Produk McDonald Malaysia 100% Halal

Saturday, September 21, 2013

Assalamualaikum!~


Disahkan sendiri oleh Pengarah Urusannya sendiri, Stephen Chew (gambar) sambil menafikan dakwaan produk yang dihidangkan di restoran miliknya mengandungi bahan tidak halal LM 10 seperti didakwa segelintir pihak di laman media sosial sebelum ini.


Menurutnya, produk McDonald’s termasuk sos yang diimport disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa halal lain yang mendapat pengiktirafan Jakim.

“Pelanggan boleh menikmati hidangan kami dengan rasa yakin kerana ia disediakan dan dibekalkan memenuhi ketetapan pihak berkuasa dan kementerian berkaitan.

"McDonald’s Malaysia mendapat sijil halal pada 1990,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Burger GCB di Kuala Lumpur, semalam.

Chew berkata, McDonald’s sendiri mempunyai Jawatankuasa Halal Dalaman yang diketuai Pengarah Guaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong untuk memastikan produk dikeluarkan mematuhi keperluan syariah dan halal yang ditetapkan Jakim.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan awal tahun ini dan bertanggungjawab memastikan produk McDonald’s adalah 100 peratus halal. Ia dianggotai empat jabatan iaitu Jabatan Pembekalan McDonald’s, Jaminan Halal, Operasi dan Sumber Manusia yang kesemua kakitangannya beragama Islam.

“Mereka juga dipantau oleh dua agamawan iaitu seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan seorang imam di sebuah masjid di Kuala Lumpur,” katanya. -hmetro


p/s: Walau 100% halal, tetap 100% boikot. Kurang satu makanan tak sihat dalam menu kenit sekeluarga. Lain orang lain pendapat...terpulang. Tempolok masing=masing. Duit masing-masing. Tapi, pernah dengar tak kalau rasa WAS-WAS (syubhah) maka lebih elok dielakkan?

You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. saya boikoit makanan nie...dah 5 tahun tak makan benda nie..

    dari:
    akubahrain.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah akak baru 2 tahun boikot...bagus bagus! (^_^)

      Delete
  2. Erm tak tahu nk komen cmne.. tp setuju dgn kata2 kenit lain org lain pendapat.. =D

    ReplyDelete
  3. Jrg mkn kak... Mkn kfc je.. Bosan je mkn mcd.. Bnda yg sama je... Baik masak sndiri.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit pun dah lama tak hadap kfc gak ni...tapi betul kata maria, masak sendiri lebih berbaloi :)

      Delete
  4. he3..sy pn boikot juga =) ttp xpergi kot kalau darurat..hrap istiqamah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...kalau niat kita betul demi kebaikan insyaAllah dipermudahkan :)

      Delete
  5. saya boikot.. tp sy rindu mcflurry oreo.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adehhh tu pun dulu feverret kenit, tapi gagahkan hati lelama ok la tu..eskrem je pun kiter gi kedai beli eskrem vanilla balik rumah blend ngan biskut oreo haha :D

      Delete
  6. syukurlah kalau produknya halal. x perlu was-was lagi. done follow here. Wassalam.

    ReplyDelete
  7. hak masing-masing untuk menerima atau tidak..tetapi mengapa tidak kalau kita memajukan produk tempatan..banyak lagi produk alternatif dari www.tepakku.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM