Asas Najis Yang Patut Anda Ketahui.

Friday, December 20, 2013

Assalamualaikum!~

sumber : google

Fiqh Taharah - Asas Najis

Tahukah anda, taik hidung bukan najis? Tahukah anda, tahi telinga bukan najis? Tahukah anda, tahi mata bukan najis? Tahukah anda, air sampah bukan najis? Tahukah anda, air longkang bukan najis? 


SYARATNYA:

  •  Ia semua tak bercampur dengan najis, maka tidak najis lah ia.

Najis pada tubuh badan atau pakaian kita, akan menyebabkan solat kita tidak sah, kerana salah satu syarat sah solat ialah "suci dari najis". Tapi tahu tak apa kebenda yang dikategorikan sebagai najis menurut syarak? 


Moh kita study sesama! (^_^)

Antara benda-benda yang dikategorikan sebagai najis, ada beberapa pembahagian:



1) Yang keluar dari kemaluan atau dubur:

  •  Tahi - yang keluar dari dubur. bukan taik mata atau taik idung.
  •  Air kencing
  •  Air mazi - keluar semasa ghairah, teransang
  •  Air wadi - keluar sedikit biasanya selepas kencing apabila berdehem, atau buat kerja berat - khususnya lelaki.

*air mani manusia, tidak najis.



2) Yang keluar dari saluran lain:
  • Muntah
  • Asid perut
  • Air liur basi - yang datangnya dari dalam perut


3) Yang hadir dari sumber lain, tetapi telah ditetapkan syarak bahawa ia najis:

  • Darah - apa2 jenis darah, samada darah biasa, darah haidh, nifas, istihadah, darah jerawat (yang tidak mengalir dan pecah bukan akibat perbuatan kita, solat sah menurut pendapat sebilangan ulama)
  • Nanah
  • Bangkai - kecuali bangkai manusia, ikan, dan belalang, tidak najis.
  • Susu binatang yang tidak halal dimakan
  • Arak - samada wine, liquor, beer, alkohol ethyl, dan sebagainya yang memabukkan
  • Anjing dan seluruh keturunannya - termasuk anjing yang berkahwin dengan kambing, lahir anak kambing, tetap dikira najis kambing tu.
  • Babi dan seluruh keturunannya - sama macam situasi anjing.

Selain daripada yang disebutkan ini, bukan najis. Melainkan ada berlaku khilaf sesama mazhab, namun yang saya nyatakan di atas berdasarkan pandangan mazhab syafie. Jadi, dah tahu apa yang najis, selepas ni boleh la pastikan apa yang terkena kita, samada najis atau tidak, kan? Akan memudahkan kita. Sebab apa?

Sebab benda najis yang nampak zahir pandangan, iaitu najis 'aini, wajib dibersihkan sehingga hilang bau, warna dan rasanya. jika kita terkena air sampah, ia bukan najis, (melainkan telah bercampur najis), maka kita tidak perlu susah payah nak bersihkan sampai hilang bau warna rasa. Nak-nak pulak kena yang jenis kuat bau dan lekat, berminyak plak tu. Memang tonyoh pakai sabun pun, masih ada kesannya.

Tambahan : Semua najis disucikan dengan air mutlak, sehingga hilang bau, warna dan rasanya, MELAINKAN najis anjing dan babi, di-sertu dengan 7 kali basuhan air mutlak dengan basuhan pertamanya dicampur tanah.


P/S: So, sekarang kita dah tau dah la yang taik idung/taik mata tu bukan najis kan. Tapi, jangan pulak korang sengaja pi calit taik idung kat baju pastu sengaja gi solat terus! itu dah kategori PENGOTOR namanya! hehehehe. Selamat beramal! (^_^)




You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. Timekasi.. bagus utk refresh ni..

    ReplyDelete
  2. bagus info ni!!..terima kasih.. hihi
    yang bawah tu, tergelak mama baca.. hihi

    ReplyDelete
  3. kikiki..tergelak baca ayat akak yg pi calit taik idung tu..pengotornyeee...sape la yg suka buat camtu..tringat zaman kecik2..suke main calit taik idung kenakan kwn2..sampai menangis dibuatnya..hadoiiiii
    nice sharing kak di hari jumaat yg mulia ni

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. teruk la dok celet taik hidung tu.. hehehe
    nice share.. thanks..

    ReplyDelete
  5. saya suka korek hidung...supaya bersih dan lapang untuk bernafas...hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Masalah tahi lalat mcm mana pulak hehee.. gurau je. Perkongsian yg bermanfaat & boleh dibuat rujukan buat semua.. :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Jika ia tiada dalam ketiga-tiga kategori di atas, maka ia good news....bukan najis :D

      Delete
  8. assalamualaikum,
    sya da stu soalan,tue assigment ctu@pendidikan islam kmi..
    soalannya begini knapa ikan dan belalang tidak dikira sebagai bangkai..boleh tlg terang kn..
    armz_shah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,

      untuk pengetahuan shah, ikan dan belalang yang telah mati juga dikira sebagai bangkai, tetapi ia tergolong dalam kumpulan bangkai yang halal dimakan. Means, ikan yang kita beli di pasar tu dah mati, tapi kita tak panggil dia bangkai kan. Begitu juga dengan belalang.

      Adapun bangkai haiwan yang tergolong dalam jenis yang tidak halal dimakan. Untuk topik ini, adik boleh bertanya pada yang pakar. Wallahualam.

      Harap ini membantu :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM