Tips & Amalan Untuk Menghadapi Peperiksaan.

Monday, September 09, 2013

Assalamualaikum!~

Eh esok pekse kan?? pekse UPSR kan?? Kenit dulu paling nervous time nak pekse. Dahlah jenis tak berapa nak hadap buku, pastu mulala menggelabah tengok soalan haha. 

Tapi, yang paling best time nak pekse ni sumer perkakas nak nulis mesti beli baru muahaha. Time tu la paling syok dapat 'pau' abah mintak beli pensel baru, pen baru, pemadam baru, konon nak guna dalam dewan pekse nanti haha. Jangan buat begitu pada ibubapa ye anak-anak, sangatla membazir hehe.



sumber : google

Dan, bukan anak2 je yang nervous time pekse ni. Ibubapa pun nervous gak tau. Kenit nak tempuh nervous tu ader dalam 6@7 tahun lagi, tu pun kalu UPSR masih wujud lagi la masa tu hehe. Tapi, memang kiter sebagai parent akan turut merasa 'stress' nye, sampai kadang2 kiter plak yang terover-over kan heeee.

Bagi anak2 yang bakal menempuhi peperiksaan, tak kira besar atau kecil ni ader satu petua atau amalan atau tips berguna dari al fadhil ustaz yang sangat Kenit hormati dan kasihi. Beliau adalah antara ikon yang disayangi ramai, melalui pendekatannya yang lembut tetapi tegas. Kenit suka dengar beliau di IKIM.FM.

Al fadhil Ustaz Zahazan Mohamed ada memberikan tips dan amalan yang insyaAllah bermanfaat untuk anak-anak kita yang nak pekse ni. So, kenit kongsikan di sini supaya ia juga boleh jadi peringatan untuk kenit amalkan bersama anak2 nanti.

Ini sekadar cadangan, diambil dari beberapa rujukan, moga manfaatnya ada...

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hjt, sahur, puasa & doakn utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa 
2. Banaykkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak
4. Pastik
an anak mendapat tidur yang mencukupi
5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab
6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum mmulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain
7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, mmadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.


Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah alam nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13 


Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mndpt ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ..

Untuk itu, Kenit nak ucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN KEPADA CALON-CALON PERIKSA. Anda dah berusaha hampir 9 bulan, anda sudah berdoa sebanyak yang mungkin dan sekarang anda akan mengukurnya di atas sehelai kertas. Selebihnya, kita sama-sama tawakal pada Allah s.w.t (^_^)

sumber : fb ustaz

You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. boleh mama gunakan untuk anak mama nanti.. nice sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mama, bagus untuk amalan anak2 kiter nanti. Sharing is loving :)

      Delete
  2. nice sharing
    bahagianya mereka yg dah bergelar ibu bapa
    moga dipermudahkan yumida dlm mendpt cahaya mata
    ingat yumida masa upsr dulu..musim hujan..demam..pastu bila sampai sekolah pembaris lak hilang..tercicir masa tompang moto ayah..huhuhu

    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin yarabbal alamin...insyaAllah ada rezeki untuk yumida :)

      thank you dear..kenit bakal menyusul :)

      Delete
  3. Ada perubahan kat blog nie..hehe..
    semoga maju jaya kepada mereka menduduki peperiksaan UPSR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tangan saje gatal ubah sana sini. Boring punya pasal la ni :).

      Delete
  4. teringin nak ada ank sndri n buat semua 2 =) nmpaknya lg 10thun la hu3..teringat wktu upsr dlu2..time 2 rasa mcm relax je he3..main redha je..ish3, nsb baik result ok..nway nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah matlamat 10 tahun tu dah ada dah haha.

      Delete
  5. perkongsian yang pintar ni..semoga ada yg akan ambil sebagai tip..saya dah lama tinggalkan dunia exam ni..hahaha

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM