Tips Pikat Perut Suamiku.

Sunday, December 22, 2013

Assalamualaikum!~

Some said jadi surirumah sepenuh masa lebih penat, and some said jadi pekerja dan surirumah pada masa yang sama lebih berat. Either way i agree with it, masing-masing punya opinion. 

So, kelmarin tekak ni teringin benar nak makan lauk berkuah. Asyik ikut tekak bebudak ni je, sesekali nak jugak kena tanya suami apa dia nak makan ye dak hehe.

"Tom yam nak?"

"Takda selera la ...."


"Hurmm kari daging la ... boleh makan ngan nasi atau mi kuning."

"Sempoi gak tu, tapi abg lapo nasi"

"Settttttt"

Terus serbu kedai Zam petang tu jugak! Beli apa yang patut, dalam hati dah berkobar nak masak tuk suami terchenta! muehehehehe. Most of the time, kenit masa ikut kesukaan anak-anak je. Dia nak telur masak kicap kenit buat, dia nak tom yam tak pedas kenit buat, dia nak sup su'un kenit buatkan jugak. 

Tapi, kali ni kenit nak masak something yang Pak Jelan suka. Katanya tghari tadi tak makan nasi langsung (diet lettew!)huhu. So, kita kasi rewards sikit di atas usaha murni beliau mihmihmih.

Kari daging fresh from the pot.

Pak Jelan request nak makan nasi dengan telur mata kobau! Baik tuanku, titahmu kujunjung hehehe. Tak susah kan? (^_^)

Pak Jelan punyeeee

Kari daging siap!

Dan, tekak aku teringin bebenor nak makan mi kari! Setelah sekian lama, akhirnya mood memasak kembali bersemangat hehehe.


This is mineeeeeee!

Kari daging yang aku masak ni sangat simple. Tak masuk banyak benda pun, takda fishcake bagai hanya kentang menjadi bahan penyedap. Aku tak suka letak banyak sangat benda luar, nanti rasa daging terjejas ecececeeceh! hehehe.

Candle light dinner?? masing-masing pandang bawah
hahaha

Keje 5 hari seminggu, susah nak spending time just for the two of us. So, time makan malam atau dinner macam ni la kami gunakan sebaik mungkin untuk menghadap muka masing-masing dan makan berdua. Bebudak tu kami 'umpan' ngan citer kartun hahahaha. Kalau tak nanti diaorg kacau daun je!

Bukan takda meja makan besar, tapi kami lebih suka berkumpul dalam bilik anak beranak. Meja budak ni la yang jadi meja makan kami selalunya hahaha. Tunggu la orang sponsor meja makan suatu hari nanti ... kot! hahahaha.

"Apasal senyap? sedap tak kari daging ni?"

"Sedap .... tu yang senyap je dari tadi. Tak terkata sedapnya"

Huwaaaaa kembang terus idung mancung ku! muahahahaha. Berbunga-bunga hati dipuji suami. Tak pasti la dia puji sebab dia lapo keadarah sungguh waktu tu atau memang kari daging tu 'kena' ngan jiwa dan perutnya hehehehe.  Tapi, pujian sebegitu membangkitkan lagi semangat aku nak masak lagi (^_^) haha .... koyas!


You Might Also Like

19 pengomen comel

  1. aaa sedapnye kak
    org puji tu...kikikiki...sure senyum memanjang..pandai bininya masak...
    isi tabung nuff akak sini-inti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bininya tetiba rajin memasak kelmarin ekeke.

      Delete
  2. kak, mcm mana nak linkkan tab menu dgn labels erk? yumida de refer tutorial. kurang fhm.
    step yg ni yumida dah buat. open pages-klik new tab-klik web address-isi label n url label.
    then, apa lg erk steps dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak pasti akak faham maksud yumida tu, tapi kalau betul maksud yumida tab menu macam akak punyer tu ke? akak baru buat entri pasal tu specially for you dear. Boleh check nanti ye :)

      Delete
  3. salam kenit, peh!!! kari dengan mee tu yang meleleh nak mencari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear, haha terasa bersalah pulak kenit post gambo ni, takpe mama lagi terer bab memasak ni nanti boleh buat selalu (^_^)

      Delete
  4. Replies
    1. boleh la kak, sedap tuk tekak sendiri makan ekekeke :D

      Delete
  5. Isteri masak sedap buat suami tak cari makan luar..dan pujian suami sesekali itu adlah keikhlasan darinya..percayalah. Slmt berhujung minggu kenit seklrga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PCL atas kata2 semangat tu. Yang penting kita masak dengan kasih sayang, sekali sekala masak lauk berkuah ni tu yang lain macam kot sedapnya hehehe :D. Selamat berhujung minggu juga pada PCL sekeluarga (^_^)

      Delete
  6. Assalam.. wah bestnya. Lauk sedap & harinya pun sesuai. Romantis gitu.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam abg khir, tak berapa nak romantis ni sebab bebudak tu duk kat tepi je hahaha :D

      Delete
  7. wahhh sedapnye. ttb bergelodak perut ni tgk masakkan kenit .hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan biasa je kyla asalkan boleh ditelan hehehe

      Delete
  8. Alahai so sweet!! :D Bestnya :D Haha.. Tiba2 rasa nak kahwin. Hahahaha :P Vee jauh lg perjalanan, soal kawin ni kena tunggu 10 tahun lg kot xD

    ReplyDelete
  9. bagus2 kenit..sesekali perut suami kena jaga jugak.. xdak la dia mencari makan kat luar nnti...hehehe =D

    ReplyDelete
  10. hehe... klu sy selalu say sorry seblum dia mkn... kononnya minta maaf klu x sdp.. tapi biasanya, klu tgk bertmbh pun i say sorry juga sbb buatkan prut dia bncit lagi.. hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM