Bila Kakak Dapat LEGO

Friday, October 18, 2013


Assalamualaikum!~

Memang kakak tak reti duduk diam. Dia bukan jenis yang boleh duduk setempat... paling lama pun 2minit. Kalau disuruh duduk diam, pun badan je yang 'diam' tapi mulut pulak yang tak reti diam muahahaha. Tak tahula dia ikut pesen sape. Kenit ni jenis penyenyap....budak baik dari zaman sekolah rendah lagi tau ekekeke~

Kakak jugak bukan yang jenis suka duduk melangok depan tv lama-lama. Boring katanya! Bagusssss...at least, kakak takda jadi tv addict macam ibu ni (masa kecik2 dulu). Ibu dulu, boleh maintain duduk tak bergerak depan tv kalau tengok citer feveret ibu. Tambah filem kungfu Jet Li...haiiiyakkk! hahaha. Memang karakter kami berdua berbeza dalam banyak perkara, tapi satu yang ibu & kakak ada persamaan adalah....kami mudah menangis!

Ibu mudah sentap tambah masa zaman muda remaja dulu hehe. Kena marah sikit...sentap! kene tengking sikit...sentap! kene perli pun...sentappppp! hahaha. Ni, kakak pun dah ngikut agaknya. Ibu blebel je pun...lum marah lagi...pun boleh bergenang ayor mata kakak hehehe.

So, back to the story (baru nak start kotttt) bila kakak dapat LEGO....




Tekun arkitek ibu ni bina zoo hehe

Berguna juga LEGO yang ibu beli kali. Sebelum ni, memang dah banyak LEGO yang ibu belikan, tapi banyak jugak yang LET GO hehehe. Asyik tak cukup sifat je LEGO tu kan, ade ke patut dia dua beradik main masak-masak ngan LEGO tu? hehehe. Mau tak ilang! so ibu stop kejap beli LEGO ni. 

Memandangkan kakak dah besar sikit, dah reti nak main LEGO, maka ibu belikan pulak LEGO yang lain. Haaaaa, ini baru betul main LEGO! bukan main masak-masak ye hahaha. 



mini zoo kakak

kenit tanya kakak nak bina apa?
kakak jawab "sekolah zoo" bahahahahaha!

Kenit ada baca mengenai strategi meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak. Bukan motorsikal ke, motorbot ke ye hehehe. Kemahiran motor ni amat penting pada kanak-kanak untuk 'menajamkan' lagi kemahiran berfikir dan menggunakan otot seperti tangan,kordinasi mata dengan bibir, dan bermacam lagi la.

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot kecil pada tubuh badan seperti keupayaan untuk menulis, meramas objek yang kecil, dan mengenakan pakaian.  Kemahiran motor halus juga memerlukan kekuatan, kawalan motor halus, dan kecekapan. Oleh itu, ibu bapa merupakan individu yang paling utama dan penting dalam meningkatkan dan mengasah kekuatan kanak-kanak untuk menghadapi kemahiran motor halus, dan seterusnya menzahirkan kecekapan kanak-kanak apabila mereka dapat mengawal pergerakan motor halus. -sumber : SINI

You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. hahaa. comel je sekolah zoo tu :DD

    ReplyDelete
  2. seronok ye kakak dapat lego dari mak dia..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kenit. alahaii bestnya! nak juga lego... teringat zaman kecik dulu suka main lego....

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat dan salam ukhuwah... my precious son juga suka building lego, tapi banyak beli online tak cukup piece. Potong je..

    ReplyDelete
  5. amboii suka kakak ye dapat lego ibu dia kasii ..

    ReplyDelete
  6. seawal setahun sy bg main lego... mmg bg sepah je lah..tpi kdg2 dia buat tu yg dia dan sy suka..hehe

    ReplyDelete
  7. Wah seronok.. comel je zoo tu hehee :D

    ReplyDelete
  8. Makaiii, kreatifnye kakak! Cantik mini zoo die. I pun zaman kanak-kanak riang dulu pun suka main LEGO. ok, tipu! Sebenarnye sampai sekarang suka main jugak. Kekekeeke~

    ReplyDelete
  9. Wah terrornya kakak buat zoo.. lego nie mmg bagus untuk merangsang minda ank kita kan.. tak sabar nk tunggu Emir besar sikit..nk beli jugak.. =D

    ReplyDelete
  10. pandai kakak bt zoo =) he3..unik btol ye anak akak ni..agaknya dia ikot ayah dia kot..xpelh jnji dia bhagia

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM