Thursday, September 19, 2013

# Something in my head

Pengemis Jalanan vs Penjual Barang

Assalamualaikum!~


sumber:  google

Situasi pengemis dan penjual adalah dua situasi yang berbeza. Pun begitu, kadang-kadang kita tersalah anggap yang penjual barang itu juga adalah pengemis kan. 

Kenit akui dulu (dulu duluuuuuuuuu nau) kenit mudah simpati pada orang yang menggoncangkan bekas kolenya mengharap simpati pada yang lalu lalang. Walau seringgit tinggal dalam genggaman tetap kenit berikan pada makcik or pakcik tu.


Then, masa berganti dan pengetahuan bertambah. Lepas sindiket pengemis mendapat liputan meluas dan penggunaan kanak-kanak untuk mendapat simpati orang ramai sehingga boleh menjana pendapatan beribu-ribu sehari, kenit mula perlahan2 'menjauhkan' diri.



Bukan menjauhkan diri tu, kenit memandang hina atau benci pada mereka. Tapi, kerana orang jahat yang 'mengurus' mangsa itu. Kadang2 tu sampai menggunakan modus operandi yang seakan drama telemovie plak! sumer tu semata2 untuk menutup penyamaran mereka di khalayak ramai dan terus mendapat simpati. 



Situasi 1



Pernah sekali kenit didatangi seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 8 atau 9 tahun menangis-nangis. Time tu kenit dok tunggu bas Rapid kat stesen LRT Jelatek. Masa tu memang kenit sengsorang je duk kat situ. Budak tu nangis-nangis merayu kat kenit cakap nak balik umah tapi dia takda duit.



Jujur kenit katakan, memang kenit pun rasa susah hati sungguh waktu tu! Kenit tanyakan umahnya kat mana dia kata jauh. Dia minta duit tuk pulang ke umahnya. Kenit offer la nak bawa dia gi balai polis berdekatan, takut2 kene ganggu ke kan tapi dia menolak. Dia cakap dia tau umahnya kat mana tapi dia nak balik sorang je.



Kebetulan plak nak dijadikan cerita, dalam dompet kenit ada RM2 je waktu tu! sebab naik LRT pakai pas kan hehe duit belanja RM10 je makan pagi & tghari bedal sampai RM8 haha. Dengan susah hatinya, kenit cakap dalam ati mohon ada orang sudi bantu adik ni. Beriya-iya nau dia nangis waktu tu, berjurai2-jurai air mata dia.



Ditakdirkan, seorang wanita berketurunan India lalu di situ baru turun dari LRT barangkali. Kenit tanyakan pada dia bolehkah dia bantu adik ni balik umah dia. Nak tahu apa akak tu cakap kat kenit?


"dikk, adik jangan layan ini budak. Ini budak sindiket ni"

>.< BIG O!
(means melopong la waktu tu hehe)

Tersentak hati ni! bila kenit toleh kat budak tu balik......dah lesap! Macam....wuushhhhh! tinggal angin je....

Astaghfirullahalazim...berderau darah chek tau! bukan berderau sebab marah tapi sebab TAKUT! Mujur la akak tu bagitau kenit kalau tak barangkali kenit dah jadi mangsa penipuan adik tu. Allahurobbi...kita ni beria benau le sangka dia tu betul2 sesat nak balik umah T___T.

Takutnya kenit waktu tu macam takut lepas jumpa hantu. Ni bas tak sampai2 lagi ni! Aku ni salah tempat tunggu bas ke?? Akak tu dah chow budak tu pun dah lesap dibawa angin. Ntah masa bila la dia angkat kaki. 

Pas tu kenit tak layan dah la mana-mana budak atau orang dewasa yang datang nak mintak duit. Tonto dia mesti ada tunggu dekat2 situ. Ada juga individu yang datang ke umah minta derma dan sebagainya. Ada masa kenit layan, ada masa tak sebab Pak Jelan tak bagi pasal merbahaya kan. Tambah2 sekarang ni orang men pukau pukau ni siap hembus la sentuh la tau-tau dia dah masuk umah!

Situasi 2

Kat stesen minyak Petronas kat area Tesco Ampang, dok tunggu Pak Jelan isi minyak tetiba datang seorang makcik dengan beg plastik besar berisi barang makan di tangan kiri dan kanannya. Kenit lihat makcik tu mungkin berumur lingkungan lewat 50an kerana susuk tubuhnya yang sedikit kurus dan bongkok.

Malam tu dingin baru pas ujan, dan makcik tu seorang diri membawa barang jualannya dari sebuah kereta ke sebuah kereta berharap akan ada yang membeli keropoknya. Dia memandang kenit penuh sayu, penat barangkali. 1st kenit menolak dengan baik, tapi bila lihat wajahnya, dalam hati kenit terdetik makcik ini dalam usia begini tempatnya adalah di rumah bersama keluarga bukan di luar umah sejuk-sejuk begini. Tak sampai hati tengok dia berkali-kali minta kenit beli. Kalau bukan tuk kenit, tuk anak katanya. Dia datang jauh dari Patani, keropok yang dia jual dia buat sendiri.

Masa tu jugak kenit teringat pada mak! Andai makcik ni mak aku...tergamakkah aku nak biar mak keluar menjaja malam2 begini...sejuk plak tu. Kenit beri isyarat rahsia mohon izin pada Pak Jelan beli keropok makcik tu. Terpancar kelegaan di muka makcik tu walau kenit hanya beli sebungkus je keropok dia. Di tengah malam yang dingin dan hiruk pikuk bandar...makcik tu perlahan-lahan hilang dari pandangan.

Kenit akui kenit mudah simpati pada golongan begini. Dan, kenit rasa menjual barang lebih baik dari mengemis. Ntahla kalau ada yang berbeza pendapat kan. Terpulang....

Walaupun makcik tu dah lanjut usia, masih juga dia gagahkan kaki dan tulang rapuhnya keluar mencari rezeki di malam hari. Ia bukan sesuatu yang mudah...... really it's not.

p/s: walau dimana makcik (yang jual kepok) berada, semoga makcik dilindungi Allah dan mendapat rahmat dariNya.

22 comments:

  1. dalam nak menderma pada peminta sedekah ni, kena tengok dulu, tapi tulah kadang2 tak dapat nak cam juga... and penjual barang memang tak layan sangat ler... hu hu hu...nak nak lagi tengah makan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kenit pun biasanya tak layan penjual barang bila time makan kat kedai. Tapi, kenit respek pada mereka yang sabar walaupun tak semua nak beli barang dia kan.

      Delete
  2. kadang sedih tengok mak cik2 jual barang macam keropok, kadang2 beli atas dasar simpati. kalu budak2 datang mintak duit memamng BBL tak layan la.. dah tau ni mesti sindiket punya.

    Entri Terbaru : Baju Kuning Minion Akhirnya Sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la BBL...kenit pun tak sampai hati tengok makck tu jinjing beg plastik berat sorang2. Berharap sangat ada orang borong habis kat dia. Tapi, kegigihannya tu yg buat hati kenit tersentuh.

      Delete
  3. skrg ni mcm2 sindiket gunakan budak..bila tak nak bagi duit kat budak2 tu tak sampai hati pulak tapi gagahkan diri jugak. sampai bila kita nak membantu sindiket tu kaut keuntungan kan...lebih baik jual brg dri mengemis ^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kenit setuju. Tang sindiket ni memang kenit pantang sangat. Memang kita kesian pada peminta tu, tapi duit tu akhirnya akan pergi pada orang jahat. Dan budak2 ni akan terus menerus meminta..yang senang tontonya yang susahnya budak2 tu.

      Delete
  4. Lia pon mudah bersimpati dgn golongan mcm ni.. pernah lia nmpk sorang makcik india dkt a famosa tgh mintak sedekah.. sedih je tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam hal sebegini, tak kira apa bangsa pun pasti tersentuh hati :)

      Delete
  5. Doa moga bertambah rezeki mereka. selamat menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah :) terima kasih nanti kenit balas ye :)

      Delete
  6. sama la kak..yumida mudah kesian dgn org yg nampak serba kekurangan
    aah kan..klo makcik2/nenek2 jaja keropok dri umah ke umah..mcm kesian tengok..then kita pun beli brg yg dia jual tu..
    dlm hati hope ramai yg beli keropok yg dia jual
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la sis tak sampai ati tengok diaorg panjat tangga dari satu umah ke satu umah. Terpancar senyuman kat wajahnya kalau kita beli satu dari dia kan :). Terima kasih sis nanti kenit balas ye :)

      Delete
  7. Assalam.. lama pulak x terjah sini hehee.. sy selalu nampak situasi mcm tu.. ada kala kesian tp bila fikir ttg sindiket tu, jadi hilang kesian.. Sy tngok moodlah.. klu rasa ikhlas nk bagi.. bagi je lah, serah kt Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam abg khir semoga sihat sentiasa :)

      part kesian tu memang selalu ada terutama kat budak2 yang meminta tu. Tergamaknya mereka yang jahat menggunakan kanak2 ini ye :(

      Delete
  8. salam Jumaat sis :)

    kak lea prefer membeli barang yang dijual makcik tu,daripada menderma macam tu je kat peminta sedekah.terlalu banyak sindiket sampai kita was2,pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat kak lea... :)

      kenit pun sama, its better to sell something than just asking kan.

      Delete
  9. sedih pula sy bca kisah yg last 2..hm terharu je..sy pn xleh byg kalau prmpuan tua 2 ibu sy :( mnges je rsa tiap2 malam..rsa sgt berdosa..pnh bca kt entry acik psal sndiket pengemis 2..hti2 la kak..silap2 kita jd mgsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sebak tengok makcik tu fais, masih terbayang wajahnya malam tu sayup je :(

      Delete
  10. aku lebih kesian pada mak cik yang jual barang tu..dia ada juga usaha untuk mencari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bro, itulah warna kehidupan yang terpaksa kita tempuhi. Kegigihan makcik tu memang menusuk kekalbu :)

      Delete
  11. prnh kat tgh2 hentian di highway de seorg budak pkai lawa dtg mnta derma.. agak2 nk pikir apa ea.. aku tergamam dan terkedu... macam na dia blh dtg ke situ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kenit memang tk layan dah la..terfikir jugak camner dia boleh lepas sampai ke situ ye. Apapun, kta kena berhati2 pasni :)

      Delete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates