ruangiklan
ruangiklan

Saturday, January 12, 2013

Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat.



9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.


9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima. Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan Keluarga Di Putrajaya.

  3 comments    
categories: 
Macam dah jadik trend plak himpunan2 ni sume yer. Yang sana buat, yang sini pun nak buat. So, aku pun nak buat jugak la kan...kene la 'up-to-date' skit kan hehehe. Seperti yang dijanjikan pada My Pearls arini nak bawak diaorg gi jenjalan kan, so kitaorg pun decide bawak diaorg men gelongsor..ala playground tu la. My Pearls panggil 'gelongsor' huhu. Mula2 budak2 ni mintak gi Tesco Ampang main gelongsor kat sana...cehhhh! Aper barang gi Tesco tu, belakang umah jer! Biler2 boleh gi anak oiii~

Kita gi jauh skek la yer, since i tak pernah lagi menjejakkan kaki ke..uollss know where kan hehe. (tuuu, kat title tuu) Sumer orang dah gi Putrajaya, even incik somi dulu masa bujang pun dah gi sana dah. Aku jer yang terperuk di Kuantan tu, even kalu balik KL pun takda sapa nak bawak aku jejak kaki kat sana huhu...sodih tak cito den ni?huhu.

Maka, disebabkan anak2 nak main gelongsor, kami berhimpun di sinunnnn....
Putrajaya...here i comeee~

Stadium Merdeka vs Tesco Semenyih.




  vs





Morning glory everyoneeee!~ Ingat ari ni nak rehat2 sepuas2nya di rumah, tapi pagi2 lagi My Pearls dah buat 'tempahan' ajak kuar jenjalan, Nak gi jenjalan maner nak?? Sumer jalan konfirm sesak punyer!

Pagi ni kawasan sekitar KL & Selangor pulak dijangka sesak dengan 'acara' istimewa masing-masing. Nak pergi sana ramai orang..nak pergi sinun pun ramai orang. Aku plak jenis tak suker tempat yang sesak ngan manusia-manusia ni. Lemas! Rimas!

Aperpun, anak2 punya pasai aku dan incik somi gagahkan jugak la nak bawak diaorg gi jenjalan hehehe. Tapi, yang pasti bukan di kedua2 tempat tersebut. 

Terkini yang aku baca dari malaysiakini.com, ader plak orang dok nyamar jadi unit amal sebuah parti dengan berpakaian seperti petugas unit amal parti tersebut. Wah! nak buat provokasi ker?? berpura-pura jadi ahli unit amal pastu mencetuskan pergaduhan pastu masuk berita cakap 'diaorg' memulakan provokasi huhu.

Harap2 takde la jadi gitu yer. Jangan tipu tau Allah tak suka orang yang menipu. Berhimpun secara aman, baik yang sana atau yang sini. Tapi, kalu ader 'kutu berahok' yang nyamar untuk menetuskan provokasi tu, Allah Maha Melihat. Peace!~

Friday, January 11, 2013

Mereka Lepas Gian....

  1 comment    
categories: 
Mereka dah tak tahan. Seminggu tak dapat 'benda' tu haha, to be exact lima hari. Sajer aku tetapkan peraturan baru since diaorg dah start sekolah kan. 


Rule #1 :
NO virtual games or watching cartoon on the pc tablet on school days.
(TAK BOLEH main game atau tengok kartun di pc tablet pada hari persekolahan.)

Aper motif aku buat macam tu? Supaya diaorg tak giler menghadap benda tu instead of buat keje sekolah. Dan alhamdulillah, dalam 5 hari ni diaorg abide by the rule huhu.

First two days tu memey Wani ader mintak main game, tapi aku kata, "NO games on school days kakak." Dan dia buat muker seposen tapi aku still buat muker garang hehehe. Korang tau je la kalu budak2 ni dah mengadap game @ kartun, memey buku terperuk je la dalam beg tu sampai sok pagi.

Esok dah hari sabtu, tapi sebab diaorg dah tak tahan gian sangat, terus WaniMira mintak main game lepas maghrib tadi.


Kakak dengan game barbienyer

Mira dengan 'boypren' kembar dia huhu
 So, konpomla dua hari ni diaorg conquer pc tablet tu sebelum perintah 'kuarantin' berkuatkuasa semula Isnin depan muahahahaha.
Syiokkk plak jadik cikgu garang ni haha.


Dia Pun Nak Interframe Jugakkkkkkkk~



Tengah borak2 dengan incik somi, tetiba incik somi tunjuk satu SMS dari saper ntah. Nak tergelak plak tengok gelagat diaorg ni yer, yang sana nak berhimpun , yang sini pun nak jugakkkk....haihhhh, berebut peminat nampak mereka ni yer hehe.

Ini suatu suratan atau kebetulan atau dirancang??Hehehe..korang pandai2 la menilai sendiri yer. Dah besau panjang kan? Takper, kiter wait n see tomorrow majlis saper paling 'meriah'  hehe.

Jangan ader yang gatai tangan pi edit gambar cakap majlis depa mendapat sambutan terbaik sudah la .... kiter tak suker orang yang 'desperate'..dan menipu tauuuuuu huhu~

Tak Malu Ker?

  1 comment    
categories: 
Dalam kereta tadi, pas antar opismate balik.....


Mira: "Buuuuu....naper auntie tu pakai pendek..?"

Kenit: "Aper yang pendek?"

Mira: "Kain la...naper kain auntie tu pendek bu?"

Kenit: "haha..oohhh tu bukan kain tu skirt. Naper Mira tak tanyer auntie tu tadi?"

Mira: "hmm...dia tak malu ker bu? Nampak kaki kan bu...?

Kenit: "haha....yo botui tu nak"


What Is Wrong With The Muslims?(Malay subtitle)

  No comments    
categories: 



Di hari Jumaat yang sungguh barokah ini, ingin aku kongsikan suatu video yang telah menarik hatiku untuk mengenal gerangan lelaki yang berjaya menjadi ikon Islam seluruh dunia.

Walaupun beliau telah tiada lagi di dalam dunia ini, namun dakwah beliau masih diteruskan melalui video-video dan ceramah-ceramah beliau yang aku yakin, telah disambut baik oleh seluruh masyarakat dunia. Betapa tegasnya arwah dalam menyampaikan dakwah kepada non-muslim yang ketika itu.


Jangan Pegang Botol Air Ni!

  2 comments    
categories: 
Sekiranya anda berada di airport, JANGAN sesekali ringan tangan nak tolong pegangkan BOTOL AIR orang yang tak dikenali, awang k-pop ker, awek Brazil ker, Justin Bieber ker walaupun dalam masa yang singkat. Kenapa....??Tengok video ni yer anak-anak (^_^)


Korang tau aper dia dalam botol tu?? DADAH....memey haramjadah tul taktik pengedar dadah antarabangsa ni! Mereka menggunakan botol air & kita sebagai alat untuk menyeludup masuk dadah mereka ke mana2 negara. 

So, korang jangan TERPEDAYA dengan 'drama' mereka, tak kirala di mana korang berada sekali pun. Jangan nanti korang yang ke 'dalam' kerana diaorg....

Kitab Al-Quran Terbesar Di Dunia.

  No comments    
categories: 


Seorang penulis kaligrafi dari Afghanistan menghabiskan masa selama 5 tahun untuk mencipta al-Quran terbesar di dunia dalam usaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Afghanistan kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun, tetapi masih dapat dipertahankan.

Penggunaan Nama Allah Dalam Kitab Bible: Boleh ke Tak?

  No comments    
categories: ,

::Pencerahan Mengenai Penggunaan Nama Allah dalam Kitab Bible::

Petang tadi dapat muzakarah dengan baba.


Saya: Baba..ada pendapat baba berkenaan penggunaan nama Allah dalam kitab Bible? kerana di Malaysia sekarang ada 2 pihak...satu membenarkan..satu lagi x membenarkan..

Thursday, January 10, 2013

Popular Ker??

  1 comment    
categories: 

Nak tergelak pun ader biler baca kajian populariti yang dibuat ke atas PM dalam sinarharian ni. Tak faham aku..penting ker populariti seseorang untuk meraih sokongan dari orang lain?

1st Snogurt

  No comments    
categories: 


Macam biasa arini amik anak2 dari nurseri. Selalu aku lalu kat jalan besar Kg Pandan tu pasti terjeling ke arah satu kedai 'eskrem' yang kaler pink/ijau tu. Hajat di hati lama dah nak masuk, but since kedai tu pun baru lagi beroperasi dua tiga bulan lepas, maka kupendam ajer la hajat tu dulu huhu.

Salah Suntik.

  3 comments    
categories: 
Ya Allah! Sesungguhnya tiap2 satu kejadian yang menimpa kita tu ada hikmahnya. Begitu juga dalam kejadian tragis yang menimpa keluarga di bawah ni. Walaupun, sangat perit untuk kita tanggung tambah2 zuriat yang lahir pada awalnya cukup sifat dan sihat, tapi akhirnya dijemput Ilahi yang lebih menyayanginya. Aku mendoakan semoga pasangan ini tabah dengan dugaan yang dihadapi mereka tika ini. Dan semoga Allah mengganjarkan mereka dengan ganjaran pahala yang banyak di atas kesabaran mereka.Aminn~

Memang kita sebagai hambaNya yang beriman kena redha dengan ketentuan yang tidak disangka ni kan. Ye la, 9 bulan 10 hari mengandung sihat sokmo, biler sampai hospital dah beranak tetiba diberitahu anak dah meninggal plak. Dah tu tak dapat nak peluk cium dan menyusukan. Ibu mana yang tak sedih...

Norehan & Mohd. Hilmi menunjukkan gambar anak sulung mereka,
Muhammad 
yang didakwa meninggal dunia selepas mendapat
suntikan yang salah dari 
pihak hospital swasta di Ipoh-SH

Hampir Dirempuh Babi Hutan.

  No comments    
categories: 
Hehehehe biler terbaca artikel pasai babi hutan ni, teringat aku suatu peristiwa yang aku alami 4 tahun lepas. Masa tu, aku masih tinggal dan keje di Kuantan. Keje plak keje syif, pasti ada syif malam dan syif siang kan.

Ditakdirkan hari itu aku keje syif malam, dan waktu itu Pantai Timur masih dalam musim tengkujuh. Maka, malam tu hujan renyai2 la. Aku drive sengsorang malam tu...kira2 kul 7.30mlm macam tu. Dan waktu tu, aku sedang sarat mengandungkan Mira. Niat asal nak amik cuti awal, tapi kukira waktu tu kalu amik cuti sangatla rugi sebab tak rasa anak bersalin lagi kan. So, aku keje cam biasa je la.

Masuk Islam Demi Wang.


Morning glory everyoneeee!~ Dah baca berita ari ni..muka depan lagi! Perlakuan yang aku anggap 'jijik' dan tak pernah terfikir untuk melakukannya apatah lagi demi mendapatkan wang! Zaman sekarang ni, agama pun orang dah berani buat main-main yer. Ape nak jadi niiiii....

Gambar: HM

Wednesday, January 09, 2013

Sebab Aku Takleh Jadi Cikgu...

  No comments    
categories: 
Semalam dan hari ni diaorg ada kelas mengaji di sekolah. Biler balik umah, excited sungguh bercerita masing2 dapat baca buku Iqra' dengan lancar. Wani memang aku tak nafikan terbukti lancar bacaan dia, sebab tahun lepas aku dah start ajar dia mengaji.Jadi memey takda masalah kalu nak suruh dia baca baris atas, baris bawah dan baris depan.

Yahoo Yang Baru~

Yahooooooooo! Wajah baru laman yahoo.com yang baru ni betul2 mengejutkan aku hehe. Pagi tadi bukak masih Yahoo dengan design yang lama. Ni tengahari bukak tetiba....bertukaaaaaa! Yahooooooo!hehehe.

Yahoo.com
Susun aturnya masih sama tapi diberi sentuhan dengan menambah gambar pada hanpir setiap ringkasan artikel yang dipaparkan. So freshy!Tajuk YAHOO yang biasa diletakkan di atas sekali tu dah takda dah, perasan tak? Kalu korang nak tengok lebih lagi, gi la godek yahoo.com wokeh!(^_^)


'Rakan' FB Ugut Siar Gambar Bogel Guru.

  1 comment    
categories: 
Bakpe la 'cerdik' sangat dia ni yer, gi bagi gambar bogel ke orang yang tak dikenali. Haddoowww! Ni nak panggil bodo ke cerdik? Apela bagus sangat si mamat 'rakan' FB dia tu sampai cikgu ni sesenang jer tunjuk video tayang body....adeehhhh~fenin fenin.

artikel mstar.com.my

Terima Kasih Sir Nuffnang.

  3 comments    
categories: 
Mula-mula masuk bende alah ni memey kenit tak paham staram (dialek ganu). Tapi, skrg dah paham skit..kot hehe. Aperpun, dah lama Kenit tak 'jumpa' Sir Nuff, so saje la gi melawat tadi. Dan nampaknya, sudah bertambah la CPC Campaign Kenit...(^_^).

Terbaru campaign DiGi Triple D berjaya 'ditempek' di blog kesayanganku ini hehehe. 



Terima kasih Sir Nuff beri kepercayaan pada blog Kenit untuk letak iklan dia. Bagila banyak lagi yer Sir Nuff hehe. Walaupun, 'tangkapan' belum memberikan hasil tapi sudah ada peningkatan dari tahun lepas. 

Semoga tahun 2013 Sir Nuff akan lebih tangkap 'cintan' dengan blog Kenit ni weeeeeee (^v^)


Terjah jugak yang ni:



Wordless Wednesday: You Are What You Eat.


Hahahahaha i can't eat any of these at the moment..especially after looking at it!

Lelaki Pun Mahu Kelihatan 'Jelita'.

  No comments    
categories: 
Benarkah apa yang aku baca ni?? Adakah kerana pengaruh k-pop yang menyebabkan keadaan ini? Benarkah lelaki di Malaysia ini pun mahu kelihatan 'jelita' dan 'jambu' seperti mat-mat korea tu? Samada benar ini sumer adalah penangan k-pop atau tidak, yang pasti kaum lelaki khususnya belia mula mengambil langkah drastik ini untuk kelihatan 'sempurna'.


Tuesday, January 08, 2013

Bolehkah Cabut Uban?


Peningkatan usia biasanya dikaitkan dengan uban memutih di rambut. Namun, bagi sesetengah kes ada juga kanak-kanak yang mempunyai uban di usia yang muda. Kebanyakan dari kiter menganggap uban di rambut menjadikan kiter nampak lebih tua, maka ramai yang mula mencabutnya.


Tandas Awam Lutsinar.

  1 comment    
categories: 

Cuba bayangkan korang 'melabur' di tandas awam sambil melihat orang yang lalu lalang di situ..pernah teringin tak nak buat camtu? Kiter boleh lihat orang di luar, tapi orang di luar tak boleh melihat kiter yang sedang 'melabur' wahahaha. Ni nak panggil cerdik ke bodo?? Korang nilai la sendiri yek.

Tapi, ader juga sekumpulan idealis yang menjadikan idea pelik mereka suatu kenyataan. Contohnyer, tandas awam lutsinar ni. Tandas awam ini dibina oleh artis Monica Bonvicini dan dipanggil sebagai 'Don't Miss A Second' terletak di London. Ia memaparkan tandas awam yang terletak di tengah-tengah laluan pejalan kaki sibuk yang dibina sepenuhnya menggunakan cermin sehala.

Boleh caya kerrrrrr??hehehe...aku tak sanggupppppp!~

'Make-up Baru'

  No comments    
categories: 
Jemput masuk..jemput masuk...tuan rumah ader malam ni hehe. Fuh! tercapai jugak hasrat aku nak tukar 'kulit'. Sudah tiba masanya aku berbuat sesuatu dengan blog kesayangan aku ni.Seharian aku menghadap benda ni, bukan nak bagi cantikkan tapi nak kemaskan lagi. 

Header lama

Dia Buat Hal Lagiiiiiii.....!

  No comments    
categories: 

Ni yang aku nak sentap sakan ni! Ader ghuper seakan sama macam budak pempuan kat atas ni. Tengah sedap2 mandi pagi tadi nak gi keje boleh plak air tetiba takda. Mujur aku sempat mandi tapi kesian la kat anak2 terpaksa mandi air kolam yang sejuk dingin beku tu!


Lebihan Roti Untuk PERMATA?

  3 comments    
categories: 

Haddowww! Tak tahu nak cakap aper yek, tapi kalu anak korang diberi lebihan makanan orang lain..korang suker tak? Mungkin niat dia baik, tapi caranya ramai benor yang tak berkenan. 



Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, dan golongan yang memerlukan.

"Pastikan roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat PERMATA pernah mengecapi croissant.

"Jadi tolonglah beri mereka peluang untuk merasai croissant - bukan sahaya anak-anak di rumah (jagaan) tetapi juga di pusat jagaan PERMATA," katanya.-yahoo.com

Teka Bunyi ERA:RM43,200 Sah Milik Yusni.

Wah wah wah wah wah, akhirnya pemenang bagi teka bunyi ERA telah pun ada! Hari yang sungguh bertuah buat Encik Yusni yang telah berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM43,200 yo! Banyak tuuuuu...

NUS Lubuk Pelapis Porno Ker?


Suatu masa dulu, aku punya cita2 yang sama dengan abah..nak tengok aku masuk universiti. Tapi, hajat tak kesampaian hanya sempat Form 6 jer. Tapi, aku pernah berkunjung ke Singapore masa Form 6 dulu di bawah anjuran Kementerian Pelajaran bersama dengan rakan sekolah dari negara ASEAN. Dan sememangnya lah, di Singapore banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.

Antara yang menjadi perhatian kami semasa bergelar pelajar dulu ialah, NUS atau Universiti Kebangsaan Singapore yang menjadi kebanggaan seluruh rakyatnya. Malah, kami pernah diberitahu bahawa NUS merupakan universiti terbaik di rantau ASEAN dan sesiapa yang dapat belajar kat sana memang la sangat beruntung. Taraf NUS dikatakan setanding dengan Cambridge University...tu citer dulu la....


Messi Terbaik Dunia.

  No comments    
categories: ,


Anuegrah Ballon d'Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.

Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Monday, January 07, 2013

Pertandingan Memancing Di Sungai Beku.

  1 comment    
categories: 

SEOUL - Ribuan pengunjung termasuk wanita berkumpul pada musim sejuk untuk memancing di sebatang sungai beku di Hwacheon, dalam daerah Gangwon, 120 kilometer ke timur laut Seoul, Korea Selatan.

Festival Ais Hwacheon Sancheoneo dibuka pada setiap bulan Januari (musim sejuk) kepada para pengunjung untuk melakukan pelbagai acara menarik yang disediakan, antaranya ialah memancing dalam ais.


Aku Disuruh Kawen Lagi...

  3 comments    
categories: 
Yerp....itulah yang menjadi dilemaku sejak dua menjak ni. Aper, korang ingat lelaki jer boleh kawen lagi? Pempuan pun boleh tau..itu pun biler anak sulung korang yang nak korang kawen lagi hehehe. Biler dah pandai cakap, pandai mikior, pandai menilai, mulala pandai mintak itu ini.




Sunday, January 06, 2013

Di Mana Cinta Yang Kau Ungkap Dulu Wahai Si Suami?

  No comments    
categories: 
Aku tak mengerti walaupun aku cuba berkali2 untuk memahami situasi yang mungkin menyebabkan seorang suami itu tergamak mengasari isterinya. Apakah memang si isteri yang bersalah menduakan suaminya maka sehingga terjadinya aksi terajang, tampar menampar malah ada yang sanggup membunuh pula!

Malam ni di kala sumer orang 'teruja' menghadap AJL, yang pada aku seriously aku dah takda hati pada sumer jenis anugerah lagu atau apa2 saja berkaitan seni tanah air. Mungkinkah aku dah tua?? Atau barangkali tiada apa2 yang menarik lagi dalam industri itu melainkan yang lagha saja.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.