Wednesday, December 18, 2013

# Informasi Dan Tips # Tips Di Jalanraya

Respon Terhadap Kenaikan Tol

Assalamualaikum!~


Jika anda seorang pengundi berdaftar dan pengguna lebuhraya tegar, maka keputusan anda pada PRU lalu telah berjaya 'mengubah' corak pengurusan kewangan negara dalam hal berkaitan tol.

Berikut adalah kadar tol semasa dan kadar kenaikan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Untuk makluman, lebuhraya2 di bawah adalah dalam kawasan KL & Selangor sahaja, tidak termasuk di negeri-negeri lain yang turut dimaklumkan akan dinaikkan juga.




Sebelum itu .....


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa.   

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium."Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam.-SH


Respon .....


"Pada 2010, Lebuhraya Plus menyaksikan peningkatan kepada 8 peratus melibatkan 417 juta kenderaan setahun manakala Lebuhraya Maju Expressway pada tahun sama mencatatkan kenaikan tertinggi iaitu 8.1 peratus membabitkan 78,982 kenderaan sehari."Dalam keadaan kos operasi yang rendah (kurang 10 peratus setahun), keuntungan yang dinikmati merupakan antara tertinggi berbanding industri lain," dakwa Rafizi Ramli.

"Saya membidas sekerasnya keangkuhan Wahid yang memberi kata dua kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan itu.

"Beliau (menteri) seolah-olah tidak duduk di negara apabila tidak memahami kepayahan rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang," katanya lagi. - SH


Bukan itu saja .....



“…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff -SH


Sudah jatuh ditimpa tangga.....


“Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.


“Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan,” katanya. SH


Terbaru...


Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.-MK


Itu belum kira keluhan rakyat yang dapat kita baca di media laman sosial berhubung perkara ini. 

Mungkin benar pengguna jalanraya bukan setiap hari guna tol, tapi bagaimana dengan mereka yang pergi kerja balik kerja lalu tol setiap hari? Dah tu, lebuhraya yang terlibat pula adalah dalam kawasan KL & Selangor yang padat dengan penduduk yang mana sebahagian besarnya melalui jalan bertol untuk ke mana saja. Ooohhhhh .....


"ini tidak adil tidak adil tidak adillllllllllll......"
-yuna-




6 comments:

  1. oh!!.... mama tak tahu nak komen apa pasal ni, jalan mama berulang alik tak memerlukan tol, tapi kesian kan orang yang sentiasa menggunakan tol ni... pergi balik kerja....

    ReplyDelete
  2. hmm... tak tau nak kata pe dah... anggap je lah ujian Allah... smntra dok dunia kan...

    ReplyDelete
  3. MOHON SINGGAH BLOG 3 DALAM 1, THANKS

    BACA INI :

    Salji turun di Mesir bukan petanda kiamat ===>

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/12/salji-turun-di-mesir-bukan-petanda.html

    ReplyDelete
  4. Farah harap kerajaan kaji balik la kenaikan tol nie..kalau semua dah naik gaji kena la naik jugak kan..=D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates