Monday, December 16, 2013

# Cerita My Pearls

Blogger Termuda Di Dunia?


Assalamualaikum!~

Cam serius je dia nih! kalau jadi, boleh pecah rekod dunia! Rekod dunia sekarang dipegang oleh seorang budak berumur 15 tahun iaitu Gloson. Kalau nak tahu boleh check kat {SINI}. Ada 100 orang blogger yang dikategorikan sebagai blogger termuda dan berjaya di dunia. Senarai ni dikemaskini setiap masa (seperti yang dimaklumkan), so i guess this is the most up to date list until today.

Kalau aku izinkan, ayahnya izinkan dan Allah izinkan, mungkin anak dara sulungku ini yang akan jadi blogger termuda di dunia! mihmihmih.



"ibuuuu...boleh tak kakak nak buat blog macam ibu? 
kakak nak citer pasal kakak gaduh ngan adik kat dalam blog"


 T____T


Tudia! semangat sungguh menaip sampai melopong
anak aku! :p

Gamaknya dia tengok aku dok hadap blog ni memanjang, tu yang dia jadi syok gak kot hehe. Mula-mula dia usha dulu, pastu dia tanya, "best ke blog tu bu?". "Hurmmm... bolehlaaaaaaa". Padahal dalam hati, 'best giler! enjoy giler!syok giler! ibu je tak giler!' hahahaha. 

Sebenaqnya, lama dah kakak mintak aku buatkan blog untuk dia. Ingatkan dia main2 je, tapi lepas 2 minggu dia ungkit balik! Bila aku tanya, kakak nak taip apa dalam blog tu? dia jawab nak citer pasal hal dia gaduh ngan adik! kahkahkah. Anakku sayang, cukuplah ibu sorang tonton 'drama' korang berdua setiap hari nakkk! 

Bakat menaip sikit-sikit tu dah ada dah. Takat taip 'O G G Y atau 'U P I N' tu boleh dah. Memang kartun tu pun la yang diaorg suka nengok pun. Namun begitu, aku masih pantau apa yang dia klik dan apa yang dia nak tengok. Tak boleh kasi 'lepas' gitu je! 

Yang tak boleh blahnya, bila aku buka blog dia gaduh nak ada blog. Bila aku buka facebook, dia pun sama nak ada akaun facebook??? lawan tokey arrrr camniiiiiii......!

32 comments:

  1. budak2 sekarang bijaknyer x terlawan kita ye...teringat anak member, umur baru 4 tahun.. tgk dia main game construction yg complex..kecik2 dah semangat nak jd jurutera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis game yang konstruktif dan meningkatkan skil kanak2 memang digalakkan (^_^). Kalah kita dulu hehehe kan :D

      Delete
  2. hehehe..
    lagi hot ler blog dia dari blog mama dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bolehhhh tak bolehhhhh, mana leh lawan senior hahaha :D

      Delete
  3. hihi comel je nak cerita pasal dia gaduh dengan adik.

    btw sya ada jual blouse. meh la dtg blog. tengok2 kot ada yg pekenan kat hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerna sudi singgah ye hehehe :D

      Delete
  4. hihi..blh la tu...ade blog si junior
    kena bersaing ngan mama dia la ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haihhh takleh cari makan la gini kihkih :D

      Delete
  5. Hahaha,
    Ok la tuhh nak lawan tokeyy...

    ReplyDelete
  6. bagi dia blog tp monitor dia
    jgn bagi leka sgt
    budak2 skank semua kena monitor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes itu sudah semestinya MG, memang kenit pantau tapi kenit biarkan dia taip sendiri je la. Kalau tak pasti ejaan baru dia tanya kenit hehe :D

      Delete
  7. dari gaya percakapan anak2 akak, mesti comel kan? Blog memang best giler~ Hahaha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. perangai pun boleh tahan 'comei' gak ni hahaha :D

      Delete
  8. ehehe...nak lawan tokey ar...ok la tuh..bersaing anak bearank.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha agak2 ada peluang tak ibunya nak menang ni? (^_^)

      Delete
  9. comelll dia.. nk buat blog sbb nk tulis dia gaduh dgn adik.. serius nk tergelak baca.. hehehe
    amal singgah sini.. jum daftar kak
    dalam sehari aku boleh dapat hampir 100++ point..
    Hari ni tengok da 300++ point... tunggu sebulan lagi boleh redeem point ni... bajet nak redeem powerbank, takpayah share dengan ibu
    http://cikamal.com/cara-daftar-whohaa.html

    ReplyDelete
  10. Hehehe... samalah ngan anak akak yg sulung tu... hari2 tanya "camana nak buat blog ibu? ibu, tolong buatkan emel kakak..." akak tak layan lagi, takut dia leka. nantilah dia dah besar sikit baru akak layankan je permintaannya tu... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini selagi kenit diam, selagi tu lah dia tanya kak hehehe :D

      Delete
  11. hehe.. dia terpengaruh dgn ibu dia yg suka jadi blogger... mana tak tumpahnya kuah kn.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak budak jadi blogger memang best, tapi budak kecik ni jadi blogger ..... hahaha kelakar rasa :D

      Delete
  12. haha.. ingatkan fakta betul tadi.. tajuk mmg havoc kak...

    ReplyDelete

Apa kata korang?