PRESIDEN BARU CUEPACS

Thursday, December 19, 2013


Assalamualaikum!~

Azih Muda, Presiden CUEPACS

Tahun 2014 bakal menyaksikan perjuangan CUEPACS yang akan diteruskan oleh Presidennya yang baru menggantikan Dato' Omar Osman. Pengumuman dibuat di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras petang tadi mengumumkan Azih Muda sebagai Presiden baru bagi CUEPACS. Azih Muda merupakan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE).


Pemilihan Presiden baru CUEPACS dibuat melalui proses pengundian dan Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi. Azih mendapat 701 undi menggantikan Datuk Omar Osman yang melepaskan jawatan presiden kesatuan itu. 

Ahmad Shah memperoleh 311 undi.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng turut mengekalkan jawatan Setiausaha Agung CUEPACS.

Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa.
-sumber : BH

Tahniah diucapkan kepada Presiden baru CUEPACS dan diharapkan Azih Muda dapat menjalankan kewajipan dan tanggungjawab ini dengan baik serta meneruskan perjuangan untuk memelihara kebajikan lebih 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Besarlah harapan kami penjawat awam agar Presiden CUEPACS yang baru ini dapat membangkitkan dan mengetengahkan isu berbangkit terutama isu peng-upgrade-an gred perjawatan yang masih belum sempurna dilaksanakan sepenuhnya.

Dato' Omar Osman

Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada Dato Omar Osman di atas khidmat  baik beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai presiden CUEPACS. Setiap tahun, beliau setia memperjuangkan isu elaun penjawat awam dan sedaya upaya menjaga kebajikan terutama penjawat awam yang berjawatan kontrak. Semoga perjalanan hidup beliau dipermudahkan Allah.





You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. orang gomen je kan kena ambil tahu..hihihih....

    ReplyDelete
  2. harap nya yang baru ni tak kurang bagusnya.. :)

    ReplyDelete
  3. tq for the info..kalau x open, xtau ni..huhu

    ReplyDelete
  4. owh.. saya baca tak tahu apa2 pun.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Baru tahu dato omar osman dh x jdi presiden ceupacs .. farah harap presiden baru nie dpt menjalankan tanggungjawab dgn baik dlm memperjuangan nasib kakitangan awam nnti.. =D

    ReplyDelete
  6. Diharapkan presiden baru ini juga pandai bermain kata dengan agensi pusat dan juga PM, kerana itu penting bagi tujuan memudahkan urusan...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Nak tanya sangat ni. Tak tahu nak tanya pada siapa. Nak mengadu pada siapa pun tak tahu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...nak tanya sangat ni.. tapi tak tahu nak mengadu pada siapa. Siapalah sudi nak dengar rintihan hati

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...nak tanya sangat ni. Tak tahulah nak tanya siapa

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM