Protokol & Etiket Bersama CuteCarry - Behaviour

Tuesday, October 22, 2013


Assalamualaikum!~

Peghhh! lama giler baru nak sambung Part 1 aritu hehe. Masih lagi berkenaan dengan Appearance kali ni kenit nak share panjang sikit sebab banyak poin2 yang berguna tuk korang ni hehe. Rugi kalau tak pulun kannnnnn :D.




Perfume
  • Cara sembur perfume yang betul (dimana bahagian tubuh badan yang sesuai diletakkan perfume?)
        - sedikit bawah cuping telinga
        - sedikit di pergelangan tangan

  • Bagaimana nak pilih perfume yang bagus & tahan lama?
  1. Sembur sedikit kat kulit dan jalan-jalan dulu ke tempat lain. Lepas 40 minit jika bau perfume masih ada maka boleh beli jika berkenan.
  • Tips penjagaan perfume
  1. Simpan perfume dalam kotaknya (kotak jangan buang)
  2. JANGAN simpan perfume di tempat panas atau yang terdedah kepada cahaya matahari (eg. tepi tingkap). 
  3. SIMPAN perfume dalam peti sejuk (bukan kat tempat freezer!) untuk mengekalkan bau wangi.




Badan
  1. Mandi dengan sempurna
  2. Beri tumpuan pada kawasan berpeluh (eg. ketiak, bahagian pelipat)
  3. Jangan lupa DEODORAN
  4. Pilih minyak wangi yang sesuai.
CuteCarry juga turut mengklafikasikan minyak wangi tertentu mengikut mood dan maksudnya tersendiri. Ni je yang kenit sempat tulis. CuteCarry cakap laju giler la! hahaha.

Hermes - Teguh
Enchanteur - Feminin
Calvin Klein - Bebas
Chanel - Klasik
Hugo - Tegas

  • Penyebab bau badan juga kadangkala disebabkan oleh bau v*gin*, maka makanan di bawah perlu dielakkan:

  1. Kurangkan makan ikan masin/pekasam
  2. Kurangkan makan tomato (surprisingly!)
  3. Kurang makan cheese (alohhhhh kiter dah la minat cheese!)
  4. Kurangkan makan coklat (hok aloh...nak nangis ar camni!)

Gigi

  • Gosok gigi dengan betul
  • Gosok lidah
  • Gunakan cecair antiseptik
  • Periksa bau mulut anda
  • Tukar berus gigi 1/2 minggu sekali

Penjagaan muka
  • Gunakan pencuci muka/cleanser:
  1. oil based @ cream based - kulit kering
  2. water based - kulit berminyak
  • Sunscreen:
  1. SPF 12-25 (untuk hari2 biasa)
  2. SPF 30-50 (aktiviti luar pejabat sepanjang hari)
  • Jika kulit terasa tegang selepas cuci muka, itu bermakna pencuci itu tidak sesuai ngan kulit maka anda.

Pada hari kedua kursus, lepas CuteCarry berceloteh pasal tips & penjagaan dari ujung rambut sampai ujung kaki, tiba giliran sahabat baik beliau pula iaitu saudara Joey dari JoeyMakeOver untuk menunjukkan cara-cara makeup korporat (pejabat) yang sesuai.

Joey adalah nama komersial yang digunakan oleh empunya diri Zulkifli Hassan. Nama glamor Joey hehe. Seperti CuteCarry cakap, kita kena ada branding untuk diri kita sendiri terutama dalam dunia bisnes hehe.

Saudara Joey kita berkesempatan menunjukkan cara-cara makeup korporat & makeup untuk night event. Kenit ader amik beberapa gambar, jom terjah!





Auditorium yang separuh kosong pada hari sebelumnya menjadi separuh penuh pada hari kedua gara-gara ada demo makup oleh JoeyMakeOver.  Nama yang takda dalam senarai kursus pun sempat mencilok masuk tuk tengok sendiri bagaimana caranya kita nak makeup ke pejabat.

Yang kaum lelaki, pokcik-pokcik sumer blur je tengok JMO makeup haha. Anyway, thanks to Joey sebab tunjukkan kitaorg cara makeup yang natural ni! Walaupun kenit tak makeup, tips begini bagus jugak kalau2 kenit perlukannya di masa akan datang (^_^). Peace!

You Might Also Like

18 pengomen comel

  1. bab nie wanita paling suka..hihihi

    ReplyDelete
  2. klu nk beli perfume test bau pastu nk jln2 nk tggu 40 minit mau nyee naye tuh..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau beli perfume pastu kene tipu tak tahan lama...lagi naya cam tu kan hehehe :D

      Delete
  3. wah..bestnya.. kami yang kursus cuma 1 hari dengan dia pun dah rasa best..inikan pulak 2 hari.. dia tu menarik orgnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually 3 hari kami kursus ngan CuteCarry...best kan kak ita? happening sangat! (^_^)

      Delete
  4. Hehehe ari tu KKM pun ada invite skali cutecarry.. Merasa gak la tadah muka kat JMO utk di conteng hehehe.. memang fun kan kursus cenggini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh bestla kene solek ye hehe. Kami wanita di sini malu-malu sumer kihkih

      Delete
  5. ada lg sal kursus rupanya..siap ajar mekap?? terbaik la =) sy ni cerewet gak nk beli perfume..kdang2 ambil smpai 3..best baunya confirm angakat trus he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kursus masih tak cukup 7 hari fais, so kene la citer lagi pasal kursus ni. JoeyMakeOver yang ajo makeup hehe

      Delete
  6. oooohh!!!!kurangkan makan tomato......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! dah la tomato tu feveret fruit huhu

      Delete
  7. Sy paling susah klu nk pilih beli perfume.. especially klu yg baru. So klu dah ssuai yg satu tu, beli yg tu je lah hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohhhh abg khir memang setia pada yang satu hehehe

      Delete
  8. memang best kursus oleh mereka.. kalau dapat peluang hadiri, jangan lepaskan.. rugi... :)

    ReplyDelete
  9. Best2..mmg tak rufi kenit join kursus nie.. byk info yg dpt kan..=D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM