Imaginasi Dalam Lukisan

Wednesday, October 30, 2013


Assalamualaikum!~


Salah satu benda feveret yang kakak suka buat bila ilham datang menerjah adalah melukis. Kakak akan lukis apa saja benda atau tulis perkataan yang baru dipelajarinya kemudian tunjuk kat ibu. Setiap lukisan ada ceritanya pulak. Walaupun tak dapat dipastikan samada cerita itu adalah kisah benar atau sekadar rekaan semata-mata hahaha. Ada juga masanya kakak sendiri tak pasti apa yang dilukisnya ekekekeke. Hentam saja lah labuuuuuuuu :D


Belon panas 

Lukisan kat atas ni kakak lukis masa cuti peristiwa Isnin kelmarin. Belon panas dekat pulak ngan matahari... mau tak panaih! heeeee. Sekali pandang ibu tengok yang kat atas belon panas tu serupa gunung ganang. Dua kali pandang baru perasan tu sebenaqnya awan! hehe. Kakak memang suka guna more than 1 color, lagi nampak cantik dan berwarna warni katanya. 

Bila ibu tengok lukisan kakak ni, memang ibu teringin sangat nak naik belon panas dan 'terbang' tinggi jauh dari kota jauh dari orang sumer. Mungkin juga satu hari nanti kakak akan bawak ibu naik belon panas ni bersama? (^_^)

Anyway, pastu kakak sendiri yang bagi 'star' untuk lukisan ni. Siap ada tarikh dan tandatangan lagi! Nak jadi cikgu sangat anak aku ni hehehehe.


Loving couple

Kakak suka lukis gambo ibu & ayah. Pastu tulis 'LOVE'. Banyak lukisan kakak yang ibu jumpa lebih kurang sama macam di atas. Awan ngan matahari takleh tinggal .... mesti ada hehehe. Perkataan 'You Love Me' tu yang tak tahan tu. Romantika jugak anak aku ni ekekeke. Ibu love kakak seketat-ketatnya forever! (^_^)


Zombie Burung

Kali pertama ibu tengok lukisan di atas ni, dahi ibu dah berkerut dah hehe. Bila ibu tanya apa yang kakak lukis ni, kakak diam ... tak pasti kot! Pastu kakak tulis kat atas tu 'Zombie Burung' hahaha. Pandai pulak ko eja zombi dalam english ye kak walaupun sepatutnya jadi 'burung zombie'. Eh, ade ke burung zombie ni?? Tak sampai ati ibu nak tanya soklan tu kat kakak hehehe.

Kakak siap bagi pencerahan tentang anatomi burung zombi ni. Yang warna merah atas kepala tu rambut dia! Warna kuning dan oren tu sayap dia! Warna biru tak tau apa (sayap ke tiga kot!). Dan yang panjang kat belakang tu ekor dia! Warna maintain....kalerful! hehehe.

Imaginasi kanak-kanak boleh melangkaui logik. Tengok sajalah 'burung zombie'. Walaupun tidak dapat dibuktikan melalui saintifik dan sejarah kewujudannya (muahahaha) tapi ia 'wujud' dalam pemikiran kakak hehe. Ni sebab terperangaruh ngan lagu Zombie lagi maka jadi lagu ni! :P


p/s: mujur kakak tak imagine ibu ni zombie... kalau tak macam mana ghuper ibu gamaknya kahkahkah~

You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. aktiviti yg bgus... bg otaknya ligat berjalan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ligat sepanjang masa pesen gini hehehe :D

      Delete
  2. budak2 memang ligat berfikir dan imagination diorg bagus.. anak2 buah saya pon suka melukis sampai ke dinding.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dinding dan lukisan memang tak dapat dipisahkan :D

      Delete
  3. hahaha...kelakar la...takpe2..lama boleh improve lukisan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe a'ah nak kasi motivation je dulu bagi dia khusyuk gunakan kemahiran melukisnya :D

      Delete
  4. kanak-2 memang kreatif, dorang lukis ikut imaginasi dorang, tengok lukisan tu teringat pulak time kecik-2 pun suka juga lukis-2 ni tp xpandai sgt.. yes awan n matahri tu memang xleh tinggal..hehe mesti ada juga.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ika, kenit kecik2 dulu pun tak terfikir nak lukis macam ni. Yang kenit tau lukis orang ngan gunung ganang je hehehe.

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn tp tk terbyg plak nk lukis burung zombie hehe

      Delete
  6. imaginasi anak-anak datang dari apa yang dilihat..TPK-www.tepakku.com

    ReplyDelete
  7. he3 comel je tgok lukisan budak2 ni =) suka tgok cara dia berimaginasi..lukisan matahari pasti ada..lepas tu gunung ganang..ha3..sma mcm lukisan dak2 dlu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM