Setahun Jagung Nukilan Kenit

Monday, September 23, 2013

Assalamualaikum!~

Alhamdulillah! setahun jagung dah umur ye hehe. 20hb September lepas merupakan 1st anniversary Nukilan Kenit. Happy anniversary NK! Tapi kek yilekkkkkk! haha. Setahun sudah kenit menulis dan bernukil di sini. Dari zero to something you can see now. Dari jadi minah saleh celup bertukar perlahan-lahan menjadi wanita melayu terakhir ekekeke.

Dulu memula nak start, sangat free nak tulis aperpun. Merapu pun tak kesah sebab tau takda sapa nak baca muahaha. Blog ni memulanya kaler pink! Dari ujung 'rambut' sampai ujung 'kaki' hehe. Habis sumer coding kenit try letak. Tak puas, tukar yang lain. Dan, opkos otai2 tutorial banyak membantu kenit masa tu.

Tapi, bila memikirkan umur yang semakin mengalami anjakan paradigma ni kenit perlu mengubah cara penulisan dan pemikiran serta ubahsuai blog yang lebih nampak kedewasaan ececececeh.....!

Tahu time bile kenit paling excited? bila ada follower kat sini! Weh, bukan senang nak suruh orang follow begitu aje kalau kita tak ikhlaskan diri kita tuk menulis. Walau ada masanya, kenit suka mencurah rasa hati tapi masih ada yang sudi nak follow blog ni. Terima kasihla korang yang follow kenit  yang masih kenit ni hehe.

Paling banyak membantu kenit tambah followers adalah melalui segmen/GA. Actually, kenit teringin nak buat segmen khas atau GA untuk celebrate setahun jagung Nukilan Kenit... korang nak join tak? hehe. Maklumla, kenit ni umpama amoeba dalam sebuah kolam ikan dan korang sumer ibarat ikan koi yang berenang keriangan hehe. 

Bohong kalau kenit katakan kenit tak pernah kene 'sembur'. Tak sangka blogger amoeba macam kenit ni pun kene tempias jugak ye hehe. Tapi, kenit tak amik port sangat la apa dia kata pun. Kenit baca pengalaman bloggers femes dengan haters diaorg lagi serammmm! Sampai kutuk kaw kaw punya! Padahal orang tu menulis pasal hidup dia...yang haters tak puas ati pi 'sembur' plak. Cam tu pun ada ka?

That's why kenit tak tulis/respon pasal haters. Komen diaorg kenit baca sorang dan delete. Kalau kenit buat entri khas pasal diaorg ni, nanti lagi menimbun dosa kering kenit. Menambah kebencian blogger lain terhadap haters...tu bukan motif kenit. Kalau ati panas pun sorang2la kenit tanggung. After all, they don't deserve a single entry from Nukilan Kenit.

Enough of haters, sekarang citer pasal likers. Eh! ade ke likers Nukilan Kenit kat sini? hehehe perasan sungguh mek sore ni :p. Apapun, korang yang sudi add kenit adalah sahabat kenit, yang sudi komen setiap kali adalah penyeri kenit dan yang sudi singgah ari-ari adalah pemberi motivasi kenit. Terima kasih sekalung budi pada korang yang support kenit selama setahun ini, yang dapat terima Nukilan Kenit seadanya. Arogato khozaimas! (^_^)

You Might Also Like

26 pengomen comel

  1. tahniah kenit..masa berlalu begitu pantas kan...dan akhirnya genap dah setahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak aida...memang pantas kan. Tak terasa setahun..macam baru dua bulan je hehe :D

      Delete
  2. selamat ulangtahun untuk nukilan kenit :P moga semakin success

    ReplyDelete
  3. happy aniversary... congrats... teruskan berkarya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abg Dude..insyaAllah (^_^)

      Delete
  4. wah, sekejap je kan masa berlalu, dah setahun.. all the best, suka baca pengalaman kenit.. nanti share lagi lah pengalaman yang membina,..hihihi

    20 sen untuk kenit.. :)

    ReplyDelete
  5. tahniah cik kenit.
    selamat ulang tahun.
    teruskan berkarya.

    www.freevitamin.my

    ReplyDelete
  6. Tahniah dari kakak dan sempena setahun ini kakak pun nak jadi follower juga (# 580)
    Menjana idea, berkonsgi rasa - seronok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..:)

      menulis dan berkongsi rasa suka dan duka memberi kematangan dalam hidup ini. Terima kasih sekali lagi ye kak :)

      Delete
  7. Happy 1st Anniversary Nukilan Kenit!
    Don't worry farah akan sentiasa support NK.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear!

      Thats why i heart you dear hehehe :)

      Delete
  8. tahniah.
    teruskan menaip dan berkarya...
    rajib berblogging ni buat byk kawan in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak aida...

      InsyaAllah selagi kenit mampu untuk menaip di sini (^_^).

      Delete
  9. tahniah and happy befday NK! Haha..

    akak nak buat GA ea? Nanti kalau nak buat, gitau ea? Lia nak join ^^ tpi, sebelum tu jom join GA lia, ade 30 hadiah ^^

    http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/duo-giveaway-by-amilia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lia (^_^).

      insyaAllah nanti akak join GA lia ok ;)

      Delete
  10. tahniah..walaupun setahun jagung mempunyai followers yang sangat ramai..hebat..anyway salam perkenalan dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah =) bru sthun rupanya..truskn usaha ye..happy blogging...

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak... sethun dh rmai follower,. Sy dulu xde rmai follower wpun sthun.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih maria :) Alhamdulillah ni pun dah seribu rahmat ni. Orang lain dah ribu riban dah kawannya :D.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM