Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Ketiga (Last Part)

Thursday, September 19, 2013

Assalamualaikum!~

Hari ketiga....last one! perlukan semangat kencang untuk menaip entri kali ni. Kali ni nak citer bagaimana Dr. Azrul kuruskan badan! korang mesti suka kan bab ni. Kenit pun suka walaupun dari luar nampak kurus keding, hakikatnya...gendang gendut tali kecapi, gendut disana bergendang disini hahahaha (ape yang ko merepek ni!)

Anyways, kenit dah janji kan nak share tips Dr. Azrul. So let's start shall we (^_^)

Cara kuruskan badan / dapatkan berat badan ideal

  • Niat untuk ubah - apa saja yang kita nak ubah atau mahukan permulaan sesuatu yang baru perlu ada niat. Bila hati kita dah niat dan tetap, maka tubuh badan kita akan bertindakbalas memberikan suatu 'ruang' baru untuk kita langkah ke step seterusnya.
  • Bagitau orang yang sediakan makanan kita - contoh macam isteri atau ibu kita. Bagitau mereka yang kita sedang nak turunkan berat badan/atau makan secara sihat. Kalau gi makan kat kedai/warung pun kene bagitau jugak, kalau tak no point la usaha kita ni kan.
  • Makan jangan tak makan - Haaaa part ni yang best ni haha. Sapa tak suka makan ye dop? Ader ke suruh kuruskan badan tapi suruh makan hehe acaner tu? haaaaaa wait arrrr. So, pasni kalau takda masalah bab makan ni heee :D.
  • Minum air kosong - part ni ada yang senang nak buat ada yang susah. Kaum Cina kenit tak risau sangat pasal air kosong ni memang dah jadi minuman ruji (eh ader cam tu?hehe) diaorg. Yang risaunye, orang Melayu kita susah benor nak minum air kosong time makan...termasuklah kenit hehe. Sokmo ngoder air teh beng tau pun milo ais. Perghhhh! pastu gaduh gendut sana sini hehe.
  • 'Portion Size' - inilah rahsia kejayaan Dr. Azrul menguruskan badannya! Dr. Azrul menggunakan konsep 'stick to one plate' dan bukan food pyramid yang selalu kita pakai tu. Memang berjaya kekdah ni ghupenyer, tengok sajalah Dr. Azrul kembali perkasa kan haha. Amende portion size ni?? sat la ni kenit nak habaq la ni (^_^)



ATAU 



Haaa nampak tak permainannya di situ? haha. Cuma kenit tak letak susu/dairy pasal tu kalau nak kasi naik berat badan hehe. Pasaipa kenit letak sayur dan buah-buahan tu warna merah?? sebab itulah yang kita kene makan. 

Pigmen merah pada sayur2an dan buah2an bertindak sebagai anti-ageing, anti kanser dan juga collagen producing. Bab2 ni pempuan suke sangat kan (bajet cakap cam la aku ni bukan pempuan ye..hok aloh!)

Apakah contoh sayur2an dan buah2an merah ye anak-anak? hehe

  1. contoh buah: tomato, tembikai, epal merah, jambu air, betik, delima etc.
  2. contoh sayur: bayam merah, cili merah, capsicum, labu etc.
Kalau korang nak dapatkan lebih info mengenainya, korang boleh terjah SINI dan godek-godek la mana yang patut. 

Sekarang ni statistik di Malaysia menunjukkan kedudukan carta bagi penyakit kanser yang dihidapi wanita dan lelaki. 

Wanita
  1. Kanser payudara
  2. Kanser serviks
  3. Kanser kolon

Lelaki
  1. Kanser paru-paru
  2. Kanser prostat
  3. Kanser kolon

  • Antara faktor penyebab kepada kanser payudara:

  1. tidak berkahwin/lambat kahwin
  2. masih tidak menimang cahaya mata walaupun dah lama berkahwin
  3. tidak menyusukan anak

  • Antara faktor penyebab kepada kanser serviks:
  1. sering bertukar pasangan seks
  2. melakukan seks pada awal usia/bawah umur

  • Antara faktor penyebab kanser kolon:
  1. kurang minum air kosong
  2. tidak bersenam
  3. tidak mengambil serat merah (buah/sayur) dalam makanan seharian

Last, but not least apa juga yang kita letakkan dalam pinggan kita pastikan ianya lengkap dengan zat dan khasiat. Means, kalu sebelum ni liat nak makan buah, pasni cuba2lah masukkan buah dalam jadual pemakanan kita.

Nak terbaik lagi, ikut sunnah nabi makan buah 2 jam sebelum makan nasi/makanan lain. Kalau makan buah 2 minit sebelum makan nasi, takdo maknonyo jang oiiiii! Porut tu proses duo jam nak kasi hadam makanan kito. Ekau poyi sumbek buah pastu torus makan nasik...samo jo la dio boguling dalam porut tu ngan nasik-nasik sokali hahaha.

Fuh! panjang tak?? harap2 korang tak boring baca ye. Habis jugak kursus 3 hari tu, ada tinggal 4 hari lagi nak lengkapkan kursus 7 hari tahun ni hehe. 

Part tips kuruskan badan tu tak semestinya korang tak perlu tak buat senaman langsung! Kenala gerakkan sikit otot2 tu kan. Yang Dr. Azrul bagi ni adalah tips dari segi makanan. Sebab kita ni gemuk sebab makan tak betul kan.

Ingat! selalula minum air kosong/masak. Nak kurus ni senang je, minum air kosong. Ok, selamat beramal! (^_^)

Sebelum berpisah.....


v










v













v



Bukti kami hadir kursus hahaha

You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. Nice info.. :-) http//puteriairyn.blogspot.com.. Kalau rajin singgahlah ke blog sy.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you insyaAllah nanti kenit singgah :)

      Delete
  2. kadang main hentam jer makan..tak jaga langsung pemakanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kenit pun..ni pun dok belajar tuk bersederhana dalam makan hehe :)

      Delete
  3. memang terbaik, mama nak baca pun semangat. sebab mama suka bab2 kesihatan ni. lagi aktiviti nak kuruskan badan. sebab mama dah merasa gemuk 78kg rasanya bagaimana... sedih, kecewa bila baju semua mama tak muat. perut buncit macam mengandung 4 bulan... semua diet di atas, mama dah buat ... akhirnya! mama berjaya turunkan berat badan. hanya berrsabar dan teruskan diet yang betul. hasilnya selama 1 tahun setengah mama berjaya turun hingga ke 56kg.... dulu lambat mengandung, lepas turun je berat mama mengandungkan sufi...... syukur... ehh!!! terpanjang pulak mama komen.. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! good for you mama (^_^). Kenit faham memang susah kita nak kontrol hati dan perasaan tatkala melihat kawan makan dengan rakusnya dan kita hanya mampu memandang hehehehe. Tapi, mama pun dah nampak gojes sekarang so keep it up ok :)

      Delete
  4. alhamdulillah, nice sharing kak..betul tu, minum air masak banyak2..boleh buat kenyang..hehe...kanser kolon tu apa?..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanser kolon tu berkaitan dengan usus kita. Orang yang menghidap penyakit ni kebanyakkannya tidak mengawal pola makanannya dengan baik. Apa saja dia bedal! hehe :D

      Delete
  5. thanks for the great piece of sharing kenit...

    ReplyDelete
  6. salam sis....

    wah terbaiklah!dah macam pakar pemakanan pun ye,doktor pun ye he3...tqvm kongsi untuk kitorang tau!

    kak lea suka tomato sangat2,bayam merah dan juga lada merah he3..baca entri ni kak lea asyik gelak je tau.nasib baik bos tak perasan huhu....yolah2 yolah nak buat kerjalah ni,daaaa....^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak lea...

      hehe kenit ni pakar makan ade la :p. Semoga entri beri manfaat pada kita sumer (^_^)

      Delete
  7. nice sharing =) hu3..hrap terhindar la dri sebarang penyakit..dah lama xbersenam ni..bab mkan inshaa'Allah ikot je yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem fais.. :)

      mudah2an tapi bersenam jugak tau (^_^)

      Delete
  8. wahhhh bagus ni.... informasi yang amat berguna sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak mia kerna sudi berkunjung di sini. Semoga entri ni beri manfaat (^_^)

      Delete
  9. Replies
    1. terima kasih..semoga ia dapat membantu ye :)

      Delete
  10. Gud sharing kenit..farah selalu kt mulut jer kata nk diet tp bila nmpk mkan tak hingat..hehehe.. lps baca nie tekad nk diet blk.. doakan farah jer kenit..oh ya.. farah doakan kenit jugak dlm usaha nk stop husband dari merokok k.. gud luck.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear insyaAllah kenit juga doakan farah berjaya istiqomah dalam diet ni (^_^)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM