Meredakan Gatal & Kesan Gigitan Nyamuk.

Thursday, December 12, 2013


Assalamualaikum!~

Memang annoying rasa bila kita berdiri tepi longkang atau duduk di warung tepi jalan dan digigit nyamuk yang tidak berperikenyamukan! ekekeke. Kalau orang dewasa pun tak tahan asyik tergaru-garu sampai calar balar kulit, bayangkan kalau budak-budak yang kena? bila garu, berdarah-darah kulit dibuatnya; Bila tak garu kemain gatal jadiknya!

Kaki mangsa a.k.a Mira

Hari tu masa tragedi Car oh Car!, kami anak beranak duduk kat tebing pembahagi jalan tepi Jabatan Kimia sambil tunggu tow truck datang. Memang kami jadi mangsa 'kenduri' nyamuk betul aritu! Hari sebelumnya, Pak Jelan kena sekali 5-6 kesan kat bawah siku!. Esoknya, anak-anak pula terkena.

Thanks to akak yang bagi petua ni kat kakak kenit dan seterusnya pada kenit. Sejak hari tu, kenit dah tak risau kalau digigit nyamuk lagi dah. Datanglah berpuluh ekor pun, akanku perangi habis-habisan! hehehe.


hehehehehe


Amboi seronok kemain sapu vicks!

Dah sapu vicks, kita takkan rasa gatal dah lepas 2 minit insyaAllah. Kesan gigitan pun takkan kelihatan obvious kat kulit. So, kita tak perlu nak terkeruk-keruk macam dulu-dulu sampai berdarah dan calar balar kulit! Paling penting, tiada lagi kesan gigitan nyamuk samada jadi keruping sehingga kelihatan kehitaman pada kulit. Sangat tak cantik tauuu!





Kalau dalam beg tangan pempuan biasa ada gincu, eyeliner dan bedak tapi dalam beg tangan kenit WAJIB ada vicks dan minyak gamat hehe. So, jika anda ingin kulit anda bebas dari kesan gigitan nyamuk yang menghodohkan kulit anak-anak mahupun kulit anda, silalah rajin2 bawa vicks walau dimana jua anda berada. (^_^)

You Might Also Like

24 pengomen comel

  1. selalu ayu guna minyak kayu putih. hehe..pun sntiasa ada dlm hanbeg.

    ReplyDelete
  2. yup,betul nih..MIL IbuNoey pun suh sapu vicks kalau kena gigit nyamuk.

    ReplyDelete
  3. betul tu, klau tak garu gatal..haishh

    ReplyDelete
  4. akak pulak wajib ada minyak kapak...sbb sllu kena sakit kepala kalau perjalann jauh...
    eh tak tau pulak vicks nie bagus yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak cap kapak pun saya ada kak hehehe :D

      Delete
  5. sekarang ne pun fae tenah menggaru badan. kaki dan belakang fae gatal2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn menggaru sangat fae, cepat gi amik vicks dan sapu tempat gatal. Kang calar balar kulit tak cantik lor hehe :D

      Delete
  6. Viks boleh hilangkan ek..harus ada dlm beg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah boleh kak, cubala dari asyik tergaru2 je kan hehe :D

      Delete
  7. macam multipurpose lak vicks ni kan..tq share petua ni kak..akan digunapakai :)

    ReplyDelete
  8. yumida letak myk kapak
    aah kan x tahan kesan kegatalan lepas nyamuk gigit
    sampai ade ebkas bila lepas garu, nampak x cantik
    esp bebudak, sayang sgt bila kulit diorg x dijaga dri kecik, coz akan tinggalkn kesan bila besar nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yumida, sayang sangat kalau budak2 tak jaga kulit dari kecil. Jgn jadi macam akak dulu, berkudis2 kaki dibuatnya heheh :D

      Delete
  9. boleh juga mencuba herbal blend cream.. Sebab sy pernah cuba alhamdulillah hilang. saya juga pernah kena gatal2 di bahagian peha sehingga meninggalkan bekas2 hitam..adik sampai cakap saya mcm kena HIV...seram juga masa tu..alhamdulillah selepas guna herbal blend cream, mandi dgn basic h kesan dan bekas hilang di peha...bersihhh...hihi

    ReplyDelete
  10. Hehe kalau kena tapak kaki tapak tangak penih nk garu geli he

    ReplyDelete
  11. Mmg betul.. sy pun guna vicks juga.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  12. klu dulu2..sapu kapur sirih je... skrg ssh nk dpt.. mmg sapu vicks je lah cepat...

    ReplyDelete
  13. x sangka yer vicks boleh...ingatkan utk batuk selsama je. tq :)

    ReplyDelete
  14. Ini ada petua sikit..pelik tapi efektif untuk hindar gigitan nyamuk. Maklumat di http://www.healthmassa.com/7-tips-efektif-tapi-pelik-untuk-mencegah-gigitan-nyamuk/

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM