Thursday, December 19, 2013

# Informasi Dan Tips

Aku & 'Bekas' Broadband.

Assalamualaikum!~



Kenit merupakan pengguna broadband bila kenit start ada laptop tahun 2010. Tujuan beli laptop? nak main game hahaha. Tau game apa yang kenit gila sangat nak main dulu? Cafeworld dan Restaurant City! Game masak-masak tu la ....cam budak2 je! -_-


Kenit memang peminat tegar online game....dulu! Cafe World dan Restaurant City merupakan 'bisnes' kenit paling berjaya di alam maya hehe. Dan, disebabkan kenit suka benar main online game ni, maka line internet semestinya yang paling bagus kenit guna ... or at least i thought it was the best.

Dulu kenit guna broadband dari talian yang agak fofular la, yang harga pakejnya RM98 untuk 5GB. Kenit tinggal di Kuantan, so line sana kejap2 bagus kejap2 hancus hehe. Tambah kalau hujan, Astro 'gelap', dia pun sama lembab! Kenit paling takut time dia bagi mesej "you have reached the limit of your broadband quota. Please slow down your usage" (something like that la). Memang kenit rasa 'down' gila ar masa tu. Ni 'makanan' (dalam Cafe World) dok atas dapur lagi, dia dah suruh slow down dah! hehehe.

Pastu, kenit rasa cepat benar quota dia habis. Bil setiap bulan kena bayar sama gak. Main tak sampai sebulan quota asyik jadi limited je. Lagi satu kelemahannya, time kenit balik kampung, broadband langsung takleh guna!  kat situ memang tak support talian jenis tu, maka memang susahla nak connect. Meraba-raba kenit mencari signal kat luar umah sambil angkat laptop pastu hala ke langit! haha. Orang kampung ingat kenit saje nak show off laptop buruk kenit tu, padahal kiter dok 'menggila' nak cari signal kat mana yang kuat hehehe. Sejak tu kenit tak percaya dah kat berukband ni!

Bila dah bertahun 'terseksa', akhirnya kenit amik keputusan untuk stop guna broadband! Pada kenit nilai yang kita kena bayar dengan servis yang diaorg provide tak selari seperti waktu diaorg promote kat kita dulu. Akhirnya, kita rasa membazir dan merugikan je. Melihatkan pada banyak aduan yang kenit baca di fb dan rungutan orang ramai tentang perkhidmatan internet yang sungguh menyedihkan, lagi la kenit takut nak langgan mana-mana pakej internet sekarang ni.

Kenit sekarang lebih bahagia dengan 'pelan' internet terbaru ni. Broadband? Noooooo .... kenit tolak tepi dah sumer tu. Dan apa yang paling membahagiakan kenit ialah the quota is UNLIMITED! hehe. Kenit beli prepaid celcom RM20 pastu langgan pakej internet seminggu RM18. Cukup habis seminggu kenit renew prepaid dan langgan kembali. Seriously, cara begini lagi senang dan best dari guna broadband. Dah la quota unlimited, pastu sebulan kenit hanya belanja RM72 je. Takda masalah start dari hari pertama hingga hari ke tujuh! Boleh bantai tengok video atau kartun atau surfing sepanjang minggu tanpa diganggu oleh mesej2 yang menyakitkan hati hehehehe.

Duduk kat kampung pun boleh guna prepaid, takda masalah line dan kenit tak perlu nak angkat laptop hala ke langit lagi dah! hahahaha. Line smooth je, setakat ni kalau hujan pun kenit boleh surf internet lagi. Apa lagi kenit mau? muahahahahaha! Pastu, kenit boleh surf internet kat mana2 pun. Sebab guna prepaid kan, maka aku boleh online doplohpat jam tanpa perlu risau habis limit. Kadang2 tu, sampai kenit lupa nak off internet kat hp, sampai ke pagi la benda tu on. Tapi, still kenit dapat surf FB dan BLOG esoknya. Apa lagi kenit mau? muahahahahaha!

Apa yang pernah kenit alami ni tak semestinya akan sama ngan pengalaman korang. Cuma kenit taknak dah guna broadband segala ni. Kalau boleh kenit nak kurangkan pembaziran kertas hehehe. Paling penting, kenit taknak terikat dengan mana-mana kontrak yang pasti akan menyusahkan kenit dikemudian hari. Prinsip kenit, ada duit baru boleh guna internet, takda duit duk diam je la. Yang pasti, kenit tak perlu garu kepala setiap ujung bulan nak membayarnya mihmihmih.


4 comments:

  1. mcm mana ek nak apply..nak gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je sis, beli topup celcom biasa pastu apply cam biasa melalui 'mobil internet' :)

      Delete
  2. Farah pernah guna berukband maxis.. celcom.. semua hancuss la kenit.. buat masa nie yang terbaik bagi farah adalah plan internet Digi dan jugak YES! dok ingat nak review kat blog..tapi tak tahu la bila..hahaha =D

    ReplyDelete
  3. Wahh bagus juga mcm tu ye.. sungguh menjimatkan. T kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?