Rangka Manusia Pakai Emas & Intan Berlian!

Tuesday, September 24, 2013

Assalamualaikum!~

Budak-budak kecik gi maen jauh-jauh. Yang cepat lemah semangat pun tak digalakkan tengok ni. Ader orang fobia tengok tengkorak lama-lama? Pun takleh tengok jugak...kalau gitu takde saper la nak singgah baca entri kenit ni kan hahaha. 

Ibu-ibu mengandung sila standby bantal nak tekup muka kot-kot rasa seram nak tengok gambo-gambo ni hehe. Tengok barang kemas dia je, takdela seram sangat hehehe. 

Seorang pemburu relik yang digelar sebagai 'Indiana Bones' telah memperlihatkan koleksi mengerikan daripada rangka manusia yang berusia 400 tahun diselaputi dengan emas dan intan berlian yang ditemuinya di gereja-gereja seluruh Eropah.

Pakar sejarah, Paul Koudounaris telah lama memburu dan merakamkan puluhan imej rangka dan tengkorak manusia dari beberapa pertubuhan agama sulit. Menakjubkan, sesetengah rangka manusia yang mengambil masa sehingga 5 tahun untuk dihiasi ditemui samada tersembunyi di dalam lokap atau keranda mayat.


Bersemadi bersama emas & intan berlian - Tudung keranda akhirnya
dibuka. Rangka manusia ini dari Catholic St. Velarius di Weyarn.

Beribu-rbu rangka manusia digali keluar dari kubur pada kurun ke 16 dan disimpan di bandar-bandar sekitar Jerman, Austria dan Switzerland atas arahan Vatican. Rangka-rangka ini dihantar ke gereja-gereja Katolik dan rumah-rumah ibadat untuk menggantikan patung-patung yang telah musnah akibat kebangkitan Reformasi Protestan dalam tahun 1500an


St. Friedrich di Melk, Austria.

St Munditia, dalam gereja St.Peter di Munich.

Rangka-rangka manusia ini telah disalah anggap sebagai pejuang Kristian pada zamannya, merupakan peninggalan ngeri yang dikenali sebagai Catatomb Saints (Saint bawah tanah) kini menjadi tempat suci sebgai memperingati roh mereka.


Ia juga merupakan simbol kepada Gereja Katolik yang menemui kekuatan baru dalam kawasan yang sebelum ini merupakan kawasan Protestan.

Setiap satunya dihiasi dengan beribu pound emas, perak dan intan berlian dengan begitu teliti sekali oleh pengikut-pengikut mereka yang setia sebelum dipamerkan di dalam gereja.


Albertus dalam gereja St George di Burgrain, Germany.

Rangka tangan ini milik St. Valentin dari
 Bad Schussenreid, Germany.

St Felix, at Sursee, Switzerland.

 St Benedictus ini diterima oleh gereja St Michael di Munich.

Tinggalan tengkorak ini yang diberi nama generik iaitu Deodatus,
berikutan identiti pemiliknya yang tidak diketahui sehingga kini.

St Deodatus di Rheinau, Switzerland.

St Getreu di Ursberg, Germany.

'Setelah rangka-rangka ini ditemui di makam Roman, pihak berkuasa Vatican telah menandatangani sijil mengesahkan mereka sebagai pejuang, kemudian meletakkan tulang temulang ke dalam kotak dan menghantarnya ke Utara.

'Rangka-rangka in kemudian akan dipakaikan baju dan dihiasi dengan permata, emas dan perak, yang kebanyakannnya dilakukan oleh rahib-rahib.

'Tinggalan rangka ni perlu dikendalikan oleh orang yang telah mengambil sumpah di gereja - rangka2 ini dianggap sebagai mati syahid dan mereka tidak boleh diuruskan sebarangan orang.


St Vincentus’di Stams, Austria.
St Valentinus di Waldsassen.
Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.

source : HERE

You Might Also Like

17 pengomen comel

  1. sampai begitu sekali o.O dahsyat betul

    ReplyDelete
  2. Mak aih..he3 ni kalau dapat curi 1rangka manusia pn jd lah..dah jd jutawan lepas tu =) nilah orang kata, mati bawa dgn harta skali..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dengan rangka2 tu sekali ikut fais nanti ..nak?? den tak sanggup doooo :D

      Delete
  3. menggerunkan la rangka tu sis
    x berani yumida tenung lelama
    indah sungguh perhiasannya
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tenung rangka tu, tenung barang kemasnya hehehehee :D. Thank ye sis :)

      Delete
  4. ni kalau dapat ni, jual berapa puluh juta dapat ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii lebih dari tu boleh dapat lagi ainim muahahaha :D

      Delete
  5. Replies
    1. bukan raja ni..ni orang pegi berperang dulu hehe :D

      Delete
  6. banyaknya emas??dapat satu dah kaya dah ni:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang...amik satu badan la bro haha :D

      Delete
  7. betul2x punya ke nie :O
    pehh, dalam keadaan baik lg pulak tuu :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul punyer story eiqa ... barang kemas je yang elok :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM