Monday, October 28, 2013

# Islam Point Of View

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam


Assalamualaikum!~

Dulu masa sekolah, cikgu tanya "Siapakah orang pertama yang mencipta telefon?" Kita jawab "Alexander Graham Bell" kan. Tapi, bila anak -anak kita tetiba tanya " siapa orang pertama yang tulis perkataan 'bismillah'??" Pasti ramai ibubapa yang ternganga-nganga terkedu kedu terkentut kentut nak menjawabnya kan. Pasal ramai dari kita yang tak tahu siapakah orang yang pertama menulisnya. 

Kalau tahu alhamdulillah...tapi bagi yang tak tahu?? 


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
--------------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan
Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi
Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As
Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin
Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam
Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah
RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan
lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan
wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan
adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah
SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin
Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah
binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam
Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin
Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-
Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram
Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi
Muhammad SAW. ✔


Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg
MUDAH. . .

sumber : fb

15 comments:

  1. yer menarik, dan orang yg pertama komen adalah Zaiman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh cenggitu pulok hehe. Ye, tahniah Zaiman yang pertama komen. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat Zaiman juga (^_^)

      Delete
  2. alhamdulillah...cik azue pun baru jumpa ni dlm buku cerita suami ekspress....byk yg kita tak tahu n amik tahu kan....jom sama2 kita hafal

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an perkongsian ini boleh memantapkan lagi ilmu yang sedia ada...thanks for stopping by (^_^)

      Delete
  3. Perkongsian yg baik utk pengetahuan semua.. semoga membawa kebaikan kepada kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. nice sharing dear, mama menabung sini juga

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik untuk pengetahuan semua :)

    ReplyDelete
  6. hehe..sampai terkentut-kentut bha ,,,info yang menarik utk semua..

    ReplyDelete
  7. saya tertarik dengan artikel anda, ia memberi info yang menarik..segala maklum balas dr awak saya hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih..salam perkenalan dari saya- http://updatenew5.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Wa..amat bagus info nih... Akak pun tak taw sampaila baca entry nih.. DAebak!!!

    ReplyDelete
  9. terbaik entri ni...ramai yg tak tahu ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?