Sup Tulang

Friday, December 13, 2013


Assalamualaikum!~

Oh yesssss! sapa peminat sup tulang? Aku adalah peminat tegar sup tulang ... i mean sup tulang yang best-best! Dah berhari-hari aku ngidam nak makan sup tulang. You know how many days? 3 days! Setiap kali pergi mesti "dah habis"! aku selalu tanya balik 'diaorg ni tak reti-reti lagi ke nak masak banyak-banyak??' .... tapi tanya dalam ati je la -_-

Aku kuar lunch setiap kali tepat pukul 1.00tgh! Kadang-kadang 12.56, kadang-kadang 12.58 tapi still dah habis! Bukan jauh sangat tempatnya pun, sebelah opis je dan aku rasa aku ni dah berjalan cukup laju dah dari orang lain! haha. You know kat PJ ni berlambak kedai makan yang sedap dan murah-murah time lunch kan. So, i assumed diaorg sumer gi makan kat tempat lain instead of kat sebelah opis ni!

Tiga malammmmmm...tanpa bintangggggggg
Dan diriku dihimpit penyesalannnnnnnnn

Ok, cut the crap! sup tulang je punnn! takyah la nak nyanyi bagai wahai kenit cinonet!

Yeah, tapi sup tulang tu sedap! Dah tu tiap kali makan sampai licin mangkuk aku 'kebas'. 3 days and thats it! Aku mesti kena jumpa Kak Jah tu dan buat aduan tentang ketidakpuasan hatiku ini. Melampau ke aku ni??? *Talk to my stomach*

After 3 days of craving ...... you are mineeeeeeee!

"Kak Jah, arini masak sup tak?". 

"Masak ...". 

"Tapau saya sebungkus, saya amik tengahari kang. Pastu bagi nombor akak senang saya nak order sup tulang next time".

Pergh! aku dah jadi macam detektif upin & ipinnnn! hahaha. Nada serius dan dengan muka tak bersalah aku mintak nombor dia, dia pun dengan muka tak bersalah bagi selamba je! hahaha.

Food on my desk.

Aku beli sup je pasal nasi aku dah bawak dari umah. Terima kasih di atas kesedaran dan keprihatinan aku untuk masak nasi malam tadi hahahaha. Tergerak hati pulak nak masak, rupa2nya nak makan ngan sup tulang muehehehe.

Oh .. itu air masak je la yek. Duk kat tempat sejuk beku camni kena minum banyak air masak. Tapi, kengkadang aku bantai minum milo secawan dua gak. Tapi, arini aku malasssssss!

Nasi goreng 

Yesterday, aku masak nasi goreng kicap telur ni untuk kakak adik kan. Balik sekolah diaorg cakap kengkawan suka makan nasi goreng yang aku masak ni! Ape lagi ... kembang sekejap la mak ko ni kan! So, pagi ni aku masakkan lebih sikit tuk diaorg share ngan kengkawan hehehe. Yang lebih ni la untuk aku kat opis.

Stop telling stories, sekarang silakan makan..... (^_^)

ohhh i heart this!

Phewwww! marbeles!

I just like all the lemak-lemak yang duduk di antara isi/daging ni. Bila gigit .... subhanallah! And the soup was ...magnificent! Mujur orang takda kat opis, aku hirup camtu je. Mujur jugak aku tak amik gambo tadi mihmihmih.


You made my day!

So, that was it. Nice luncheon on Friday. Nasi goreng telur kicap dan sup tulang ... dan air masak! hehehe. 

Lokasi : Kafeteria Malaysian Productivity Centre (MPC) PJ
Harga : RM4.50/sebungkus




Eh lupa plak ..... jemput makan sumer ....

I mean ...burrpppppppppppppppppppppppppppppp! *alhamdulillah*


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. sedapnya kenit sup tulang tu...nyummy...

    ReplyDelete
  2. pergh.. nikmat betul nih... tgk kuah dia mcm sdap je..

    ReplyDelete
  3. sedapnye sup tulang.. dpt mkn byk time raya korban jer..

    ReplyDelete
  4. Wahh sedap.. sup tulang mkn dgn roti putih pun dah sedap.. best. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM