Merdeka Special Request - Plan B

Thursday, September 05, 2013


Assalamualaikum!~

Terjebak! Aaaaaaa terjebak aku kali ni! Diaorg dah nampak daahhhhhhh. Gatai sangat ko nim pi bawak sampai tingkat 4, kuar lif terus nampak benda bulat-bulat atas tu. Plan A dah jadi Plan B. Tangan diaorg dah menunjuk-nunjuk ke arah situ.

Adik menonong je pi masuk, belum sempat aku nak tanya kat 'penyambut tetamu' tu. Nak buek camno, anak-anak dah ajak. 





Kanak-kanak masuk kena RM5 seorang, dewasa kena RM15 seorang. Nak beli tiket kena tunjuk IC @ kad pengenalan kat kaunter girl tu.




Ingatkan dah beli tiket boleh terus masuk dalam, ghupernye aku silap! Kena beratur tunggu giliran pulakkkkk! Giliran ape aku pun tak tau masa ni. Maklum la pestimeeeee...

Tengok2 barisan orang beratur punyer la panjang! mak aiii mau kena tunggu sejam lebih ni. Aku tanyakan pada petugas di situ, lama ke nak tunggu masuk ke dalam? Dia kata tak lama sangat, dalam 15-20 minit dah boleh dah. Ni panjang sebab tunggu giliran nak naik....ape ntah nama dia hehe.

Kat depan tu penuh ngan budak2 sekolah buat lawatan. Panjang macam
ni punyer barisan bukan spesis aku la nak berdiri lelama hehe.

Nampak sangat la muker kakak adik penat.
Penat berlari kat taman tadi kan.

Haaaaa benda ni la yang buat kami berbaris panjang menunggu! hehe

Ghuper-ghupernye nak masuk dalam kena naik benda alah ni dulu ke? Diaorg panggil gondola haha memang la Kenit tak tau. Tapi, bukanke gondola kena ada tukang dayung yang ensem ala-ala model Itali gitu? muahaha. 

Ingatkan masuk macam masuk berjalan dalam muzium tu haha. Mujur tak kantoi depan bebudak ni heeeeeee :D

baca dulu peraturan sebelum nak naik gondola

Dalam gondola tu takleh tangkap gambar/video. So, tak dapeklah nak share. Tapi, lebih kepada pengenalan tentang hasil petroleum dan hasil bumi. Tak de ape sangat yg interesting.

Lepas turun dari gondola barulah kami berjalan masuk ke tempat pameran sains. Dapat la bebudak ni merasa/ mencuba eksperimen kat dalam tu.







Ride The Hurricane - masuk dalam tu, pastu korang dapat merasa la
angin kencang tahap taufan puting beliung hehe.
Pakai skirt lagi best, boleh buat free show terus hehe.


Actually Mira pandang atas sebab masa ni kerusi tu bergoyang
macam kena gempa bumi haha. Takut jugak ko ye dekkk.

Ye ye je dia teropong bintang, padahal dalam tu ada kartun je hehe

muka cuak senyum pun taknak dah hahaha!

Cuak giler tengok muka kakak dalam gambar ni hahaha. Ingatkan sepanjang masa berani, ghuper2nya cuak jugak ko kan kakak hehehe. Ni muker kena paksa ngan ibu, dia taknak amik gambo sebab takut berdiri depan mulut dinasor tu hahaha. Tambah bila dinasour tu gerak2kan tangan kontot dia, lagila berkerut dahi kakak haha. Adoiiii, dia dah lama mati nakkkkk...ko nak duk dalam  mulut dia pun takpe haha.


Tengok ibu! ilekkkkkk je hehe 

Aku pun takkan nak tercegat je kan, amik gambo sekali ar. Walaupun, baru 5 minit kenal ngan Cik T-rex kami dah macam member 'kamceng' gitu hahaha. Ko tengok la kami amik gambo sesama lagi. Cik T-rex posing senget siap tunjuk gigi lagi kat blakang aku...aku ilekkkk je! hahaha. Ko memang sporting la Cik T-rex, ada masa lagi nanti kami datang balik ye muehehehe.



Sayonara KLCC...

Platoooon! now it's time for us to leave and go home. Ibu dah penat, kaki dah kejang tulang belakang dah bengkok sikit haha. Moh le anak2 kiter balik. Dari pukul 10 pagi, ni dah dokek pukul 2 petang! Eh, ibu dulu shopping dua jam pun dah sakit pinggang tau..! Dah moh moh moh balik!

You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. wah tqvm dear share info admission hours dan harga tiket.memang plan nak bawa budak2.depa pun bosan tengok wayang dan mandi-manda.tulah sepupu kak lea kerja kat office petronas dalam klcc tu,dia kata kalau nak datang beritahu awal,dia belikan dulu tiket yehaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no sweat dear sis, petrosains is a good place for children. Tapi, kalau nak gi jangan time ujung minggu atau cuti umum, alamat berebutla budak2 ni nak main kat dalam tu hehe.

      Delete
  2. Assalamualaikum. bestnyaa. sheila pun tak pernah masuk sini kenit. hihihi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sheila...

      best la tuk kanak-kanak. Mak dia best sebab dapat bergambo je haha :D

      Delete
  3. dah byk kali masuk petrosains sbb ank2 buah kalau dtg kl jer nak g situ... nsb baik masuk murah... takde la ralat sgt nak bawak diorang ke situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak2 punyer tiket memang murah kan bro. Berbaloi la duduk kat dalam sampai 2 jam pastu boleh naik gondola pergi dan balik.

      Delete
  4. mama pernah pergi, masa tu bawak budak-budak rombongan sekolah...hihi.. seronok sangat...

    ReplyDelete
  5. hehe TB xpernah sampai..jauh sgt..tp tgk budak2 tuh gembira sgt tuh..nnti konfem nk g lg tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit yg duduk dekat ni pun baru skrg sampai hehe. Budak2 memang seronok selagi dibawak jenjalan :D

      Delete
  6. he3..sronoknya =) mmg xsmpat lg nk msuk..budak2 msti syok je kn

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM