ruangiklan
ruangiklan

Saturday, February 02, 2013

Chicken Lasagna.

  No comments    
categories: 
Petang cenggini memey best kalu dapat makan yang simple tapi sedap hingga mencengkam perut haha. Sejak aku suker mengunyah di opis waktu petang, tabiat 'baik' ini aku amalkan jugak di rumah hehehe. Sampai anak2 pun terikut sama heeee~

Petang ni aku pilih Chicken Lasagna sebagai santapan petangku. Aper? Aku masak lasagna?? A'ah aku masak tapi aku suruh Domino's masak pastu aku upah diaorg hahahaha. Giler aper aku nak masak lasagna dengan satu resepi pun aku tak hengat! Kang terbako dapur mak aku saper nak jawab???

KISAH CINTA DUA PEJUANG SYRIA.

  No comments    
categories: 
Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.

Jagalah Anak Baik-baik.

Kejadian sebegini memang mimpi ngeri bagi ibubapa dan kanak2 yang mengalaminya. Memang kiter tak boleh nak jangka benda ni nak jadi, walaupun kiter dah pastikan mereka jauh dari bahaya yang boleh mengundang padah.


foto:HM

Gunting Rambut Naik RM2.

  No comments    
categories: 
Tukang gunting rambut atau dalam bahasa omputih Barber telah pun menaikkan harga perkhidmatan gunting rambut. Pekerjaan ini yang dipelopori majoritinya kaum India di negara ini telah memutuskan untuk mengenakan kenaikan sebanyak RM2 yang berkuatkuasa Jumaat .(semalam)



gambar hiasan

Tahun Berapa Jackie Chan Nikah?

Hari ni lambat sikit Kenit update pasai nak kasi settle dulu anak2 pastu baru leh hadap benda ni. Dan biler Kenit gi nuffnang tadi, ini yang Kenit jumpa....lawak pun ada ahakzzz~





Ader jugak orang yang berminat nak tau biler mamat jackie ni bernikah yer hahahaha. Dia tak nikah dik non, dia kawen terusssss hehehehe. Korang tau tarikhnyer? Kenit pun tak tahu heeeeee :D. Kalu ada sesapa tau boleh la kongsi  jawapannya :p.



Terjah jugak yang ni:

Friday, February 01, 2013

Ustaz Tuan Asmawi:'Nak Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya'

  1 comment    
categories: 

Perghtua ini boleh diamalkan oleh bakal-bakal suami yang ingin menyunting 'bunga' idaman. Jangan cakap, "saya nak kawen dengan anaknyer, bukan ngan bapaknyer"...tu kata2 orang kurang cerdik. Dah tu, dia nak kawen tak ke nak ader wali? Kalu nak  dapat 'bunga' kenela 'siram akarnya' dahulu..ke guaner?

Ustaz Tuan Asmawi

Ini Jer Yang Termampu....

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum!~

Biasa kalu Kenit tengok tudung yang cantik kerawang-kerawang gitu, mesti dalam hati berkata, 'cantik jugak ni..' Tapi, Kenit tak berkenan sungguh dengan tudung yang sarat marat dengan batu 'permata'...dia dok kat tepi..dia dok tengah..dia dok atas kepala  Rasa macam ada 'batu' besar atas itu kepala!hehehehe~

So, satu aktiviti yang Kenit kira agak kerap jugakla biler tiba ari Sabtu & Ahad biler itu bhai (pakcik pakistan) datang jual tudung hehe. Pagi2 lagi dia dah menapak tercongok depan warung Cik Tonah dengan selonggok tudung+blouse+seluar panjang+tuala dan segala macam benda lagi la...!

Makanan Yang Boleh Buat Kita Pelupa.

  2 comments    
categories: 

Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

DAYUS: Serius Manakah Penyakit Ini?

  No comments    
categories: 


JENIS LELAKI DAYUS MENURUT ISLAM

Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
Ertinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Sharnaaz: ' Pada saya, biarlah...'

  No comments    
categories: 
Selepas keluar kenyataan bapa kepada Shila Amzah semalam, arini timbul pula kenyataan blas dari Sharnaaz dalam surat khabar. Aiii...main balas-balas pulak yer heee.

Hanya Salah Faham?

Sahara di Astro prima
Beberapa hari ini, banyak kritikan pedas yang aku baca di FB dan di blog2 mengenai kontroversi yang tercetus dalam sebuah drama bercorak 'dakwah & islamik' yang disiarkan di Astro Prima. Bukan takat rakyat marhaen jer yang tak puas hati, ulama-ulama dan ustaz-ustaz juga turut melahirkan rasa kecewa di atas penyiaran drama sebegini. Jom kiter terjah dulu komen2 mereka:

Gaji Penjawat Awam Naik 5 Peratus.

  2 comments    
categories: 
Wowweeeeee! ALhamdulillah..berita baik ni! Seronok dengar nak dapat naik gaji ni hehe. Tapi, tak seronok biler gaji naik, harga barang pun naik. Yang tu boleh kasi darah naik! Aperpun, berita kenaikan gaji ini memang ditunggu2 oleh sumer penjawat awam, especially yang dah berkhidmat 10 tahun dan ke atas...macam aku hehehe~

Ali Hamsa pada Program Amanat KSN bersama penjawat
awam di PICC, Putrajaya.

Thursday, January 31, 2013

Fitnah @ Putarbelit?

  No comments    
categories: 
Semalam aku terima satu email dari seorang sahabat. Memang 'fanasssss' mesej yang dia dapat. Yang anehnyer nombor misteri yang tertera kat 'sender' tu bukan dari mana2 talian dari syarikat telco tempatan. Peliks? Nothing is peliks in this world.


Keadaan Terbaru Ariel Sharon Selepas Koma 7 Tahun.

  No comments    
categories: 
Menyebut namanya saja sudah cukup untuk menaikkan kemarahan apatah lagi dendam lama belum terbalas. Jenayah perang yang dilakukannya semasa di bawah pemerintahannya terhadap orang-orang Islam khususnya di Palestin masih lagi 'segar' di ingatan kita.

ND Lala: 'Tolong Jangan Biadab'

  4 comments    
categories: 
Hurrmm...sejak dua menjak ni hubungan deme (Sharnaaz-Shila) selalu jadi tatapan spotlight di media hiburan. Dari kes cintan, gaduh manja, baran sehingga ke sekarang...

Terbaru, ND Lala menyatakan rasa kesalnya pada boypren Shila yang dikatakan memalukannya sekeluarga berhubung pernyataan Sharnaaz yang tetap akan datang merisik, walhal ND Lala sendiri tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Sharnaaz mengenai perkahwinan itu...guaner tu?

Rezeki Lahir Hari Maulidur Rasul.


JOHOR BAHRU – Dua pasangan kembar antara 51 bayi yang lahir pada sambutan Maulidur Rasul pada 24 Januari lalu bertuah apabila dapat membawa pulang seekor kambing yang dijual pada harga RM1 sahaja.

Harga seekor kambing semurah itu ditawarkan oleh pengusaha ternakan kambing terkenal di negeri ini, Osman Goat Farm.

Tuntutan Pelarasan COLA Anggota ATM Sedang Dikaji

  No comments    
categories: 


KOTA KINABALU: Jawatankuasa Tribunal Khas sedang mengkaji tuntutan pelarasan elaun sara hidup (COLA) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan menambah baik kualiti perkhidmatan awam.

Yang Ni Baru Aci!

  No comments    
categories: 
Eh macam budak2 pulak main aci tak aci hahaha. So, pagi semalam waktu aku merempitz kat Federal sambil2 tu bukak ERA fm dengar berita. Diumumkan bahawa AES tidak akan beroperasi sepanjang cuti sempena Tahun baru Cina. Aku cakap dalam ati...."mana aciiiiiii"

Wednesday, January 30, 2013

Tensi Merempit!

  No comments    
categories: 
Ini dah kali kedua aku kene cenggini! Sudah dikira pisang berbuah dua kali hehe. Hadoowww! memey la aku dah nak melalui zaman ketuaan tau. Habis sumer bende aku luper...pekeheinyer yongggg? 

Tak pasai2 aku merempit arini kat Federal! 20km aku ulang alik jadi 40km! Tak campur lagi dengan kepadatan kereta yang luar biasa! Plus, kekurangan ajar para pemandu pun tak kurang hebat jugak. Habih, nak aku tadah muker tengok jer? Maner boleh bebbbb? Jiwa rempitzku ni mula la membuak-buak biler orang buat perangai atas jalan raya kan!*rempitz la sangat*

Kenyang Perut Susah Hati!

  No comments    
categories: 
Aper2 hal aku bagi pantun 2 kerat dulu,

Gendang gendut tali kecapi,
    Kenyang perut tapi susah hati.

Apa pasai susah hati?? Haaa ni la nak habaq mai! Aper nak jadi ngan aku ni. Tu laaaa, dah orang2 tua dulu cakap dah, kerana mulut badan binasa. Tapi, bukan badan aku binasa...cuma berat badan jer! Haddowww....mengah aku dibuatnyer. Tambah kalu lepas makan pas tu jalan kaki. Mak aiii, jalan pun terkangkang macam preggy 8 bulan! Nak cover jalan straight catwalk macam dulu pun takleh dah hahaha. 

Prestasi Kebebasan Akhbar Di Malaysia Paling Buruk!

Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar tahun ini – dengan menduduki tangga ke-141 daripada 179 negara –  sejak indeks tahunan itu diperkenalkan pada tahun 2002.

                         

Ukiran Anamorphic Yang Mengagumkan! (9 Foto)

  No comments    
categories: 
Apa itu Anamorphic? Ia adalah suatu istilah tentang perspektif yang patuh pada syarat-syarat perspektif itu sendiri malah lebih ketat dari bentuk lain. Namun, ia juga merupakan suatu bentuk perspektif yang telah diputerbelitkan dalam beberapa cara untuk menghasilkan imej  sebenar. Tak faham?? Jom kiter terjah gambar~

Seni anamorphic cermin.

3000 Remaja Lulus Latihan Ketenteraan Hamas.

Remaja menunjukkan aksi memegang senapang
di Semenanjung Gaza.

GAZA – Lebih 3,000 remaja Palestin lulus dalam sesi pertama latihan ketenteraan anjuran pihak Hamas di Semenanjung Gaza.

Program bertujuan memupuk generasi pemimpin baru dalam perjuangan menentang Israel ini adalah pembelajaran elektif ditawarkan di setiap sekolah sejak September tahun lalu.

Kambing Lagi????

  No comments    
categories: 
Alahaiiiii....minggu ni jer dah 3 kali Kenit citer pasal kambing hahaha. Ntah aper yang syok sangat kat kambing ni pun Kenit tak tahu ler. Kalu bab daging kambing memey terliur gak la dibuatnyer. Tapi, kambing yang Kenit nak citer ni sekali lagi menjadi mangsa 'kekejaman' manusia hehe. Kali ni di Malaysia.

Semalam jer Kenit bukak 2 citer pasai kambing di 2 negara yang berbeza. Ada yang diwarnakan bulunya dan ada plak yang disaman! Haddowww! Kali ni...pe citer plak?? Jom kiter terjah!hehehe...*dah macam PI (Private Investigator) untuk kambing dah aku ni hahaha*

Hadiah Bermakna Sambutan Hari Lahir Nik Aziz.

  No comments    
categories: 
Nik Aziz bersama Tuan Sabariah Tuan Ishak
mencium cicit sulung mereka semalam.
Alhamdulillah..bestnyer dapat kembor yer! Kalu dalam keluarga kiter ader genetik kembor ni beruntungla sungguh!hehehe. Kelahiran kembar ini bukan sumer orang boleh dapat..hanya yang bertuah saje la boleh dapat 'pakej' lengkap sebegini. Namun, aperpun jenis kelahiran samada kembar atau tidak, yang penting kegembiraan jelas terpampang pada seluruh ahli keluarga yang menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga ye dop?

Tuesday, January 29, 2013

Sebelum Masuk Tidur....

  No comments    
categories: 
Oohhh legaaaaa cheq! Baru dapat perkhabaran gembira dari Sir Nuffnang mengenai Ads yang ditepek di blog cheq! Risau gak aritu masa Kenit tukar balik domain .my  kepada blogspot.com balik. Lepas update blog, Kenit anto tiket ke Sir Nuffnang dan inform pasal penukaran balik address.

Khalid Ibrahim: Bring It On!

  2 comments    
categories: 
Fuh! Fanasssss...fanassssss. Zaman sekarang ni saman menyaman dah jadi trend plak yer. Salah skit..saman! Cuit skit...saman! Tegur skit...saman! Tapi, kalu tak mo malu dan kalah saman, kenela ada bukti yang sahih sebelum nak menyaman orang...ke guaner?

Wani Ada Adik Angkat?

  No comments    
categories: 
Petang tadi dalam kete...




Mira: buuu...tengok ni! Kakak dapat niiii...*sambil tunjuk tali angry bird*

Ibu: eh..aper ni? sapa bagi kakak ni?

Kakak: alaa...kawan kakak la bagi.

Ibu: kawan kaka yang maner? kakak niii...jangan amik barang orang boleh tak? 

Kakak: kakak bukan amik..dia yang bagiii...

Ibu: naper dia bagi kakak? cuba bagitau ibu?

Kakak: sebab dia takda kakak la...

Ibu: habis....kak ni kakak angkat dia la...?

Kakak:........................................

Ibu: esok kakak balik kat dia tau...ibu tak suka anak ibu amik barang orang. Ntah2 mak dia bagi ker...

Kakak: *angguk kepala*

Ader je benda dibawak baliknya..@_@

Surat versi Melayu dari Muslimah Risau.

  2 comments    
categories: 


Gambar Hiasan

Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda bagaimana?

Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayang dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Kambing Dihadapkan Di Mahkamah. Apa Kes??

  No comments    
categories: 
Memang tak boleh blah tajuk ni!hahahahaha. Kambing pun boleh dihadapkan ke mahkamah? Ape kes??? Naya ke binatang ni yer. Paling best, kambing ini turut diwakili seorang peguam ketika berhadapan dengan kes tersebut. Wakakakakaka! lawak giler! 

Gary the Goat 

Keadaan Sebenar Apartment Di Hong Kong. (5 Foto)

  No comments    
categories: 
Biar betik (betul)??? Bukan buah betik tu huhu. Macam tak percaya jer tengok apartment di Hong Kong sebegini ghuper! Memang nilai hartanah dikatakan semakin tinggi dari tahun ke tahun.  Jangan kata kadar jualan, sewaan juga turut sama. Pemandangan yang bakal korang saksikan ini adalah pemandangan yang sangat biasa di Hong Kong, namun bagi aku....ia agak...extreme??


Padat dan rapat 

Kambing Pun Dye Bulu..Mengapa?

  No comments    
categories: 
Mesti pelik bila kambing anda berwarna OREN! Memang pelik, tapi itulah inisiatif seorang penternak kambing dari Devon, UK bagi mengelakkan kambingnya dicuri. Haddowww! macam-macam yer...hehehe.


Awet Muda Cara Islam.


  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Artis Nekad Berhijab.

  No comments    
categories: 
Alhamdulillah! Pagi ini kita disajikan dengan perkhabaran gembira dari industri seni tanah air apabila seorang lagi artis telah pun mengenakan hijab. Alhamdulillah..syukur sangat2 perubahan yang dialami oleh artis ni kan?

Monday, January 28, 2013

Terima Kasih Pingje.org

  4 comments    
categories: 
Biler bukak email tadi, dapat satu perkhabaran dari Pingje.org mengenai bagaimana nak jadikan artikel blog kiter SEO friendly. Aku yang tak sampai setengah tahun berblogging ni memey tak amik port pun pasai mende2 ni sumer pada mulanya. Sebabnya, aku takda basic knowledge pasai kekdah (kaedah) SEO ni.


Lega Dapat Balik!

  4 comments    
categories: 
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Rasa nak peluk cium laptop Kenit ni..baru sekarang Kenit dapat access blog weh! Giler punyer keje..! Sakit meroyan Kenit dibuatnya beberapa ari ni. Jenuh la Kenit godek sana godek sini cari tang mana  salah. Kenit gi anto ticket kat asiahost pastu gi anto ticket kat nuffnang. @ 4 hari ni memey pageviews Kenit jatuh merosot macam ekonomi dunia 1997!

Peti Harta Karun.

*Sigh* redho je la blog aku masih tkleh bukak lagi. Macam 'nyesal' plak tukar domain ni huhu. Dah 3/4 hari dah cenggini. Sedih tau takleh nak bukak ari2. Orang lain bahagia jer boleh update dan blogwalking. Aku.....? Hurmmmm...hari ini Wani beransur pulih sedikit demi sedikit. Selera makan pun bertambah baik cuma aku masih pantau pemakanan dia agar perut dia tak meragam lagi. 

Tengahari semalam aku masakkan dia lauk kegemarannya sup su'un tapi aku campurkan dengan cendawan skit(dia tak tahu). Budak2 ni kalu kiter cakap ada sayur atau barang yang pelik2 dalam lauk konpem dia takkan makan. Sampai bergaduh2 nak suruh dia telan. Pernah jugak aku try secara psikologi. Contohnya, aku katakan bagus makan carrot tu, baik untuk mata nanti mata cantik dan bersinar. Haaaa, barulah dia bukak mulut makan..itu pun dengan muka 'ketat' hehehehe. Pastu aku gorengkan telur garing2.

My BFF's Son's Aqiqah.

  No comments    
categories: 
Kebanyakan orang dapat BFF time sekolah-sekolah dulu. Ader yang berkekalan walaupun masing2 dah berkahwin dan anak berderet. Aku juga ada BFF,masa sekolah dulu kami memey 'kamceng' terutama bab2 kuar shopping dan tengok wayang muahaha~

So, BFF aku ni namanya Intan Shahida tua sebulan dari aku wahaha. Hey, tu penting untuk di'mention'kan okey means aku muda skek la dari dia heeeee. Sebelum aku citer pasai anak dia, meh aku cite skek pasai mek(Intan)ni dulu hehe. 

Sunday, January 27, 2013

Minta Maaf..

  No comments    
categories: 

Pagi2 diaorg dah berebut mainan baru beli malam tadi kat Uptown Damansara. Yang Wani siap bagi warning order kat Mira jangan kacau dia main.

 Yang Mira buat muka selamba tak jawab sepatah. Tengah syok main Wani datang dekat dan 'menceroboh' kawasan Mira. Aper lagi, 'perang' sakan dia dua beradik! Inilah masanya 'panglima tentera' nak join sekali..dua2 aku marahkan! 5 minit pastu Wani hulur 'bendera putih' salam tangan adik dia hehe..rasa nak tergelak aku tekup bantal kat muka menahan gelak. 

Tergoyang2 badan hahaha. Macam2la pe'el anak2 zaman skrg ni.  Kalu time gaduh memang 'kaw kaw' punyer diaorg bagi. Sampaikan dengan aku sekali join sama hehe. 

Tapi nama pun dah adik beradik gaduh kot mana pun 5 minit pastu dia gelak ketawa balik. Mereka tak mudah berdendam apatah lagi gaduh kejap je. Kadang2 dalam hal sebegini kita yang kene belajar dari budak kecil, ke guaner?                                       

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.