Wednesday, October 23, 2013

# Something in my head # Story Kenit

Anak Lelaki


Assalamualaikum!~

The question started....

"bila nak kahwin..?"

Bila dah kahwin....

"bila nak ada baby?"

Bila dah ada anak...

"bila nak tambah anak lagi?"

But becoz of i already have TWO daughters...the question would be...

"taknak ada baby boy ke?"

Now, you guys tell me....is that really IMPORTANT to have a son in your family? Semacam taboo bila dalam keluarga tu takda anak lelaki. Why do you must have this typical conservative style of thinking???

Anak sepasang...means ONE gurl ONE boy. Bila ada anak sepasang, baru rasa lengkap family tu. What do you mean by LENGKAP? Please define....! So, you think those family yang anak perempuan berderet sampai 5-6 orang tu tak lengkap ke? Please loose yourself from this negativity.

Ever since my daughters were born, aku rasa family aku ini lengkap selengkapnya. Please jangan fikir buat anak tu macam buat kek ye. Boleh order jantina apa, berapa orang nak dan sebagainya. Wanita bukan kilang roti. Kalau budak-budak yang tanya soklan camtu, takpe lagi...nama pun budak-budak. Ni yang bertanya macam tak faham pulak konsep REZEKI DARI ALLAH & KETENTUANNYA.

Dah kalau dalam family tu berderet anak perempuan sampai 5 orang (contohhhhh) takkan la nak frust menonggeng kot sebab takleh ada anak lelaki? Kalau lah manusia tu boleh tentukan sendiri jantina anak yang mana dia nak, maka nescaya terhapuslah kaum wanita kat dunia ni! Dah sumernye dok suka kat anak lelaki....!

Aku tak perlu rasa terancam dengan mereka yang dah ada anak sepasang atau berpasang pasang. Dan, aku tidak terdesak untuk dapatkan anak lelaki kecuali DENGAN IZIN ALLAH. Malah, aku BERSYUKUR sesangat kerna dikurniakan DUA orang puteri yang sangat membahagiakan diriku dan suami. 

Dan, Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Nah, apa lagi yang aku perlukan? Allah dah beri kami peluang untuk menambah pahala melalui anak-anak perempuan kami. Itulah rahmat yang paling membahagiakan aku. Cabaran paling besar yang sedang ku alami sekarang adalah membesarkan & mendidik mereka sebaik mungkin sedaya upayaku agar mereka berdua dapat menjadi jambatanku ke syurgaMu ya Allah.

Seandainya dikurniakan anak sepasang atau berpasang pasang atau kembar sekalipun, itu adalah rezeki yang Allah tetapkan untuk diri masing-masing. Anak adalah amanah Allah yang WAJIB kita pelihara dan lindungi mereka. Jangan terlalu mengejar 'keluarga sempurna' sehingga kebajikan setiap anak diabaikan. Hatta anak lelaki berderet sampai 5-6 orang pun kita still wajib memberi didikan sempurna dunia akhirat kepada mereka. 

So, those yang ada anak perempuan je atau anak lelaki je jangan risau jangan makan hati dengan apa yang orang lain cakap. Mungkin mereka tidak begitu mengerti tentang konsep REZEKI Allah yang tentukan. Anak lelaki ke anak perempuan ke masing-masing telah ditetapkan rezeki,ajal & jodoh. You just fokus and concentrate besarkan your child sebaik mungkin insyaAllah setiap apa yang kita lakukan demi anak kita akan menjadi saksi di akhirat kelak. Wallahualam.


p/s: tak marah cuma melepas garam...eh geram (^_^)

13 comments:

  1. bersabar ye...pemikiran orang kita tak boleh nak tahan...apa2pon semoga diberkati umur serta dipermudahkan urusan...jangan susah hati sangat yer... ^_^

    ReplyDelete
  2. jantina bukan keutamaan. dah lahir normal, itu dah kira baik. manusia, walau digam gajah mulutnya sekalipun. masih ada jari mahu menulis. otaknya takkan berhenti berfikir. huh ..

    ReplyDelete
  3. soalan tak kan habis dari strt dalm perut mak lagi. hahaha.. :) sampai meninggal pun orang tanya kat mana nak tanam.

    ReplyDelete
  4. rezeki masing-masing..semua dtg dari allah..kite terima..

    ReplyDelete
  5. Bersabarlah.. lumrah manusia.. dah x de benda nk tanya, slalu mcm tu.. yg penting kita ttp bersyukur diatas kurniaannya..

    ReplyDelete
  6. Allah tahu yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
  7. aah kan kak
    kengkadang bila pasal anak dipersoalkan jadinya blh stress
    mcm yumida belum dikurniakn rezeki cahaya mata
    mmg agak stress bila balik kpg org asyik duk tanya
    kengkdg rasa hilang nak hormat diorg
    dgn bahasa yg sukahati diorg tu
    fuh..moga diri ini tabah
    isi tabung nuffnang sini-sunsilk

    ReplyDelete
  8. mama setuju, mama redha dengan kurniaan Tuhan yang memberi mama 2 anak perempuan... :)

    ReplyDelete
  9. biasa la fikiran org malaysia memang macam tu..
    ade je nak di tanyanya...
    ╔════════════════════════╗

    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete
  10. Pernah berada disituasi mcm kenit.. 10thn sblm adanya Emir orang asyik dok tnya soklan yg sama dari org2 yg sama.. tak fhm ka depa urusan zuriat tue kuasa Allah.. mmg masa tue rasa down sgt2.. tp skrg tak lgi.. lantok ler org nk kata apa.. kalau ada rezeki Allah nk bg pasti ada.. lambat cepat jer..kena yakin n doa byk2.. =D

    ReplyDelete
  11. sbar kak =) yg bertanya pn 1..xfkir pnjg..kn dah thu rezeki tu Allah yg tntukan..sy pn kalau boleh nk anak prmpuan..ape pn yg sy dapat nnti ttp bersyukur even xde zuriat..sbb tu ktntuan Allah kn..

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang malas nak jawab pertanyaan orang sebegitu.......

    ReplyDelete

Apa kata korang?