Hadiah Sempena Hari Lahir.

Sunday, December 08, 2013


Assalamualaikum!~

Matlamat asal berblogging hanyalah sekadar untuk suka-suka. Namun, takdir Allah Maha Hebat, aku semakin 'mencintai' alam blogging dan kini semakin 'melekat' di hati. Masuk kontes dan giveaway untuk support kawan-kawan. Kalau yang tak sempat tu bukan bermaksud aku tak mau tapi kekangan masa dan perangai aku yang kuat pelupa ni memerlukan aku organise masa aku bebetul sebelum aku nak join ape2 kontes.

Mungkinkah ini yang dikatakan rezeki, tidak pernah aku mengharapkan apa-apa apatah lagi untuk memenangi hadiah utama! Seperti yang aku kata tadi, masuk kontes untuk suka-suka dan support kawan, maka aku pun join kontes yang dianjurkan oleh sis +Yumida Huda  di {SINI}.




Alhamdulillah that's all i can say! terbeliak bijik mata masa baca mesej +Yumida Huda yang aku menang 1st prize. Macam tak caye je! hehe. Takut kena prank ke aper kan, dah la masa tu dah dekat ngan birthday aku, kalau ini prank mau aku nangis laju-laju!

Excitednya aku sampaikan nak pilih perfume aper pun, aku diskus dengan Pak Jelan. Sampai Pak Jelan cakap, " alahhh, senang-senang amik yang FOR MEN punyer tu je la!". Amboiiiii banyakkkkkkkkk ensemmm! apekejadahnya pilih perfume FOR MEN, birthday i dah nak dekat ni, makanya FOR ME je la! muehehehe. Sorry cik abang, lain tahun i kasi FOR MEN ye ekekekeke.



Sebenarnya, bungkusan hadiah ni dah lama aku terima, sebelum birthday aku lagi, Tapi, disebabkan nak tunggu hari lahir punyer pasai, aku 'peruk' dulu la dalam peti besi kat opis aku. Akhirnya, minggu lepas baru aku perasan aku tak bukak lagi hadiah ni! hahaha. Pelupa sungguh noooo!!

Dari keempat-empat pilihan yang diberi, aku memilih untuk memiliki APPLE by DKNY. Terima kasih sekalung budi kuucapkan kepada sponsor hadiah iaitu loveperfume. Thanks jugak pada my blogger friend +Yumida Huda (^_^).



Rasa macam tak percaya ... seriously! Ini hadiah kedua paling lumayan pernah aku menangi. Hadiah pertama aku menang wang tunai RM300 melalui kontes di {SINI} dan aku kongsikan perasaan aku di {SINI} heeee. Mungkin pada korang ini biasa-biasa aje, tapi bagi aku nak kuarkan duit RM120 untuk beli perfume adalah perkara paling akhir aku akan lakukan hahaha. Kalau dapat menang top-up pun aku dah senyum meleret, inikan pulak sesuatu yang lebih bernilai!

Terima kasih ya Allah, terima kasih kengkawan yang support yang selalu bagi komen semangat kat setiap entri GA yang aku join. Kalau korang nak tau sampai sekarang aku tak guna lagi perfume ni, Pak Jelan ngan anak-anak boleh amik 'bau' je muahahaha. Bukan ape, susah kot nak dapat perfume mahal begini, sehinggakan aku terfikir nak bikin harta pusaka  ...boleh cenggitu? bahahahaha~

You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. tahniah2! hebat tu adiah.. mahal pulak 2..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...tahniah diucapkan eya atas hadiah yang dimenangai...semoga bertambah-tambah rezeki yer..

    ReplyDelete
  3. wahh seronokmya murah rezki sis..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Rezeki kn.. Tahniah... Ygpnting ikhlas kita join sbb nk support kgkwn..

    ReplyDelete
  5. tahniah yea.....bestnya kalau dapat...hihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah Hanim.. Rezeki Hari Lahir tu. Semoga terus berjaya.. aamiin..

    ReplyDelete
  7. tahniah..mahal tu perfume rm120..rezeki kan..

    ReplyDelete
  8. tahniah kak.perfume fav saya tu ;)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM