Thursday, October 17, 2013

# Kenit Review

Wayang Ujung Minggu.


Assalamualaikum!~

Ujung minggu lepas, memang kaw-kaw punyer kitaorg satu family layan movie. Tak sangka punggung kami boleh tahan duduk berjam-jam tengok citer filem dalam bilik hahaha. Ntah angin kus-kus mana yang datang menerpa kami membuatkan satu family malasssss nak kuar menjenguk matahari.

Memula kitaorg layan Curse of Chucky. Sebelum tu kenit dah tengok dah, cuma Pak Jelan ngan bebudak ni je belum tengok lagi. Mula2 tengok mukadimah, adik puji "wahhhh, anak patunggggg la buuuu". Sekali bila dia tengok anak patung tu boleh bergerak dan bercakap & ketawa dengan kejam, berlari dia menyorok belakang kenit. Nampaknya misi menakutkan diaorg telah berjaya muahahaha. Yang kakak tutup muka dengan bantal busuk. Pak Jelan buat2 tido lelapkan mata bila ada part korek biji mata bahahaha! Tak boleh blah family aku ni!


SINOPSIS : Penghantaran satu bungkusan kepada keluarga Nica (hero dalam citer ni) menjadi teka teki apabila bungkusan yang diterima tidak diketahui identiti penerimanya. Lebih misteri, bungkusan tersebut berisi anak patung chucky! seorang demi seorang ahli keluarga Nica dibunuh dengan kejam! Adakah chucky kembali mengganas? Apakah sejarah disebalik chucky & keluarga Nica?

bila chucky buat muker gini terus Mira tekup muka ngan
 bantal bushuk dia muahahahaha~

Tapi, dalam takut-takut tu nak boleh pulak diaorg request nak tengok Chucky lagi. So, kenit pun pulun la bagi diaorg tengok dari episod 1st (tahun 1988) sampai la yang 2nd latest. Memang sepanjang masa tekup muka ngan bantal busuk la masing-masing hehehe.




Dah habis pulun siri Chucky, kami bantai pulak tengok filem Dampak. Personally, Dampak memang filem yang komplikated dan lebih ke arah kedewasaan. Jalan cerita walaupun kompleks tapi, tak membosankan. Cuma, kebanyakan adegannya tak sesuai langsung ditonton oleh anak-anak. So, time ni memang kenit berdua ngan Pak Jelan je la tengok. Bebudak ni layan men masak-masak jap hehehe.


SINOPSIS menceritakan kisah lima adik-beradik, yang dibangkitkan oleh pakar seni mempertahankan diri di kampung yang mengajar mereka kemahiran supaya apabila mereka lebih tua, mereka akan dapat membantu beliau membalas dendam terhadap musuh beliau yang tinggal di bandar . Masa yang tidak lama lagi datang, dan adik-beradik perjalanan lima ke bandar, tetapi adakah mereka benar-benar bersedia untuk apa yang kira-kira akan datang?
KLASIFIKASI : PG18


Pastu, Pak Jelan tanya "apa lagi citer terbaru ye?". Sekali dia tunjuk...BENCINTA! Adehhh kenit kalau tajuk cintan-cintan kureng sikit la (ecececececeh). Tapi, dah suami ajak kan...tengok je la hehehe. Jalan cerita yang biasa je pada kenit. Olahan watak dan cerita seakan-akan mirip filem 'Enough' lakonan J.Lo. So, kenit kind of boleh expect la apa akan jadi dalam citer ni walaupun masa tu belum tengok habis lagi hehehe. 


SINOPSISmengisahkan pasangan baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan dengan orang lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya. Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya.
KLASIFIKASI : PG13

Pastu malam pas Isyak, sambung pulak tengok Psiko: Pencuri Hati. Alaaaa time ni memang mata dah layu habis hehe. Permulaan cerita yang agak perlahan. 2 situasi yang berlainan iaitu kehidupan sepasang suami isteri yang...boring! Si suami cuba untuk menceriakan isterinya dengan membawa dia pergi bercuti. Yang sorang lagi, penulis novel yang ingin mencari 'feeling' dalam menulis kisah sebenar pembunuhan. Kenit tengok separuh jalan je, otak dah tepu mata dah kuyu hehehehe.

SINOPSISSejauh mana anda melakukan kajian apabila menulis novel tentang pembunuh bersiri? Adakah anda perlu berfikir seperti seorang pembunuh? Adakah anda memerlukan emosi serta kemahiran seperti pembunuh bersiri untuk memastikan kisah mengenai anda tersebar di akhbar? Dalam Psiko: Pencuri Hati, persoalan ini ditujukan kepada watak utama filem ini iaitu Sidi. Sidi merupakan seorang penulis yang sentiasa cuba berlawan dengan perasaannya sendiri. Dia cuba mencari masa sesuai untuk melakukan penyelidikan bagi novel terbaru beliau yang berkisar mengenai pembunuh bersiri. Walaubagaimanapun, dia mendapati dirinya berada dalam kegelapan.
KLASIFIKASI : PG 18

Ha tudia! seharian kami pulun tengok filem dalam umah. Giler kentang! Tak boleh diamalkan selalu gini. Mujur wayang FREE dik non, kalau kat panggung?? Haghammmm kenit nak layan! Zaassssss....!

27 comments:

  1. akak nak tengoklah nanti curse of chucky tu..dulu dulu suka tengok cerita ni walaupun seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok je kak, takde maknenye nak seram sangat hehe. Cumer tang muker chucky tu macam seram sikit la hehe

      Delete
  2. Chucky tu dari dulu mmg menakutkan.. sy pernah terjumpa ada kedai yg jual anak patung chucky tu.. uhh, x snggup sy nk membelinya huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. chucky yang dulu tu macam tak 'hidup' sangat. Start Bride of Chucky tu yang baru ok sikit la dari segi karakter dan muka dia hehehe. Takyah beli la abg khir...kang ada yang tido bukak lampu kang hehehe

      Delete
  3. mak aii.. takut aku citer2 hantu nih

    ReplyDelete
  4. Lia suke sngat tgk cite chucky. yg latest ni,, bru tengok sikit. nanti nk smbung balik. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa sambung ye...sejarah berulang kembali hehe

      Delete
  5. wah....
    marathon tu....
    dah lama abg tak buat marathon macam nie..

    http://abgdude.com/blog

    ReplyDelete
  6. wah...bestnya semua cerita baru..saya tak ada chance lagi nak tonton semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau ada free time boleh la nonton :D

      Delete
  7. Assalamualaikum kenit. wahh macam best je kalau dapat tengok movie ni. heee sure malam susah nak tidur. hehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila...

      straight dari pagi tengok wayang sampai malam konpom boleh tido punyer hehe

      Delete
  8. comelnya Chucky, tapi Tedi lagi comel... wargh wargh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tedi memey comeiiiii.....tedi penyayang. Chucky pengejam muehehehehe

      Delete
  9. mama cerita seram memang takkan tengok.... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde seramnye mama hehe...budak2 ni je yang bikin suspen. 1st time nengok la katakan hehe

      Delete
  10. yumida nak tengok chucky n psiko tu kak
    sure seram n ngeri giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. psiko tu tak pasti la seram ke dak tapi chucky tu ok la...ada bikin terkejut terkejut jugakla hahaha

      Delete
  11. fuh layan 4 citer sekaligus... mmg terbaik la kenit..kalau farah rasanya citer yg kedua tue dh bantai tido dah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni kenit gagahkan jugak ni farah sebab anak2 takut nak tengok sengsorang :D

      Delete
  12. mak aih... bnyk nya cerita.. hehe

    ReplyDelete
  13. woww..chucky tu menarik =) ada juga tgok kt downld movie..rsanya mcm dh kluar..sy ni mmpu dwnld je..he3

    ReplyDelete

Apa kata korang?