Thursday, December 26, 2013

# Pasal Blog

Lucky Number : 3998 My Broken Links!!


Assalamualaikum!~

Lucky number! hahaha. Sapa ada no. plate atau no. hp '3998' boleh jual kat kenit hehehe. Terkejut beruk bila kenit check! Betapa hebat penangan broken links ni sehingga boleh mengggugat 'keamanan' kenit berblogging hehe.


Hari pertama (terjojol mata nengok!!)

Fuh! 3998 broken links boleh membuatkan kenit broken heart camni! Orang lain punye tak sampai 100 pun. Bila diteliti, disiasat dan dicungkil keluar ghuper-ghupernye kebanyakan broken links ni datang dari Segmen & Giveaways yang berkurun dulu kenit sertai. Kemungkinan penganjur telah delete post tu, dan kenit pulak dok gatai masih menyimpan entri GA tu, kengkonon nak buat kenangan la kan ... hahaha! Alih-alih ... mendapat la ko nim! 

Ramai yang dah post dan warning pasal keburukan broken links ni. Search engine tak boleh detect dan seterusnya tak dapat masukkan link blog anda dalam senarai Google. Lebih kureng gitu la kekurangannya, so untuk langkah berjaga-jaga kenit tak lepas peluang untuk check.

Malam hari pertama

Jenuh la nak membuang setiap satu broken link ni, tapi gigihkan jugak la kan. Dah 1000++ entri dah kenit taip, tapi akhirnya terpaksa delete semua post berkaitan yang ada broken links. Huh...

Pastu, broken links ni juga datang dari entri dari domain .my (kenit guna sekejap je) yang kenit guna suatu masa dulu. Jadi, taknak peningkan kepala kenit delete je la post tu terus. Tak berapa penting sangat pun pasal post tu sumer cerita pasal 'Fenomena Listen!Listen!Listen!' hehe.


Hari kedua

Dari 3000++ turun jadi 55 broken links yang tinggal. Kenit amik masa 2 hari setengah untuk 'langsaikan' segala broken links yang ada. Dari masalah coding hingga lah ke entri yang ada 'sumber' sumer kenit removekan linknya. 

Ada juga broken links yang datang dari komen-komen dari anda yang singgah mengomen di entri kenit. Mohon ampun sekiranya anda dapati komen anda tiada dalam post tersebut, sebab kenit terpaksa delete komen anda. 


Contoh 1 broken link

Contoh 2 broken link

Agak susah nak detect coding mana yang bermasalah. Sebab kita kena pastikan link tu adalah link yang perlu dibuang. Dalam kes kenit ni, ada broken link yang datang dari post, datang dari komen blogger, datang dari sumber berita, datang dari laman web kerajaan dan juga datang dari coding blog itu sendiri. Sampaikan Facebook Badge yang kat sidebar tu pun kenit terpaksa buang sebab itu adalah broken link!

Selepas dua hari setengah, berbekalkan kegigihan dan kecintaan terhadap dunia blogging sebab kalau tak cinta takde maknenye la kenit nak bersusah payah menggodek segala link yang patah-patah ni kannn! barulah 3998 broken links berjaya kenit zasssssssss! 




Alhamdulillah, selesai masalah broken links ni! Nak nangis rasa bila memula start nak buang aritu T__T. Apa yang penting?? Yang penting kenit tido lena malam ni .... ponek den!

Korang dah check lum? kalau belum, boleh kasi check sekarang kat http://www.brokenlinkcheck.com/ (^_^)



11 comments:

  1. tak tahu sangat pasal ni..jdi blurr jap..hehe tp takut plak nk cek kat blog sndiri

    ReplyDelete
  2. wow banyak tu,,,,x check pun tapi confirm banyak jgk yg broken link ni..

    usha sikit:senandung semalam

    ReplyDelete
  3. baru je lepas check broken link beberapa hari lepas.. banyak jugak nk kena delet..

    ReplyDelete
  4. thanks for the info.. terus laju2 pegi check.. anne dapat 38 je tp penat jugak la nak remove.. hehehe

    ReplyDelete
  5. eh nana baru tau benda ni,huhu..kena cek ni,mesti banyak sebab rajin join ga,hihi

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak tu.broken ni mesti dalam entry lama² yang kita link kan dan link tu takde dah..tu yang broken kan..

    fiza nak inform,blog akak telah dipromote untuk kategori dakwah.Terima kasih sudi join :)

    http://www.azhafizah.com/2013/12/berdakwah-melalui-penulisan-di-blog.html

    ReplyDelete
  7. Blog IM pun banyaaakkk juga. Marilah sama sama kita membuangnya. Hehe

    ReplyDelete
  8. peehhhh!!!.. mama punya tinggal 20 je broken link, sehari buang 5 ketul.. hihi...
    aduiii... parah ni ..hihi

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  9. WoW! hadiah rm700 utk dihadiahkan. tak nak ke?? jom join pendosatakbernoktah.blogspot.com/2013/12/giveaway-akhir-tahun-2013-hotlips-corner.html

    ReplyDelete
  10. singgah sini..
    jom join simple segmen anjuran pha is..
    http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan segalanya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates