Bila Tak Plan Jadi Pulak!

Saturday, December 28, 2013


Assalamualaikum!~

Begitulah lumrahnya setiap kali kenit merancang. Bila kita plan baik-baik, last minit tak jadi pulak nak buat itu ini. Tapi, bila tak plan langsung, last minit tu la tergerak hati ni buat macam-macam atau nak pergi mana-mana. Hurmmm really don't know why la hehehe.

Public Holiday 25hb Disember 2013 .... orang lain balik kampung, gi jenjalan, gi tengok wayang. Kami pun gi jenjalan jugak ... walaupun tak jauh mana hehehe. 

Lokasi last minit : Taman Tasik Titiwangsa

Dah lama tak bawak anak-anak datang sini. Kat taman tasik ni la tempat kami anak beranak merehatkan badan dan minda. Disebabkan budak-budak ni jarang nak 'pijak' tanah, maka kami bawa mereka ke sini supaya mereka bebas berlari dan bermain sepuas hati. Nak gi pantai jauh sangat la pulak. Tapi, itu pun dalam perancangan kami...insyaAllah.




Bila tau ibuayah nak bawak kakak adik ke taman tasik, melompat gumbira diaorg! Lama dah request nak gi sini, cuti ni la baru boleh pergi pun hehe. 

Gelagat kenit-kenit ibu




Tak pernah sesaat pun diaorg ni menangis atau buat muka masam. Hatta jatuh atau terhantuk kepala pun masih berdaya mengukir senyuman hehe. Yesss begitulah semangat anak-anak ibu! Sebab kalau dah start menangis melalak, balik umah la jawabnya muehehehe.

Playground di taman tasik

Sepanjang-panjang sebesar-besar playround ni diaorg terjah! Dari depan sampai ke belakang patah balik ke tengah naik jambatan. Mujur jugak time ni orang tak ramai lagi, jadi sedapla berlari ke sana sini hehe.

Sisi lembut seorang ayah ekekekeke


Pemandangan indah di taman tasik

Tenang jiwa rasa melihat kehijauan di taman tasik ni. Lapang sikit kepala otak ni. Pak Jelan siap cakap, "ni kalau ada tikar boleh tido kejap bawah pokok kelapa ni kan". Orang datang taman kuarkan peluh, dia datang ke taman nak berkeruh pulak!


Amende ni yek?

Ni 1st time kenit tengok mendalah ni hehe. Orang bandar sungguh kita ni kan!! hehehe. Pak Jelan bagitau ni telur siput. Ooohhhh, korang dah tau ke? kenit jumpa telur siput ni banyak melekat kat jaring-jaring batu tepi tasik. Ghupernye di sini siput-siput ni bertelur. Cantik telur ni .... pinky!


Us ...


Dah puas main, diaorg bersenam pulak. Bersemangat tengok kenit-kenit ibu ni bersenam, sampaikan ayahnya pun jeles nengok ayahnya pun join jugak bersenam! muahahaha. Ayah ni kalau nak bersenam memang culas! Takda teman tak best katanya. Nak ibu jugak temankan ... oohh pleaseeee ibu dah slim melim la ekekekekeke~



Tudiaaaa! coach dah turun padang hahaha


Itulah aktiviti kami hari tu. Matlamat tercapai nak bagi my kenits rasa seronok. Hey, sapa tak seronok boleh berlari ke sana sini, panjat memanjat bergayut sampai bopoloh-poloh kan hehe. 


sweet dreams my kenits

~The End~

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. seronok tengok budak-budak ni dapat sekali 'lepas' bermain..... kita ni sebagai ibu kekadang sibuk, bila tengok gambar last tu, alahai.. sayu hati.. keletihan yeee...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  2. wah bestnya ada tmpt2 senam tu.heee..lama nana xke playground gini :-)

    ReplyDelete
  3. seronoknya bawa family anak2 pergi riadah..ada juga masa terisi

    ReplyDelete
  4. Seronok tgk anak anak main main kan...main smp puas lpas tuh mlm tido awal keletihan

    ReplyDelete
  5. Wahh seronoknya.. anak2 pun balik boleh tidur nyenya sbb kepenatan.. tp berbaloi kan dgn penatnya.. :)

    ReplyDelete
  6. amboi.. seronok betui diorg ea dpt main2.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM