercakar je la. Ada je benda nak dibuat 'modal' perang mulut. Membebel satu hal, ini tambah pulak bertekak sesama dia. Sentap memanjang pastu baik smula pastu sentap balik. Tapi, dalam bab gi jenjalan memang satu kepala! Bab ni diaorg memang sepakat membawa berkat haha. Sehati sejiwa seia sekata hehe.

Aduhhhh! dekkk cover la sikit kalu yer pun nak korek
 'lombong bijih timah' tu. Jatuh saham ko camni! hehe

So, here's the deal! Diaorg kepingin nak gi jenjalan nek bas dan train. That's all. Tak cakap nak singgah maner atau nak beli apa. So, i was thinking mungkin aku boleh bawak diaorg singgah KLCC jap since tak tahu nak bawak gi maner. 

So, there we went....


Masa sampai tu, orang tak berapa nak ramai lagi. Seronok la berjalan berlari ke sana sini. Time nak balik...fuh! carik toilet pun susah! hahaha. Apa lagi nak buat kalu masuk KLCC? window shopping....je laaaa! hahaha.



Pastu, aku bawak bebudak ni gi taman KLCC. Kasi diaorg tengok air pancut dan jenjalan sambil bergambar.

Anak-anak aku ni pesen lain takde, asyik pesen peace je la!
Makcik payung blakang tu nak interframe jugakkkkkkkk

Miratora baru lepas kena piappp ngan ibu.
Tu la, lari lagi sana sini tak takut betul ngan orang budak ni! 

Hohoho memang menduga sungguh kalau bawak diaorg ni jenjalan bila Pak Jelan takda. Berlari ke sana, berlari ke sini...tak peduli dah nak pegang tangan aku atau tangan kakak dia. Menonong je berlari. Dah dipanggil banyak kali, dah dipesan suruh pegang tangan dan jangan gi jauh-jauh. Bila ingkar, ku piappp kan aje! Haaa kan dan berjurai air mata tu. Tempat orang ramai gini, bukan boleh dibuat main-main.....

Tapi, Mira nanges kejap je hehe. Pastu mood berjimba dia datang balik cam biasa. Tapi, memang nak kena cakap banyak kali la ngan budak ni.

Rasanya dah macam Uncle Gedek pulak
 dah aku ni muahahaha~

Ni la dia bila takda tukang amik gambo, amik gambo sendiri la jawabnya. Nak sangat background KLCC hehe. Tak puas ati jugak, aku 'upah' kakak jadi fotografer sambilan hehehe.


Shot lawa dah, tapi muka gelap pulakkkk haha

Eeeeeee seriau pulak nengok dahan yang berjurai-jurai ni hehe

Elok benau la ghuper aku gini hahaha. Haihhhh!

"buuuu..buatla gaya sikitttt"

Ha amik ko nak gaya sangat! ko ingat ibu ni model majalah ke aper nak gaya2 bagai. Haaa sepetkan aje la mata yang ibu gheti nak oiii. Malu la nak buat over-over depan orang ramai ni hehe.


Fuh! boleh tahan anak aku ni berposing ye. Sebelah buat peace,
sebelah macam salute. Anak asokar la katakan haha

Agak-agak kulit dah gelap sikit, kami masuk dalam balik sejukkan badan haha. Penat la jenjalan dalam KLCC ni. Kecerdasan kaki ni dah tak seperti zaman anak dara dulu. Mujur ada escalator dan lif nak bawak kami nek atas hehe.

Sampai dalam, bebudak ni nak nek lif pulak. Maka, dah sampai tingkat 4 kami pun kuar la dari lif tu. Aduhhhh...dia nampak tu pulakkkkkk...terjebak pulak dahhhhh!

You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Assalamualaikum serius kenit. gambar tu sangat pattern uncle gedek! hehehe. bestnya anak2 ye, ibu bawa berjalan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila...

      hahaha tu la kenit pun rasa gitu :D

      Delete
  2. hehe..kiut pulak anak2 akak
    aah kan bebudak mmg hobinya suka berlari
    pastu masa jenjalan takmo dipegang tangan
    kengkadang siap gaduh kejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sis, yang ni memang laaaa kalau tak cukup sabar mau menjerit kiter depan orang ramai. Dia tau suker je, kita plak yang risau :)

      Delete
  3. seronok tengok budak2 ni asyik hepy je..rindu pulak zaman kanak2..haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam hepy2 tu banyak nangis jugak la hehe. Yeah...zaman kanak2 memang yang paling dirindui kita kan :)

      Delete
  4. bestnya..tak ajak auntie pun naik train..dah lama nak naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat 50 kali mintak baru ibu tunaikan ni hehehe :D

      Delete
  5. Wahhhh bestnya jenjalan =) bertiga je?? hu3, nmpak mcm snyi je dalam klcc 2..ni pergi kul berapa?? suka la budak2 tu..comel je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertiga je hehe. Masa dalam kul 10 gitu memang tak ramai orang lagi :)

      Delete
  6. salam sis..hahaha kak lea gelak je baca entri ni sebab boleh bayangkan betapa kecohnya keadaan masa nak kawal anak2,kan.rumah kak lea dekat je dengan erl.tapi rasa malas betul(sebenarnya tak berani)nak bawa anak2 jalan gi klcc dll.nak tunggu husband jugak ngeeee...tapi kalau setakat gi alamanda,selamba drive layan budak2 tengok wayang he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam haha memang kecoh la kenit masa ni sis. Walaupun takut, tapi beranikan jugak la sebab anak ngidam sangat nak jenjalan. Kenit kalau takat KLCC tu takpela lagi la...jauh2 kenit tak berani hehe :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM